Kerajaan Tidak Benarkan Rakyat Dari Malaysia Tunai Umrah Dalam Masa Terdekat!

Share

Pada 1 November 2020 lalu, hampir 10 ribu jemaah antarabangsa tiba di Arab Saudi pada sebagai kumpulan pertama dibenarkan melaksanakan ibadat berkenaan selepas tujuh bulan ibadat umrah ditangguhkan akibat pandemik COVID-19. Kumpulan pertama jemaah umrah warga asing turut terdiri dari Pakistan dan Indonesia selepas menggantung visa ibadah itu pada Februari lalu.

Di Malaysia, ramai yang berharap dapat menjadi sebagaian daripada jemaah antarabangsa untuk menunaikan umrah. Namun begitu, kerajaan telah mengeluarkan arahan agar tidak membenarkan jemaah Malaysia mengerjakan ibadat umrah dalam masa terdekat.

Perkara itu dinyatakan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, selepas mendengar pandangan kementerian Kesihatan (KKM) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohammad Al-Bakri pada Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Keputusan kerajaan itu dilakukan atas nasihat KKM untuk tidak membenarkan jemaah Malaysia menunaikan umrah walaupun Arab Saudi sudah membenarkan umrah dijalankan selama 10 hari.

Ketika ini, jemaah antarabangsa yang ingin menunaikan umarah mesti mengasingkan diri selama tiga hari sebelum dibawa ke laman Miqat, sempadan kawasan di mana jemaah yang ingin menunaikan umrah diwajibkan memakai ihram. Mereka hanya dibenarkan berada di sana sehingga 10 hari, termasuk tiga hari dalam pengasingan. Seiring protokol, 500 kumpulan, masing-masing dengan 20 jemaah antarabangsa, bergerak sepanjang hari mengikut tempoh yang diperuntukkan. Had umur maksimum yang ditetapkan bagi jemaah antarabangsa adalah antara 18 hingga 50 tahun sahaja.

Jemaah juga mesti mempunyai insurans kesihatan penuh yang merangkumi rawatan kecemasan jika dijangkiti dan kemungkinan menjalani ujian polymerase chain reaction (PCR). Sebagai permulaan pembukaan tahap ketiga ini, masjid-masjid akan beroperasi pada tahap 100 peratus. Jika pada mana-mana tahap wujud kemungkinan yang boleh menimbulkan bahaya kepada jemaah, kementerian akan menilai keadaan untuk kembali ke tahap sebelumnya dan mengurangkan jumlah jemaah. Pada masa ini, Saudia adalah satu-satunya syarikat penerbangan yang dibenarkan untuk membawa jemaah ke sana. Jemaah yang tiba dari negara di mana Saudia tidak beroperasi perlu melalui pihak ketiga, yang sudah diberi pelepasan oleh kerajaan Arab Saudi.

Oleh
Husna