Sekiranya anda ingin menginap di hotel yang biliknya luas serta harga yang berpatutan, M Suites Hotel Johor Bahru boleh dipertimbangkan. Terletak di Jalan Skudai, Straits View berdekatan Danga Bay, ialah pilihan hotel terbaik untuk semua pengunjung.
Lokasi hotel yang tidak berapa jauh dari bandar memudahkan pengunjung. Disebabkan kelebihan itulah, hotel yang mempunyai panorama indah menghadap Selat Teberau, M Suites saban minggu sentiasa dikunjungi pengunjung terutama membabitkan tempahan persendirian, agensi kerajaan serta syarikat swasta.
Malah menjadi tarikan pengunjung dari Singapura mungkin kerana harganya serta lokasi yang tidak berapa sibuk. Pendek kata hotel ini sering menjadi tumpuan pengunjung kerana keselesaan yang ditawarkan.
Bilik istimewa untuk pengunjung
Pihak pengurusan hotel sentiasa mementingkan kepuasan layanan terhadap setiap pengunjung setimpal dengan harga yang dilaburkan. Lazimnya pengunjung yang berkunjung ke hotel mahukan ruang bilik yang luas untuk seisi keluarga.
Menyedari hakikat itu, M Suites menawarkan ruang bilik yang sangat selesa berbanding hotel setaraf lain di Johor Baru. Sebagai contoh, The Premier studio dan The Premier Executive Suite sangat luas serta menjanjikan keselesaan untuk pengunjung berehat dengan santai.
Ads
Pengurusan M Suites sentiasa prihatin dengan pelanggannya, termasuk golongan kurang upaya (OKU). Hotel ini menyediakan biliknya yang bersifat mesra OKU, terutama pemasangan tiang pemegang bagi memudahkan pelanggan istimewa itu bergerak di dalam bilik dan tandas.
Bagi memberi kepuasan kepada pengunjung, M Suites membuat pengubahsuaian dan penambahbaikan bilik penginapan dengan sentuhan urban resort. Ia dilakukan secara berperingkat membabitkan ubah suai perabot, langsir, katil, tandas dan kekemasan bilik secara menyeluruh.
Kemudahan
Ads
Keistimewaan hotel itu tidak hanya terletak pada biliknya, malah mempunyai pelbagai tarikan lain. Terkenal dengan keenakan menu makanan di dua restorannya iaitu Myra Bistro dan Ming Court, masing-masing menawarkan masakan tradisional dan barat, serta masakan ala Cina yang dijamin halal bagi pengunjung beragama Islam.
Tidak lengkap jika menginap di hotel itu tanpa mandi di kolam renangnya. Ini kerana, selain mempunyai ruang untuk dewasa dan kanak-kanak, keindahan pemandangan kolam renang itu yang menghadap laut menjadi tarikan.
M Suites juga sesuai sebagai lokasi mengadakan pelbagai majlis. Ini kerana, ia mempunyai tiga dewan besar dengan kelengkapan audio visual termasuk yang terbesar boleh memuatkan kira-kira 350 orang, selain tujuh bilik mesyuarat.
Ads
INFO
– M Suites terletak menghadap Selat Teberau ke arah Singapura. Perjalanan ke hotel itu hanya mengambil masa lima minit dari Tambak Johor dan kira-kira 30 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail, Senai atau dari Plaza Tol Skudai.
– Mempunyai 133 Suite dan Premier Suites dalam empat kategori
– Kemudahan yang disediakan kolam renang, gimnasium, tempat letak kenderaan percuma, bilik karaoke, restoran, dewan besar dan bilik mesyuarat, perkhidmatan dobi, peti simpanan, katil tambahan dan katil bayi, surau, sejadah dan kerusi roda (bergantung kepada permintaan).
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Bagi orang Johor, tempat ini mungkin sudah biasa bagi mereka tapi bagi orang luar, Putuo Village antara port OOTD cantik lagi menenangkan kalau berkunjung ke selatan tanahair. Terletak di Felda Taib Andak, inilah port ootd viral di Kulai.
Apa yang menarik di sini dan kenapa dinamakan Putuo Village?
Untuk pengetahuan, Putuo Village diambil sempena nama sebuah pulau di Shanghai, China yang merupakan tempat keagamaan bagi masyarakat Buddha di sana. Jadi mengambil inspirasi bandar tersebut, Putou Village dibuka di Felda Taib Andak ini.
Bersebelahan dengan kuil Buddha inilah terletaknya port OOTD menarik kalau berkunjung di sini. Dipenuhi pokok-pokok buluh dengan lanskap dijaga rapi, dicat dengan penuh warna-warna, lokasi ini tidak pernah sunyi dengan kunjungan orang ramai yang ingin mengambil peluang bergambar kenangan.
Untuk masuk ke sini, bayaran RM5 dikenakan untuk orang dewasa dan harga kanak-kanak hanyalah RM2 sahaja. Dibuka dari jam 8.30 pagi hingga 6 petang, bolehlah bergambar sakan di sini.
Ada banyak spot gambar menarik saat berkunjung ke sini tapi kena sabar menunggu sebab memang ramai yang datang ke sini. Sumber gambar : FB/ Internet
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Jambatan Victoria (juga dikenali sebagai Jambatan Enggor) adalah sebuah jambatan kereta api yang terletak di Pekan Karai, Kuala Kangsar, Perak. Jambatan yang merentangi Sungai Perak (sungai kedua terpanjang di semenanjung) ini mula dibina pada tahun 1897 dan siap pada 1900. Ia merupakan jambatan kereta api tertua di Malaysia. Usia jambatan ini sehingga artikel ini ditulis, ialah 120 tahun.
VIDEO dron Jambatan Victoria oleh MMC Garuda
Perasmian jambatan tersebut dihadiri oleh Sultan Perak, Sultan Idris Mursyidul Azam Shah dan Raja Perempuan Perak, Residen Jeneral Negeri-Negeri Melayu Bersekutu Sir Frank Swettenham, Residen Perak, J.P. Rodger dan isteri, serta orang-orang kenamaan pada tahun 1900.
Pembinaan jambatan ini melengkapkan laluan keretapi dari Enggor ke Kuala Kangsar. Dalam tahun 1910, jambatan ini telah digunakan sepenuhnya untuk laluan keretapi dari Perai ke Johor Bahru. Jurutera yang bertanggungjawab terhadap pembinaan jambatan ini ialah G.W. Fryer, Jurutera Divisyen dan C.R Hanson dan disiapkan oleh Perak Goverment Railway bagi memudahkan proses mengambil timah dan pengangkutan awam. Nama jambatan ini diambil sempena Ratu Victoria yang memerintah England pada ketika itu. Dianggarkan panjang jambatan ini sekitar +- 600.
Mengikut cerita penduduk tempatan, pembinaan jambatan ini sedikit tertangguh oleh banjir besar di Sg Perak waktu itu. Air naik sehingga 17 meter dari paras air biasa iaitu + – 6 meter.
Seperti jambatan keretapi lain yang dibina British, jambatan dibina menggunakan besi padu (yang dilombong dari Tanah Melayu) dan disalut cat hitam tebal, seni reka tetulang bersilang yang kukuh, dan penggunaan bata merah yang tahan lasak. Enam tiang pasak yang besar dibina menampung landasan besi padu ini.
Foto: lite_imej
Kesemua enam tiang ini dibina menggunakan bata merah yang memang kita pun tahu lasak dan kukuh. Tiang pasak ini ditanam pada kedalaman lebih enam meter dari dasar (kedalaman Sungai Perak +- enam meter). Jambatan ini juga pernah dimusnahkan sendiri oleh British ketika Jepun mara. Namun ia dibina pulih sementara oleh Jepun dan penduduk setempat.Kubu pengawal British lama di penghujung jambatan. Foto: thriftytraveller
Menariknya, plak asal pembinaan, disimpan baik oleh individu yang tidak mahu dikenali selama 7 tahun, dan diserahkan semula pada pihak pengurusan jambatan. (Lihat video)
Jambatan ini diguna pakai sehingga tahun 2002. Di sebelah jambatan ini dibina jambatan konkrit baru yang lebih lebar dan mengambil alih laluan keretapi.Laluan pejalan kaki Foto: thriftytraveller
Kini jambatan ini masih diguna pakai pejalan kaki dan motosikal untuk menyeberang dan menjadi tumpuan pelancong tempatan dan luar negara. GALLERY VICTORIA BRIDGE juga telah dibuka bagi memberi maklumat informasi tentang sejarah jambatan tersebut.Kini menjadi lokasi tumpuan pengamal fotografi. Foto: thriftytraveller
Jambatan Victoria ini juga pernah menjadi lokasi penggambaran filem terkenal, Zombi Kampung Pisang pada 2007 yang diarahkan oleh anak jati Perak sendiri, Mamat Khalid.
Seperti biasa, ada kisah yang dipercayai penduduk tempatan. British akan mengorbankan seorang wanita dan mayat itu disimen pada tiang pasak terpilih. Kisah ini seolah-olah sama macam cerita hantu British; The Conjuring yang hantu biasanya tertanam dalam simen rumah.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Kalau tengok rancangan televisyen luar negara, macam seronok tengok aksi ‘mat salleh’ terbang di udara di kawasan yang indah. Kan seronok kalau Malaysia pun ada. Ehem..negara kita pun ada ya aktiviti sebegitu!
Ada yang nak cuba menyertai aktiviti lasak sukan luncur udara atau ‘paragliding? Antara lokasi tumpuan peminat sukan paragliding di Semenanjung Malaysia ialah yang paling popular di Pulau Indah, Jugra dan Banting di Selangor.
Lokasi lain seperti di Gunung Ledang di Johor, Bukit Sendayan di Negeri Sembilan, Bukit Chendering dan Kota Putra Paragliding Park Bukit Bubus, berhampiran Bukit Keluang, Besut di Terengganu. Tidak ketinggalan juga di Bukit Maras, Kuala Terengganu dan Gunung Jerai, Kedah.
Bukit Jugra, Banting
Bagi penggemar sukan lasak terutamanya aktiviti paragliding, nama Bukit Jugra bukanlah asing buat mereka. Bukit Jugra yang terletak berdekatan Kampung Kanchong Darat, di Banting, Selangor sering dipenuhi pengunjung terutama pada hujung minggu kerana selain menjadi port paragliding, aktiviti riadah lain juga boleh dilakukan di sini.
Jika inginkan kelainan pada cuti hujung minggu, anda disarankan memanjat Bukit Jugra dan mencuba terbang di udara dengan paragliding sekali gus dapat memiliki keindahan alam semula jadi sesuai untuk bersantai sambil menghirup udara segar. Kos melakukan aktiviti ini juga amat berpatutan dan pastinya sangat serasi dengan jiwa kalian yang mahu mencuba sesuatu yang lebih mencabar.
Sebelum terbang, setiap peserta paragliding akan diberikan taklimat dan peraturan ketika berada di udara. Pihak pengurusan amat menitik beratkan aspek keselamatan kepada setiap peserta kerana tidak mahu perkara yang boleh membahayakan keselamatan mereka. Peserta akan meluncur di udara sekitar 10-15 minit dan boleh menikmati pemandangan indah ketika berada pada ruang angkasa.
Bukit Maras, Kuala Terengganu
Antara lokasi menarik untuk aktiviti ini juga adalah di Bukit Maras, Kuala Terengganu yang menjanjikan pengalaman menakjubkan pada ketinggian 329 meter dari paras laut itu. Lantas ia menjadi tarikan baharu pelancong yang bercuti di negeri pantai timur.
Peluncur udara dan pengunjung Bukit Maras berpeluang menyaksikan pemandangan sawah padi dan jajaran pantai sekitar Batu Rakit membabitkan dua daerah di Kuala Terengganu ke Kuala Nerus.
Sekiranya cuaca baik, pemandangan dari bukit itu lebih menarik kerana berpeluang melihat keunikan bentuk beberapa pulau popular iaitu Pulau Kapas, Pulau Bidung dan Pulau Redang di depan mata. Keunikan dan keindahan dilihat dari puncak memang sesuai dijadikan kawasan riadah dan ekstrim meluncur sekali gus ia dijadikan lokasi paragliding dan salah satu produk pelancongan negeri.
Sebelum menuju ke puncak bukit untuk melakukan aktiviti ekstrim ini , terlebih dulu, pengunjung perlu meredah laluan tanah merah yang berlubang-lubang dan berliku sejauh sejauh 2.3 kilometer (km).
Orang kata bercuti di Rome, Itali antara yang best dan memuaskan untuk menikmati pemandangan di sana.Namun perlulah bersedia dan jaga-jaga dengan pickpocket, boleh dikatakan...