Jarang kita mendengar pengalaman sahabat yang pergi bercuti ke Bario yang terletak di Sarawak.
Kawasan ini juga sebenarnya sangat menarik untuk dijelajahi kerana mempunyai keunikan tersendiri. Boleh dianggap destinasi ‘rare’ kerana bila sampai di sana, baru tahu keistimewaan Bario ini.
Ayuh, ikuti pengalaman menarik sahabat Backpackers Buddies Malaysia, Fairus Mujab yang sempat mengunjungi Bario yang terletak di tanah tinggi yang bersempadan dengan Kalimantan Indonesia dan berada di ketinggian 1000m paras laut.
Bario The Land of Wind
Cita-cita ingin bercuti ke Bario telah lama saya idamkan untuk melawat tempat ini.
Bario adalah daerah di dalam Negeri Sarawak dan terletak di tanah tinggi yang bersempadan dengan Kalimantan Indonesia dan berada di ketinggian 1000m paras laut.
Penduduk disini adalah dari suku kaum kelabit yang asli dan terdapat juga kaum Penan.
Untuk sampai ke Bario ini anda perlu mengambil penerbangan dari lapangan terbang di Miri sahaja yang mengambil masa lebih kurang 50 minit. . Setakt ini hanya syarikat penerbangan MasWings sahaja yang kendalikan sektor Bario. Dan kapal yang digunakan adalah jenis Twin Otter dan penerbangan hanya 3 kali sehari.
Cara lain yang boleh di akses ke Bario adalah melalui jalan darat dari Miri yang jaraknya lebih kurang 400KM dan mengambil masa 14 jam untuk sampai dengan jalan yang tak berapa elok dengan menggunakan kenderaan pacuan empat roda sahaja.
Setibanya anda di Lapangan Terbang Bario, tiada teksi,bas atau perkhidmatan grab. Anda perlu menempahan airport pickup dari homestay tempat menginap siap2.
Sebenarnya anda boleh saja jalan kaki kalau sanggup la untuk sampai ke tempat menginap tu.
Di Bario saya menginap di Rinah Sang Lemulun Homestay yang terletak dalam rumah panjang Bario Asal. Dengan RM90 satu malam termasuk sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam ia menjanjikan pengalaman yang sangat seronok bagi saya, kerana saya dapat tinggal bersama-sama komuniti rumah panjang dan makan makanan budaya masyarakat Kelabit yang sangat sedap. Korang boleh request vegetarian meal kalau rasa was2.
Bario Asal Lembaa Long house adalah rumah panjang pertama di Bario, uniknya di rumah ini terdapat 22 pintu yang mempunyai susun atur tradisional Kelabit, di setiap rumah mempunyai dapur dan ruang tamu tersendiri dan mempunyai dewan tertutup 150 meter yang panjang digunakan untuk majlis keramaian dan menyambut tetamu. Disini juga terdapat beberapa homestay lain juga.
Setibanya saya disini, saya telah menempah pickup service dari airport ke homestay sehala RM10 yang diuruskan oleh Julian, anak kepada host tempat menginap saya. Julian telah membawa saya meronda sekitar Bario supaya saya dapat tahu jalan-jalan sekitar dan serba sedikit latar belakang tentang daerah Bario dan budaya disini.
Saya juga telah dibawa ke ladang herba dan nenas dan berpeluang memetik buah nenas yang seumur hidup saya tak pernah buat. Ha3.
Ladang ini terletak di atas bukit, dan menurut Julian jika awan cerah di waktu malam, boleh lepak di balcony untuk melihat milkway disini.
Mungkin ramai yang tertanya-tanya apa yang menarik dekat sini kan. Sebenarnya banyak tempat menarik dan best yang anda boleh buat dekat sini.
Antaranya adalah memetik buah nenas, untuk pengetahuan nenas di Bario bukan biasa2. Nenas disini sangat sedap dan juicy sebab ditanam di tanah tinggi yang dingin.
Disini anda akan lihat banyak sawah padi berlatar belakang bukit2 yang menghasilkan beras Bario sangat terkenal tu. Memang sangat lain rasanya jika dibandingkan dengan jenama beras Bario bila dibeli bukan ditempat asalnya.
Ketibaan saya pada hari tersebut adalah musim menuai, jadi berpeluang lah untuk melihat proses beras tersebut dibuat mula dijemur hingga menjadi bijian beras. Sekilo beras Bario adalah RM25 dan dihasilkan setahun sekali sahaja.
Cuaca di Bario sangat sejuk menjelang petang hingga pagi suhu boleh saya anggarkan dalam 15-20C, jangan terkejut pula bila homestay tempat anda menginap tiada kipas atau aircond.
Memandangkan saya minat aktiviti lasak, seawal pagi telah mendaki Prayer Mountain atau Bukit Doa. Di kaki bukit ini terdapat gereja usang dan di puncak terdapat dua tiang salib yang mengikut kepercayaan masyarkat disini
Pada masa dahulu adalah sesuai untuk berdoa secara senyap diatas bukit.
Untuk mendaki saya mengambil masa lebih kurang 30 minit untuk sampai ke puncak dan bagi saya trek adalah moderate. Sampai saja di puncak anda akan disajikan view seluruh Bario yang ohsem ikut pada awan tebal juga untuk lihat.
Dibawah bukit tersebut ada sebuah kampung yang dihuni oleh kaum Penan dan anda boleh ronda-ronda melihat suasan kampung tersebut.
Di Bario ada kapal terbang terbiar, mengikut sejarah tempatan semasa perang konfrontasi antara Malaysia dan Indonesia pada tahun 1960, kapal terbang ini membawa bekalan bantuan makanan untuk penduduk disini.
Dan terhempas kerana terlanggar pokok pada ketika itu dalam perang jauhari. Untuk bergambar disini akan dikenakan bayaran RM15 oleh pemilik Nancy Guesthouse. Setelah anda berphoto Pn Nancy akan memberi sedikit info mengenai sejarah kapal tersebut sambil dihidangkan Nenas dan Kek yang sangat sedap.
Di Bario terdapat pekan kecil, ia bukanlah pekan yang anda sangka macam disini. Ada beberapa kedai yang menjual keperluan asas dan souvenir dan terdapat kedai makan muslim.
Rangkaian internet disini selalu on/of dan connecting, dan kadang-kadang tu sampai mood emergency dan ia masih menggunakan 3G instead of 4G ye. Tapi jangan risau, disini juga terdapat Pusat Internet Komuniti untuk anda akses wifi untuk berhubung.
Pada hari ketiga, saya telah menyewa basikal sehari RM30, jadi boleh la explore satu Bario. Aktiviti hari ini adalah ke Pa’ Ukat dan Pa’Umor yang terletak 10KM dari pekan Bario. Di Pa’Umor terdapat tempat pemprosesan garam, untuk akses ke tempat proses garam.
Anda perlu lalui jalan yang tak berapa okay dan perlu lalu bukit dan jalan berlumpur. Saya tidak berpeluang untuk melihat proses membuat garam tersebut setibanya disitu kerana ditutup.
Bersiar-siar sambil berjalan kaki adalah aktiviti yang patut dibuat, Udara disini sangat fresh sambil lalu di batas-batas sawah padi boleh melihat kerbau.
Rata-rata kaum Kelabit ni adalah golongan profesional dan hebat-hebat. Ada antara mereka yang graduate dari Universiti dalam dan luar negara, ada yang menjadi tokoh korporat , pilot, research dan banyak lagi.
Setelah melihat gambar2 di dinding rumah panjang di Bario Asal, pelajaran dan ilmu adalah sangat penting untuk berjaya dengan mengangkat sebuah komuniti itu ke tahap yang tinggi.
Menginap tiga malam disini,memang betul-betul dapat menghayati alam semula jadinya yang sangat fresh. Saya sangat rendah hati dan kagum dengan keasliannya penduduk disini. Suku kaum Kelabit memiliki budi pekerti yang baik dan ramah membuatkan saya rasa berasa benar-benar dihargai dan diterima baik sebagai tetamu.
Terima Kasih saya ucapkan kepada Julian dan Nenek Sinah Rang Lemulun host yang sudi berkongsi serba sedikit sejarah Bario ini.
Saya rasa ini trip solo yang paling best dan rare untuk diri sendiri sebab berjaya mencipta memori baru yang sangat manis yang bakal saya tinggalkan nanti.
03 Mac 2022-06 Mac 2022
Terima Kasih. Jangan lupa follow my ig utk update terkini: IG : fiveruzk
#MiriXBario — at Bario Highlands.
Artikel Lain:
Rasa Macam Pergi Oversea, Windmill Upon Hill Genting Highlands Port Hotel Best Untuk Instagrammable