Setiap negara punya keunikan tersendiri terutama dari segi adat dan budaya. Jika di Malaysia, banyak kisah masyarakat orang asli terutama yang hidup jauh dari pembangunan sering didokumentarikan untuk pengetahuan masyarakat. Ia mengajar kita bahawa keunikkan sesebuah negara itu bergantung kepada etniknya yang pelbagai.
Ternyata di negara jira juga tidak kalah dengan kisah masyarakat orang aslinya. Masyarakat orang asli dari Suku Korowai berasal dari Indonesia ini sememangnya amat unik untuk kita belajar kisah peradaban mereka.
Suku Korowai adalah salah satu etnik asal dari Indonesia. Masyarakatnya hidup di dalam hutan dan terpisah dengan manusia yang lain.
Suku Korowai tersebut dijumpai oleh seorang pengembara dari Belanda pada tahun 1974.
Mereka masih lagi menjalankan aktiviti seperti memburu dan menangkap ikan di dalam hutan.
Apa yang menariknya tentang Suku Korowai ini, mereka membina rumah tinggi dengan menggunakan kayu hutan setinggi 50 meter.
Sebab utama mereka mendirikan rumah yang tinggi itu untuk mengelak dari nyamuk, gangguan binatang buas dan bunyi bising.
Malah, mereka percaya rumah tinggi mampu mengelak dari gangguan roh yang jahat.
Untuk pengetahuan korang, Bahasa pertuturan mereka berbeza dengan bahasa yang digunakan oleh orang Indonesia.
Kredit: Iman Khalisa