Sebuah kereta api dengan 10 penumpang tergelincir berhampiran Stesen Genuang, Segamat, awal pagi tadi.
Semua penumpang serta kakitangan tren selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian kira-kira jam 2.40 pagi 29 Oktober 2020. Dalam satu kenyataan di Facebook rasmi KTM Berhad, kereta api itu dalam perjalanan dari Stesen Gemas ke Stesen Johor Bahru Sentral sebelum tergelincir di Kilometer 595 di Genuang.
- Insiden membabitkan dua gerabak penumpang dan lokomotif. Landasan utama masih boleh digunakan serta tidak menghalang perkhidmatan tren lainnya.
- Susulan kejadian berlaku sedikit kelewatan perkhidmatan di sektor selatan antara Gemas dan Johor Bahru. Ini kerana semua tren yang melalui kawasan kejadian telah diarahkan untuk memperlahankan kelajuan.
Usaha baik pulih sedang giat dijalankan di lokasi kejadian. Siasatan terperinci juga telah dimulakan bagi mengenal pasti punca kejadian. Siasatan turut membabitkan badan di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia termasuk Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).
KTMB turut memohon maaf kepada penumpang yang terbabit dalam kejadian itu dan akan menyediakan pengangkutan alternatif bagi membolehkan semua penumpang dapat meneruskan perjalanan ke Stesen Johor Bahru Sentral.
SEGAMAT, 29 Okt – Sebuah kereta api dengan 10 penumpang tergelincir berhampiran Stesen Genuang dekat sini, awal pagi tadi.
Semua penumpang serta kakitangan tren selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan dalam insiden 2.40 pagi itu.
Ketua Pegawai Eksekutif Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Datuk Ir. Kamarulzaman Zainal berkata tren itu sedang dalam perjalanan dari Stesen Gemas ke Stesen Johor Bahru Sentral sebelum tergelincir di Km 595, kira-kira lima kilometer sebelum stesen tersebut.
“Kegelinciran bagaimanapun hanya melibatkan dua gerabak dan satu lokomotif.
“Landasan utama masih boleh digunakan serta tidak menghalang perkhidmatan tren lain,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.
Kamarulzaman berkata sedikit kelewatan dijangka akan berlaku di sektor selatan antara Gemas dan Johor Bahru.
Ini kerana semua tren yang melalui kawasan kejadian telah diarahkan untuk memperlahankan kelajuan, katanya lagi.
Pihak KTMB memohon maaf kepada para penumpang yang terlibat dalam kejadian itu.
“Kami telah menyediakan kenderaan alternatif bagi membolehkan semua penumpang dapat meneruskan perjalanan ke Stesen Johor Bahru Sentral,” tambahnya lagi.
Usaha baik pulih sedang giat dijalankan di lokasi kejadian.
“Siasatan terperinci juga telah dimulakan bagi mengenal pasti punca kejadian,” ujarnya lagi.
Siasatan turut membabitkan badan di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia termasuk Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD). Tamat.
Foto: FB KTM Berhad
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI