Penduduk dunia semakin ‘panik’ dengan penularan wabak COVID-19, tidak terkecuali rakyat Malaysia. Malaysia kini antara negara tertinggi di Asia Tenggara bagi kes jangkitan koronavirus baharu (Covid-19) selepas mencatatkan kes melebihi 400 kes.
Situasi itu membuatkan rakyat berada dalam keadaan panik dan ‘memaksa’ kerajaan melaksanakan ‘lockdown’ segera seperti yang telah dilakukan negara lain yang terjejas wabak COVID-19.
Kenapa Malaysia masih belum keluarkan arahan untuk ‘Lockdown’? Baca perkongsiaan daripada saudara Irwan Dahnil
Lepas naik kes 190 sehari, maka teruk Kementeriam Kesihatan kena kecam mengapa tidak #lockdown sahaja negara kita.
Adeh.. Kementerian Kesihatan bukan kerja dia untuk buat lockdown ini. Mereka cuma pastikan rakyat Malaysia sihat dan mendapat penjagaan kesihatan yang baik.
Kuasa lockdown bukan pada mereka. Lockdown adalah protokol keselamatan yang dikuatkuasakan untuk menghalang seseorang untuk meninggalkan atau masuk ke sesuatu kawasan.
Dari 190 kes baru semalam, banyaknya kes datang dari kluster tabligh. Ini adalah sebaran penyakit dalam negara, bukan dari luar.
Secara teknikalnya, lockdown sempadan tidak diperlukan secara total tetapi cukup dengan menghadkan kemasukan dari negara tertentu. Sekatan dari negara-negara yang mempunyai kes teruk. China, Italy dan Korea sebagai contohnya. Atau sekurangnya mengetatkan saringan dan keluar masuk.
Menutup sempadan secara total tidak mudah. Jangan bandingkan terus dengan Eropah yang senang tutup sempadan.
Di Eropah, antara negara tersebut menandatangani Perjanjian Schengen yang membolehkan kawalan sempadan yang lebih selaras untuk setiap negara Eropah.
Jadi kalau tutup sempadan fizikal tiada masalah sebab mereka dibawah satu pentadbiran sempadan yang sama. Malaysia tidak begitu.
****
Untuk memperlahankan sebaran penyakit dalam Malaysia sebenarnya kita perlukan shutdown. Ini adalah apa yang Malaysia perlukan. Untuk mengelak jangkitan dalam negara. Ini termasuklah membatalkan event atau acara.
Bererti menutup tempat atau lokasi pertemuan yang membolehkan menjadi punca penyakit tersebar atau berpindah kepada orang lain.
Di sesetengah negara, semua premis ditutup. Pejabat, sekolah, kedai dan premis komersil. Kecuali perkhidmatan kritikal seperti makanan dan ubatan.
Jadi kenapa Malaysia tidak buat shutdown secepatnya? Tapi untuk buat shutdown ini bukan mudah. Kerajaan terpaksa bermesyuarat hari ini pun kena kecam kerana terlalu lambat bertindak.
Negara lain macam Italy atau Denmark boleh buat keputusan hampir serta merta kerana sistem subsidi dan penjagaan kebajikan mereka dikawal kerajaan (dari kutipan cukai). Kerajaam sediakan hampir semuanya. Jadi kalau shutdown sekali pun, kebajikan rakyat masih terbela.
****
Kalau Malaysia shutdown apa yang akan berlaku masih menjadi tanda tanya. Bila semua diarahkan untuk berada di rumah atau tempat tertentu sahaja.
Kalau sekolah ditutup, bagaimana persediaan sekolah untuk mendidik anak-anak yang berada di rumah? Platform e-learning di Malaysia sudah mantap ?
Jika kedai ditutup, bagaimana bisnes mahu kekal? Bayar sewa tetap berjalan, gaji tetap mahu dibayar?
Bisnes yang tidak berjalan, bagaimana pula mahu membayar gaji pekerja? Akhirnya pekerja diberi cuti dan diberhentikan. Kebajikan mereka ini bagaimana?
Jangan terlalu seronok untuk shutdown. Mungkin seminggu memang seperti di syurga tiada buat apa.
Tapi perasaan akan mula resah bila tidak keluar rumah. Jiwa gundah kerana tiada kehidupan yang terarah.
*****
Kenapa Malaysia lambat sangat ada koordinasi antara kementerian?
Sebab mahu jaga 32 juta penduduk perlu ada 32 Menteri. Kementerian yang banyak mewujudkan coordination gap yang semakin besar. Semua mahu diselaraskan untuk mencapai persetujuaan penggunaan sumber yang terhad.
Ini kelemahan sistem politik Malaysia. Jadi kena terima hakikat bahawa lockdown atau shutdown bukan benda yang mudah.
Ditambah pula dengan sikap orang Malaysia yang demand pelik².
Sebaiknya apa kita perlukan ada social distance. Menjarakkan kontak yang dekat dengan orang lain.
Kalau ini pun kita tidak boleh buat, bererti kita sendiri yang meminta kerajaan buat sekatan dan hadangan. Barulah kita boleh jadi lebih berdisiplin agaknya.
Catatan kembara, Irwan Dahnil