Kenali Pulau Skellig Micheal a.k.a Pulau Star Wars Di Ireland

Share

Bila menyebut Star Wars, kita pasti membayangkan watak-watak ikoniknya seperti Han Solo, Yoda, Luke Skywalker, Chewbacca, Princess Leia selain Darth Vader yang mana filem ini gerenti pecah panggung setiap kali ditayangkan.

Bermula dari The Phantom Manace (1999), The Empira Strike Back (2005) sehinggalah The Last Jedi (2017) termasuklah The Rise Skywalker, filem yang punya banyak sekuel ini punya ramai peminat.

Ternyata, di sebalik filem Star Wars pecah panggung, penggambaran yang dibuat di sebuah pulau di Ireland iaitu Skellig Micheal telah berjaya mempopularkan pulau ini sebagai destinasi pelancongan dunia.

Pulau ini mula digunakan sebagai penggambaran filem Star Wars bagi sekuel ke tujuh The Force Awakens (2005) dan kelapan iaitu Star Wars The Last Jedi (2017) menjadikan pulau yang mendapat pengiktirafan dari UNESCO sebagai destinasi pelancongan utama dunia. Ia merupakan tempat persembunyian Skywalker sekaligus menjadi seperguruan Jedi.














Kemasukan pelancong ke pulau ini naik kira-kira 17 peratus di mana 24 peratus datang dari Amerika Utara, Britain (17 peratus), Jerman (21 peratus) serta Belgium, Belanda dan Luxemborg sebanyak 31 peratus)

Apa yang menariknya, demi menjaga dan memelihara artifak di pulau ini, hanya seramai 180 orang dibenarkan berada di pulau yang cukup indah ini.

Tapi sebelum pulau ini popular pada 2015, lokasi ini sebenarnya adalah biara, tempat penganut beragama Kristian mengabadikan diri kepada Tuhan mereka pada abad ke 6 hingga 12. Dan sisa-sisa bangunan kuno masih berdiri kukuh di lokasi ini yang menjadi saksi bisu penyebaran agama di lokasi ini. Untuk ke sini, pelancong perlu mendaki 600 anak tangga pada ketinggian 200 meter sebelum sampai ke puncaknya yang cukup cantik dan dikeliling lautan.

Oleh
almaswa Haji Che Ros