Bagi memudahkan pengundi pulang mengundi, Kerajaan telah menetapkan hari Jumaat dan Sabtu 18 dan 19 November ini sebagai Hari Kelepasan Am. Hal tersebut bagi memudahkan urusan Keluarga Malaysia menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.
Menurut laporan Utusan Malaysia, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata,
bagi memudahkan pengundi balik mengundi, pemberian tol percuma untuk 30 konsesi Lebuh raya ditawarkan dua hari kepada para pengguna sempena hari Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) yang berlangsung pada 19 November ini.
“Tol percuma tersebut bermula dari pukul 12.01 pagi 18 November (Jumaat) hingga 11.59 malam pada hari Sabtu, 19 November, melibatkan semua kenderaan jenis persendirian Kelas 1 sahaja yang dianggarkan sekitar 90 peratus dari jumlah keseluruhan kenderaan di lebuh raya.
Ads
“Implikasi kewangan daripada inisiatif ini akan diserap sepenuhnya syarikat-syarikat konsesi lebuh raya sebagai salah satu dari inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka, dengan anggaran kos tanggungan sebanyak RM34.5 juta,” katanya dalam majlis pecah tanah bangunan CUEPAC di sini hari ini.
Tawaran pemberian tol percuma ini diputuskan setelah mengambil kira cadangan dan rundingan yang melibatkan antara Kementerian Kerja Raya dengan semua syarikat pengendali konsesi lebuh raya.
Ads
Melalui inisiatif ini, kata beliau, kerajaan berharap dapat meringankan serba sedikit beban kewangan para pengguna khususnya warganegara untuk pulang mengundi demi melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pemilih dalam sistem demokrasi yang diadakan pada setiap lima tahun sekali.
Ambil perhatian buat anda yang bercadang bercuti ke negeri Sarawak!
Warganegara Malaysia dari Semenanjung, Sabah dan Labuan yang sudah merancang untuk memasuki negeri Sarawak ketika ini (6 Ogos) tidak perlu lagi memohon dan mengisi borang ‘EnterSarawak’. Bagaimanapun, mereka masih diwajibkan mengisi Borang Pengisytiharan Kesihatan, demikian diputuskan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).
Bagi warganegara asing dan warganegara Malaysia yang tiba atau transit dari luar negara, mereka masih perlu memohon dan mengisi borang EnterSarawak dan Borang Pengisytiharan Kesihatan.
Warganegara Malaysia dari Semenanjung, Sabah dan Labuan yang masuk ke Sarawak dengan destinasi terakhir mereka di kawasan pedalaman serta jauh dari klinik kesihatan yang ada menyediakan kemudahan untuk mengambil sampel COVID-19, akan dikuarantin di hotel. Sampel akan diambil pada hari kedua dan sekiranya keputusan adalah negatif, barulah mereka dibenarkan balik ke rumah masing-masing.
Warganegara Malaysia yang menjadikan mana-mana kawasan yang menyediakan kemudahan mengambil sampel COVID-19 sebagai destinasi terakhir mereka akan dipakaikan gelang tangan dan dibenarkan balik ke rumah masing-masing.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Penutupan pintu sempadan antarabangsa berikutan pandemik COVID-19 telah mengheret pendapatan AirasiaX Bhd.
AirasiaX Bhd dikatakan mencatatkan kerugian bersih lebih tinggi kepada RM308.46 juta bagi suku ketiga berakhir 30 September 2020 daripada RM229.89 juta bagi tempoh sama tahun lalu. Ia jatuh 94 peratus kepada RM59.91 juta bagi suku di bawah kajian daripada RM1.01 bilion sebelumnya.
Untuk tempoh kumulatif sembilan bulan, kerugian bersih AirasiaX Bhd melonjak kepada RM1.16 bilion berbanding RM393.67 juta manakala pendapatan merosot kepada RM1.08 bilion daripada RM3.20 bilion sebelumnya.
Pada 6 Oktober 2020 lalu, AirasiaX Bhd mengumumkan cadangan skim penstrukturan hutang untuk menyusun semula hutang RM63.5 bilion menjadikannya jumlah prinsipal sebanyak RM200 juta, ia perlu dibayar setiap tahun dalam tempoh sehingga lima tahun.Pelaksanaan skim ini sedang berlangsung dan kejayaan skim ini sangat penting supaya AirasiaX Bhd mampu mengumpulkan dana baharu, sama ada sebagai hutang atau ekuiti.
Di bawah penyusunan semula korporatnya telah dirancang, AirasiaX Bhd telah mencadangkan penggabungan bagi setiap 10 saham biasa sedia ada dalam AirasiaX Bhd menjadikannya kepada satu saham AirasiaX Bhd.
Semoga tahun 2021 ada sinar baru buat semua industri yang terkesan kerana wabak COVID-19. Mesti ramai daripada rakyat Malaysia yang tidak sabar untuk kembali menggunakan khidmat penerbangan AirAsiaX untuk bercuti ke luar negara.
image via google | Sumber: Bernama
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
5 negara ini antara paling pelik yang ada di dunia. Kalau anda berkesempatan, negara mana yang anda rasa nak pergi bercuti?
Korea Utara
Negara yang seram dan menyendiri. Rakyatnya juga kelihatan agak tertekan dan depresi. Kat Korea Utara memang ada banyak bangunan pencakar langit yang tinggi dan hebat tapi dalam bangunan tersebut tiada berpenghuni. Kalau datang ke sini memang tak tahu mana yang betul dan mana yang palsu
Djibouti
Negara kecil ini mempunyai banyak pengkalan tentera asing dan ia merupakan salah satu negara paling mahal di Benua Afrika. Rakyatnya juga tak berapa mesara dengan orang luar.
Equatorial Guinea
Negara yang menggunakan bahasa Sepanyol sebagai bahasa kebanggsaan merupakan negara kedua yang mempunyai rizab minyak paling banyak di Afrika. Namun kebanyakkan rakyat mereka hidup dalam kemiskinan. Malah ia juga merupakan negara paling mahal di benua Afrika.
Tuvalu
Merupakan negara kedua paling kurang menerima pengunjung di dunia. Lapangan terbang yang ada di pulau ini meliputi hampir kesemua kawasan yang ada. Paling menarik ia akan bertukar menjadi padang permainan bagi penduduk tempatan pada waktu malam. Negara ini mendapat pendapatn daripada menyewakan lesen domain tv. Terletak di tengah-tengah lautan, negara ini juga khabarnya sedang tenggelam.
Bhutan
Bhuta dikenali sebagai negara paling gembira di dunia. Penduduk Bhutan suka makan nasi merah dan juga cheesy peppers. Paling unik mereka sangat obses dengan kemaluan lelaki. Kalau datang ke sini, anda perlu membayar cukai USD250 setiap hari.
Sumber: Drew Binsky
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Orang kata bercuti di Rome, Itali antara yang best dan memuaskan untuk menikmati pemandangan di sana.Namun perlulah bersedia dan jaga-jaga dengan pickpocket, boleh dikatakan...