Kerap Mengembara & Melancong, Antara Karakter Orang Rajin Bekerja

Share

Bukan semua dapat apa yang diidamkan dalam soal kerjaya impian. Bahkan ada yang menyerah awal di pertengahan. Namun tahukah anda, berdasarkan kajian telegraph.com menyatakan, barangsiapa yang sering merantau dan mengembara, merekalah sebenarnya pekerja yang wajar ditabik dan dicontohi. Apa benar dakwaan ini. Here is the reason why!

1- KOMUNIKASI

Bagi mereka yang selalu mengembara ke negara-negara asing pasti selalu bertemu dengan orang yang baru. Orang asing pastinya memiliki personaliti yang berbeza dan sukar untuk kita fahami. Namun ia boleh melatih kita untuk cuba menyesuaikan diri dengan sikap dan personaliti tersebut agar memudahkan dari segi aspek komunikasi, pergaulan, komunikasi korporat dan sebagainya. Percayalah, hal ini juga akan terbawa ke dunia kerjaya dan boleh diaplikasikan nanti.

2- MUDAH BERADAPTASI

Apabila seseorang selalu merantau jauh, pengalaman yang dikutip pastinya berharga tambahan pula apabila melibatkan suasana yang baru dan unik. Dengan pengalaman pengembaraan, kamu akan mempelajari dengan yakin untuk beradaptasi dengan apa jua situasi, tidak kira ianya janggal atau sukar untuk kamu fahami. Dan setiap kali timbulnya konflik mahupun perbalahan, pastinya kamu akan dapat mengatasinya dengan mudah.

3- PENGURUSAN MASA

Dengan bebanan kerja yang tidak tertanggung, di samping waktu yang semakin suntuk, sesiapa saja boleh mengalami tekanan. Namun tidak bagi mereka yang sentiasa mengembara ke negara orang. Mereka kebiasaanya akan terbiasa melatih diri untuk mengatur perjalananya agar tidak tersasar dari plan asal. Ya, hal ini amat penting dan cukup bagus untuk diamalkan di tempat kerja nanti. Tidaklah nanti aka nada kerja yang terbabas deadline, mahupun hadir lewat ke mesyuarat.

4- LEBIH TERSUSUN

Selain dari aspek pengurusan masa, buat mereka yang selalu mengambara pastinya punya habit dalam memastikan semuanya tersusun mengikut kedudukan dan kepentingan. Dari pemilihan pakaian untuk mengembara hinggalah keperluan asas ke sana. Semuanya sudah diatur lengkap. Sekiranya anda bijak mengaturnya, pastinya anda tiada masalah mengatur kerja dan tugasan harian nanti.

5- MENINGKATKAN KREATIVITI

Benarkah pengembara lebih kreatif dari aspek idea dan produktiviti. Ya kami semestinya tidak menolak dakwaan ini. Pastinya perkara baru akan dialami saat anda mengembara dan tentunya ia akan melatih kita untuk berfikir di luar kotak. Makanya, di saat kita aplikasikan pengalaman anda ini, kita akan lebih selesa, yakin dan terbuka untuk menyampaikan apa saja bentuk idea dan cadangan bagi meningkatkan penguasaan kita dalam bidang yang diceburi.

Oleh
mohd farizul Ibrahim