82375725_3152282574801370_2508015885864665088_n

Ada berita gembira buat penduduk di Pulau Pinang yang rindu untuk melakukan akitiviti mendaki di Bukit Bendera!

Kereta Api Bukit Bendera Pulau Pinang Mula Beroperasi Kepada Penduduk & Pendaki Kereta Api Bukit Bendera Pulau Pinang Mula Beroperasi Kepada Penduduk & Pendaki

Perkhidmatan kereta api funikular Bukit Bendera dibuka semula mulai 6 Jun 2020 selaras dengan pengumuman kerajaan Pulau Pinang yang membenarkan pembukaan semula taman-taman rekreasi di negeri ini.

  • Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang memaklumkan, bagaimanapun perkhidmatan itu hanya untuk kegunaan penduduk, pekerja dan pendaki sahaja manakala pengunjung lain perlu menunggu sehingga pengumuman selanjutnya oleh pihak berkuasa yang berkenaan.
  • Perkhidmatan kereta api funikular akan beroperasi setiap satu jam dari pukul 7.00 pagi dan seterusnya manakala perkhidmatan terakhir dari Stesen Atas adalah pada 7.00 malam.
  • Para pendaki yang mendaki menerusi Laluan Warisan (Heritage Trail) disaran untuk mendaftar melalui PGCARE di Stesen Bawah Bukit Bendera untuk tujuan pengesanan kontak dan perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Ads

Berikutan perkhidmatan kereta api funikular tidak beroperasi dengan kapasiti maksimum selaras dengan SOP, tiada perkhidmatan kereta api di substesen disediakan kepada pendaki sebaliknya hanya perkhidmatan untuk turun serta naik di Stesen Tengah disediakan untuk pendaki.

Kereta Api Bukit Bendera Pulau Pinang Mula Beroperasi Kepada Penduduk & Pendaki Kereta Api Bukit Bendera Pulau Pinang Mula Beroperasi Kepada Penduduk & Pendaki Kereta Api Bukit Bendera Pulau Pinang Mula Beroperasi Kepada Penduduk & Pendaki

Ads

SOP untuk norma baharu itu akan dikemas kini menerusi laman Facebook Penang Hill dan orang ramai boleh menghubungi talian 04-828 8880 atau e-mel ke inquiries@penanghill.gov.my untuk maklumat terkini.

Ads

 

 

Sumber: Bernama

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI