Kenapa Limau Dibuang Ke Sungai Ketika Perayaan Chap Goh Mei?

Share

Detik 12 malam ketika tiba perayaan Chap Goh Mei, langit dihiasi percikan bunga api yang cantik. Ketika itu, ramai yang membuat hantaran di laman sosial masing-masing suasana ketika itu umpama 'perang di langit malam'.


Rakyat Malaysia hidup dalam pelbagai kaum, maka suasana perayaan sebegitu saban tahun sudah sebati dalam kalangan kita. Namun ada juga masih tidak mengetahui mengapa malam tersebut begitu istimewa ketika sambutan Tahun Baru Cina.


Istilah Chap Goh Mei berasal dari dialek Hokkien yang bermakna malam ke-15 bagi Tahun Baru Cina di mana ia juga menandakan hari terakhir bagi sambutan Tahun Baru Cina. Secara literalnya, Chap memberi maksud 10, Goh adalah lima dan Mei pula adalah malam. Perayaan Chap Goh Mei seringkali dikaitkan dengan mitos peristiwa dua wanita bujang yang telah membuang buah oren ke dalam sungai dengan harapan mendapat jodoh.



  • Pesta Chap Goh Mei disambut dengan mengadakan upacara sembahyang secara besar-besaran, di mana colok besar akan dibakar dan juga diadakan makan besar bersama keluarga.
  • Walaupun perayaan ini tidak diiktiraf sebagai cuti umum di Malaysia, ia satu perayaan yang dinanti-nantikan oleh komuniti Cina kerana ada sebahagiannya yang beranggapan Chap Goh Mei merupakan Hari Kekasih versi kaum itu.
  • Pada malam perayaan Chap Goh Mei, kebiasaannya masyarakat Cina akan berkumpul dan makan secara besar-besaran dengan hidangan tradisi Yuan Xiao (beras pulut berbentuk bulat) selain rumah yang dihias cantik dengan lampu-lampu merah bagi menghidupkan lagi suasana.
  • Secara adatnya, pada hari tersebut, akan dimainkan muzik balada cinta yang dipanggil Dondang Sayang yang diperdendangkan di jalanan dengan instrumen biola, gendang dan gong. Ada ketika, ia menjadi komedi apabila liriknya digubah sendiri oleh penyanyi.
  • Di negara kita, Pulau Pinang merupakan salah satu daripada negeri yang sering membuat sambutan besar-besaran meraikan Chap Goh Mei. Pada malam itu, pelbagai hidangan makanan-makanan enak akan disajikan di sepanjang jalan selain permainan dan persembahan budaya. Turut diadakan sesi membuang limau ke dalam sungai, perarakan tanglung, tarian naga atau singa, opera Cina, dan mengimbang bendera besar 'Chingay'

Sumber: Publicholidays Wikipedia AstroAwani

Oleh
Husna