Walaupun bercuti namun tak dapat dinafikan kita masih bergantung kepada banyak penggunaan telefon pintar dengan jaringan Internet yang stabil. Gaya hidup masa kini sama ada dari segi perbankan, aplikasi percutian dan segala macam aplikasi yang memapu menlancarkan percutian menyaksikan kita sangat perlukan sambungan Internet yang laju.
Menyedari akan hal itu Tourism Selangor dalam beberapa hari lalu telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama pihak SMARTSEL. Ia merupakan usahasama membangunkan dan menambah-baik jaringan jalur internet berkelajuan tinggi di zon-zon awam terpilih di Negeri Selangor.
Memorandum yang dimeterai menyaksikan satu lagi langkah strategik dalam mengukuhkan sinergi dan kerjasama dinamik antara pihak Tourism Selangor dan SMARTSEL ke arah mewujudkan rangkaian digital yang premium di Negeri Selangor.
Majlis pemeteraian yang berlangsung di Foyer, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor yang turut disiarkan secara atas talian telah disempunakan oleh Encik Azrul Shah bin Mohamad, Ketua Pegawai Eksekutif,Tourism Selangor dan Encik Ahmad Akmal bin Hamzah, Pengarah Urusan SMARSTSEL Sdn. Bhd., sambil disaksikan oleh Y.A.B. Dato’ Seri Amirudin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor.
Ads
Selain menambah-baik jaringan jalur lebar internet dengan kelajuan lebih tinggi, pelan perlaksanaan ini turut menyokong pembangunan dan pembinaan infrastruktur telekomunikasi dan landasan pendigitalan pelancongan.
Selain itu, kerjasama ini turut melibatkan pemasangan, pengujian dan pelancaran perkhidmatan sambungan internet di zon-zon awam di Negeri Selangor, termasuk di kawasan-kawasan pelancongan terpilih.
Bagi menyokong usaha tersebut, pihak Tourism Selangor akan bertanggungjawab dalam menyediakan akses dan saluran ke semua kawasan atau tapak pelancongan terpilih di Negeri Selangor bagi tujuan pembangunan dan pembinaan infrastruktur telekomunikasi.
Ads
Encik Azrul Shah Mohamad dalam sebuah kenyataan berkata, “Memorandum Persefahaman atau MoU yang dimeterai pada hari ini menandakan sebuah lagi pencapaian pihak Tourism Selangor, terutamanya dalam pemerkasaan jaringan jalur internet untuk semua, termasuk di kawasan-kawasan pelancongan di Negeri Selangor.
Ads
Pihak Tourism Selangor berharap agar usahasama ini mampu memberi manfaat kepada semua pihak dan orang ramai, serta operator produk pelancongan Negeri ke arah usaha pendigitalan pelancongan yang lebih mampan”.
Sebagai salah sebuah usaha proaktif dalam menetapkan semula atau “reset” industri pelancongan domestik Negara khususnya di Negeri Selangor, Kerajaan Negeri Selangor menerusi Tourism Selangor telah melancarkan Kempen Pusing Selangor Dulu pada Disember tahun lalu.
Kempen ini digerakkan menerusi landasan digital, terutamanya laman media sosial rasmi Tourism Selangor; Facebook, Instagram, Twitter, aplikasi TikTok dan saluran YouTube, dan kewujudan jaringan jalur lebar di zon-zon awam dan kawasan pelancongan Negeri Selangor, dijangka akan memberikan impak yang signifikan terhadap pemerkasaan Kempen ini dengan perkongsian dengan tandapagar #PusingSelangorDulu di laman sosial media secara lebih meluas.
Kredit: Tourism Selangor
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Akhirnya setelah hampir setahun tidak dibenarkan rentas negeri, kerajaan telah memberi kebenaran berbuat demikian kepada individu yang telah lengkap menerima suntikan vaksin.
Pengumuman ini dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu sidang media semalam. Beliau berkata, keputusan itu susulan kadar vaksinasi mencapai 90 peratus.
“Mulai esok (Hari Ini), bebaslah dan inilah sebenarnya yang ditunggu-tunggukan masyarakat selepas kerajaan sebelum ini terpaksa tegas dari segi pergerakan rentas negeri.
“Dengan keputusan ini, Keluarga Malaysia bebas melakukan pergerakan seperti balik kampung untuk berjumpa ibu bapa yang lama berpisah, melancong dan sebagainya,” katanya pada sidang media khas yang disiarkan secara langsung menerusi stesen televisyen dan platform media sosial Facebook, hari ini.
Bagaimanapun, beliau berkata, kebenaran pergerakan rentas negeri ini tidak terpakai ke atas kawasan atau lokaliti yang diisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Selain itu, Ismail Sabri mengingatkan Keluarga Malaysia supaya tidak bersikap sambil lewa terhadap kelonggaran yang diberikan dalam usaha membantu negara bagi pembukaan semula ekonomi serta persediaan menjalani kehidupan fasa endemik dengan selamat.
Katanya, jika hal ini diambil mudah tidak mustahil penularan wabak akan kembali meningkat.
“Sekiranya ingin pulang ke kampung untuk berjumpa dengan ibu bapa atau merentas negeri, rakyat disaran untuk melakukan ujian Covid-19 kendiri sebelum memulakan perjalanan.
“Bagi mereka yang bergejala seperti demam, batuk, selsema dan sesak nafas, saya nasihat tangguhkanlah dahulu perjalanan. Sekiranya didapati positif, kuarantin diri atau hubungi Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) yang berhampiran untuk mendapatkan rawatan segera,” katanya.
Walaupun tiada lagi sekatan jalan raya (SJR) untuk mengawal pergerakan rentas negeri, katanya, pihak berkuasa akan melakukan pemeriksaan secara rawak mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
Beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Keluarga Malaysia atas kerjasama yang diberikan selama ini dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan menyokong kempen imunisasi Covid-19.
Hampir 10 ribu jemaah antarabangsa tiba di Arab Saudi pada 1 November 2020 lepas sebagai kumpulan pertama dibenarkan melaksanakan ibadat berkenaan selepas tujuh bulan ibadat umrah ditangguhkan akibat pandemik COVID-19
Timbalan Menteri Haji dan Umrah, Dr Amr Al-Maddah berkata, 10,000 jemaah yang tiba dari luar negara itu mesti mendapatkan kebenaran terlebih dulu. Antaranya:
Setibanya di sana, jemaah mesti mengasingkan diri selama tiga hari sebelum dibawa ke laman Miqat, sempadan kawasan di mana jemaah yang ingin menunaikan umrah diwajibkan memakai ihram.
Mereka hanya dibenarkan berada di sana sehingga 10 hari, termasuk tiga hari dalam pengasingan.
Seiring protokol, 500 kumpulan, masing-masing dengan 20 jemaah antarabangsa, bergerak sepanjang hari mengikut tempoh yang diperuntukkan.
Had umur maksimum yang ditetapkan bagi jemaah antarabangsa adalah antara 18 hingga 50 tahun.
Negara yang dibenarkan harus dinilai oleh Pusat Pencegahan dan Pengendalian Penyakit Arab Saudi dan Kementerian Kesihatan sebagai sebahagian standard serta protokol yang dipersetujui oleh kerajaan.
Namun, visa bagi jemaah yang tiba dari negara mencatatkan peningkatan ketara jangkitan COVID-19 akan ditangguhkan.
Jemaah juga mesti mempunyai insurans kesihatan penuh yang merangkumi rawatan kecemasan jika dijangkiti dan kemungkinan menjalani ujian polymerase chain reaction (PCR).
Sebagai permulaan pembukaan tahap ketiga ini, masjid-masjid akan beroperasi pada tahap 100 peratus. Jika pada mana-mana tahap wujud kemungkinan yang boleh menimbulkan bahaya kepada jemaah, kementerian akan menilai keadaan untuk kembali ke tahap sebelumnya dan mengurangkan jumlah jemaah. Pada masa ini, Saudia adalah satu-satunya syarikat penerbangan yang dibenarkan untuk membawa jemaah ke sana. Jemaah yang tiba dari negara di mana Saudia tidak beroperasi perlu melalui pihak ketiga, yang sudah diberi pelepasan oleh kerajaan Arab Saudi.
Semoga kes jangkitan pandemik di Malaysia semakin berkurang dan rakyat Malaysia juga antara negara yang akan dibenarkan melakukan ibadah umrah dalam masa terdekat.
Biasanya kita tahu anjung tinjau ada dalam bangunan di KLIA je kan? Kawasan di mana kita boleh tengok kapal terbang yang tengah perking di kawasan apron sambil ground crew loading barang dan sebagainya.
Tapi itu anjung tinjau indoor. Lepas ni akan jadi best lagi bila Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) akan buat satu lagi anjung tinjau di kawasan outdoor!
Anjung tinjau yang dinamakan Anjung Spotter tu dimulakan pembinaan bulan ni dan dijangka siap bulan depan. Lokasinya akan terletak di luar perimeter lapangan terbang dan bersebelahan dengan Runway 31L KLIA.
Jadi di sini anda berpeluang untuk menikmati pemandangan saat pesawat berlepas atau mendarat. Kepada anda yang suka tangkap gambar kapal terbang tu, boleh datang ke sini bersama kamera dan lens panjang anda!
Untuk yang nak datang saja-saja bawa anak-anak pun boleh sebab Ketua Pegawai Eksekutif MAHB Raja Azmi Raja Nazuddin kata Anjung Spotter ni akan jadi lokasi insta-worthy untuk anda merakam saat manis di sini.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!