
Masjid Putra berkubah merah jambu yang boleh memuatkan 15,000 jemaah pada satu-satu masa merupakan destinasi wajib untuk pelancong kunjungi jika berada di Putrajaya. Seni binanya yang indah merupakan tarikan utama yang istimewa.
Namun pada pukul 2 petang (26 Januari 2020), masjid ini telah mengeluarkan notis ditutup untuk lawatan bagi pengunjung bukan beragama Islam ekoran susulan kebimbangan terhadap wabak 2019 Novel Coronavirus.
- Penutupan itu berkuat kuasa sehingga satu tempoh yang akan dimaklumkan kelak dan buat masa ini Masjid Putra hanya dibuka kepada pelawat beragama Islam untuk menunaikan solat.
- Pelawat atau pelancong bukan Islam masih boleh mengambil gambar, tetapi sehingga hadapan pintu gerbang masjid sahaja (sebelum pos kawalan masjid).
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Alaa..3 Bulan Lagi Baru Harga Barang Di Pulau Pangkor Dijangka Turun

Umum mengetahui Pulau Pangkor telah diiktiraf sebagai pulau peranginan baru bebas cukai bermula 1 Januari 2020 yang lalu.
Namun pengisytiharan rasmi dijangka disempurnakan oleh Sultan Perak Sultan Nazrin Shah pada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian. Ramai yang teruja dengan status baru itu dan pastinya tidak sabar untuk membeli produk bebas cukai dengan tawaran harga lebih rendah berbanding tempat lain.
Namun begitu pengunjung ke Pulau Pangkor dijangka dapat merasai penurunan harga barangan yang ketara kesan daripada pengisytiharan pulau peranginan itu sebagai Pulau Bebas Cukai dalam tempoh tiga bulan lagi.
KPDNHEP sedang menjalankan kajian bagi memantau kenaikan harga barangan, makanan dan perkhidmatan di Pulau Pangkor dan maklumat harga ini akan dijadikan panduan serta asas kepada kajian hadapan. Sebanyak 109 premis seperti pasar awam, kedai runcit, pasar raya, penyedia perkhidmatan seperti teksi, hotel, restoran dan gerai makanan di pulau itu telah diperiksa oleh pegawai penguatkuasa dan pegawai pemantau harga KPDNHEP.
**media[120818]**
- Berdasarkan pemantauan, 23 jenis barangan keperluan pengguna dan 18 makanan siap masak mengalami kenaikan harga melebihi 10 peratus antaranya disebabkan faktor logistik kerana barangan mentah terpaksa dibawa masuk melalui jeti Kampung Acheh berbanding Jeti Marina, Lumut, sebelum ini.
- Pemantauan ke atas 20 premis hotel, resort dan rumah tumpangan pula mendapati sebuah premis menaikkan caj perkhidmatan menerusi pakej yang ditawarkan manakala sebuah lagi premis mengalami penurunan.
- Buat masa ini pula terdapat enam jenama rokok akan mengalami penurunan harga kira-kira 100 hingga 150 peratus. Setakat ini, satu jenama rokok sahaja iaitu Marlboro mengalami penurunan harga dari RM150 satu paket (karton) untuk 10 kotak, turun kepada RM58.
**media[120819]**
Menerusi sumber Bernama, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Masyarakat, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia negeri, A. Sivanesan berkata penurunan harga berkenaan akan berlaku secara berperingkat dan pemantauan akan dilakukan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
“Masalah peniaga sekarang mereka ada stok lama yang dibeli dengan harga lama, jadi ia mengambil masa untuk menghabiskannya. Pemantauan mendapati, setakat ini harga masih sama tetapi hanya untuk jangka masa pendek," katanya
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lepas Gian Memandu Bandar Utama Dunia Guna Kaedah Virtual, Lebih Feel Boleh Dengar Radio Sambil Drive

Oleh kerana sekatan perjalanan disebabkan PKP membolehkan kita hanya berpeluang keluar rumah hanya sekitar 10 kilometer saja.
Jadi bagi mereka yang nak lepas gian memandu di luar negara apa kata cuba kaedah secara virtual yang membolehkan seseorang seperti memandu di luar negara.
Boleh memilih memandu di bandar utama dalam dunia sama ada dengan menggunakan telefon atau PC.
Sambil memandu anda juga boleh memasang radio di negara tersebut dan rasai sendiri pengalaman seperti berada di luar negara.
Jadi rindu untuk travel memandu ke luar negara pastinya terlerai walaupun hanya secara virtual.
Ada orang kata, cara nak hilang stress antaranya drive kereta tanpa tujuan tapi dah PKP ni ada had 10KM pula.
Kalau anda nak try rasa drive kereta di bandar bandar utama dalam dunia ni, boleh cuba guna cara virtual ini .
1. Guna hp tapi kalau nak lagi feel boleh guna PC.
2. Klik link ini https://driveandlisten.herokuapp.com/
3. Pilihlah mana mana kota yang anda suka, tadi saya try drive kereta di Delhi, stockholm dan Seoul. Saja imbau kenangan. Singapura pun ada, KL tiada pula
Oh ya, siap boleh pasang radio negara negara tersebut ok. Boleh dengar suasana jalanraya.
Ok korang try la kalau tak tau nak buat apa tu
Travelog MR Traveller
Yang terhenti sempena PKP
Ini Caranya:





Artikel Berkaitan:
Pentingnya Insurans Perjalanan, Mampu Membantu Bila Berdepan Beberap Situasi Ini!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
MPN Jangka Projek Rintis ‘Gelembung Pelancongan’ Di Langkawi Capai Kejayaan, Jangka Lebih Ramai Pelancong

Seperti mana kita semua sedia maklum kerajaan kini membenarkan untuk pelancong dari dalam negara pergi ke Langkawi sebagai salah satu projek rintis gelembung pelancongan. Mana-mana individu lengkap vaksinasi dibenarkan ke pulau legenda tersebut kecuali dari kawasan PKPD.
Namun mereka terlebih dahulu perlu melakukan ujian pengesanan Covid-19 sama ada ujian PCR atau RTK. Majlis Pemulihan Negara kini optimis lebih ramai pelancong akan ke Langkawi apabila projek rintis gelemnbung pelancongan mencapai kejayaan.
Pengerusi MPN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pada peringkat awal projek itu, banyak perkara yang perlu diperhalusi namun semuanya dijangka berjalan lancar setelah tahap keyakinan rakyat dan pengusaha industri pelancongan meningkat.
“Saya jangka apabila tahap keyakinan dalam kalangan pengusaha pelancongan meningkat dan kemudahan yang disediakan kembali boleh digunakan pelancong, apa lagi penerbangan dari luar negara dibolehkan masuk ke sini, maka peratusan atau kadar (pelancong ke Langkawi) yang dijangka awal itu boleh berubah.
“Saya harap lebih besar daripada itu kerana Langkawi mempunyai kapasiti 12,000 bilik, insya-Allah lebih banyak lagi hotel baharu akan dibina bila keadaan bertambah baik,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri sesi dialog bersama pengusaha hotel, inap desa, kereta sewa dan pemandu teksi Langkawi hari ini.

Beliau diminta mengulas sasaran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya yang menjangkakan 200,000 pelancong berkunjung ke Langkawi hingga Disember ini susulan pembukaan semula industri di bawah projek rintis gelembung pelancongan bermula hari ini.
Muhyiddin juga menjangkakan Majlis Keselamatan Negara (MKN) melonggarkan prosedur operasi standard terutama berkaitan rentas negeri apabila Malaysia mencapai tahap imuniti kelompok yang diperlukan dan lebih banyak negeri beralih ke Fasa Dua atau Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara.
Beliau berkata apabila ini berlaku, rakyat akan dibenar menjalankan lebih banyak aktiviti bukan hanya dalam sektor pelancongan tetapi juga perniagaan, pengangkutan dan perkilangan.
“Apa yang penting supaya kita dapat lihat proses pemulihan kita cepat, kita tidak boleh bertangguh kerana kita telah menanggung kos yang terlalu mahal dalam tempoh setahun yang lepas disebabkan oleh pandemik,” jelasnya lagi.
Jadi buat anda yang memasang niat untuk ke Langkawi dalam tempoh terdekat, lakukan perancangan sebaiknya. Setiasa mematuhi SOP dan jaga diri dan keluarga.
Sumber: BERNAMA & Astro Awani
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI