Nama negara sangat penting untuk peradaban sesuatu lokasi dan bangsa untuk dikenali. Pernah terfikir atau tidak bagaimana sesebuah negara mendapat nama? Nama-nama yang kita kenali wujud dari zaman dahulu hingga hari ini kebanyakkannya mempunyai maksud tersendiri yang melambangkan negara tersebut pada ketika itu.
Perkongsian daripada sumber Facebook The Nusantara ini memang menarik untuk pengetahuan ramai mengenai maksud disebalik nama negara.
Dari nama sesebuah negara pun kita boleh tahu maksud serta identiti untuk sesebuah negara. Ianya umum dan jelas lagi tidak boleh dipertikaikan. Kongsikan fakta ini pada mereka yang mempertikaikan.
Fahamkah anda dengan nama negara anda?
Ads
Nama Malaysia ini sebenarnya telah digunakan sejak tahun 1800an lagi dan ianya merujuk kepada Semenanjung Melayu dan kepulauan Melayu.
Kepulauan Melayu merujuk kepada kawasan Sumatra, Tanah Java, Tanah Melayu, Pulau Pinang, Singapura, Kemboja, Siam, Burma, Brunei, Timor dan Filipina. Kepulauan Melayu dikatakan mencecah 2 juta Kilometer persegi dengan lebih daripada 25,000 pulau-pulau didalamnya.
Ini dibuktikan dengan merujuk kepada peta yang dibuat oleh Alexander Keith Johnston F.R.G.S (AK Johnston) pada tahun 1845. Beliau memberi tajuk ‘South Eastern Peninsula and Malaysia’ kepada peta tersebut dan dimuatkan didalam bukunya “National Atlas of Historical, Commercial and Political Geography”.
Ads
Malaysia juga merujuk kepada kaum Melayu di Kepulauan tersebut yang mempunyai kuasa dominan pada ketika itu dan juga peneroka pertama di tanah melayu. Ini berdasarkan kepada nota didalam peta tersebut; “….the group (the malay peninsula and the malay archipelago ) has been named Malaysia from the Malays who are the dominant race in the archipelago….”
Bilakah nama Malaysia secara rasminya digunakan? Adakah selepas merdeka atau sebelum? Pada tahun 2009, seorang pensyarah Universiti Teknologi Mara Sabah, Prof. Madya Mat Zin Mat Kib telah memperbetulkan kenyataan Arkib Negeri Sabah. Mat Zin berkata, penggunaan nama Malaysia telah mula digunakan sejak tahun 1889 bukannya pada tahun 1929 seperti yang direkodkan oleh Arkib Negeri Sabah. Kenyataan itu adalah bersandarkan sebuah artikel dalam akhbar The British North Borneo Herald bertarikh 1 Januari 1889.
Ads
Artikel yang bertajuk Geographical Notes in Malaysia and Asia yang ditulis J.E Tenison Woods memberi maklumat ringkas mengenai catatan perjalanannya ke Semenanjung Tanah Melayu, Labuan, Brunei, Sandakan dan Sulu pada tahun 1883 hingga 1886. Penemuan itu, ujar Mat Zin telah membuktikan nama Malaysia digunakan lebih awal daripada tarikh kemerdekaan dan pembentukan Malaysia.
“Ia turut menunjukkan (nama Malaysia) telah digunakan secara meluas oleh orientalis Barat bagi merujuk kawasan Semenanjung Tanah Melayu,” katanya.
Sekiranya kajian Mat Zin diiktiraf, ini menunjukkan nama Malaysia telah digunakan sejak 130 tahun lalu!
Maksud Disebalik Nama Negara Lain
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Tular dalam kalangan penduduk Malaysia apabila mengetahui kisah 16 sekeluarga di Bahrain dijangkiti Covid-19 selepas menghadiri majlis berbuka puasa keluarga.
Mana tidaknya, untuk sambutan hari raya yang bakal di sambut umat Islam di negara ini minggu hadapan, kerajaan telah membenarkan ziarah jiran, sanak-saudara untuk tujuan perayaan, namun mestilah dalam negeri yang sama dan tidak melebihi 20 orang dalam satu-satu masa.
Hal itu merisaukan ramai pihak lalu menjadikan kisah 16 sekeluarga di Bahrain ini sebagai iktibar untuk meraikan hari raya akan datang.
Saudi Gazzete yang memetik laporan Kementerian Kesihatan negara itu melaporkan jangkitan berpunca daripada seorang ahli keluarga itu yang positif wabak berkenaan.
Laporan itu menyebut keluarga berkenaan tidak mematuhi larangan untuk perjumpaan berkumpulan, memakai pelitup muka dan penjarakan sosial. Antara yang dikesan positif termasuk ibu bapa, adik-beradik dan anak mereka.
Sumber Hmetro setakat semalam menyatakan, Bahrain merekodkan 4,774 kes positif Covid-19 dengan lapan kematian, manakala 2,055 pesakit sembuh. Negara kecil itu telah membenarkan kilang industri dan perniagaan kembali beroperasi minggu lalu, selepas kerajaan mula melonggarkan perintah kawalan. Pihak berkuasa sebelum ini mengarahkan semua perniagaan bukan keperluan ditutup pada akhir Mac dan melarang kemasukan warga asing. Bagaimanapun, tiada perintah berkurung dilaksanakan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Buat rakyat Malaysia yang ingin ke Perancis, ambil langkah keselamatan dengan menjaga kesihatan diri daripada terkena strok haba. Perancis kini dilanda cuaca panas dan gelombang haba tertinggi negara itu dengan suhu dilaporkan mencecah sehingga 45.9 darjah Celsius.
Susulan itu perkhidmatan cuaca negara itu mengeluarkan amaran merah di empat kawasan buat pertama kalinya pada Jumaat lepas. Perancis antara beberapa negara di Eropah kini berdepan dengan keadaan cuaca melampau yang telah meragut beberapa nyawa.
Di ibu kota Perancis, ramai dilihat berkumpul di kawasan air pancut terutama di tempat tumpuan pelancong di sekitar Menara Eiffel bagi menyejukkan badan.
Kawasan-kawasan sekitar pantai dan kolam umum juga dipenuhi dengan ramai orang yang datang untuk menyejukkan badan.
Menurut pakar meteorologi, gelombang haba ini disebabkan udara panas dari utara Afrika dan juga ribut yang kini sedang melanda Lautan Atlantik. Sebelum ini pada 2003, gelombang haba yang melanda Perancis mencatatkan suhu tertinggi 44.1 darjah Celcius.
Bermula 16 September, Pulau Langkawi telah dibuka sebagai projek rintis dalam merancakkan kembali industri pelancongan.
Pulau Legenda ini memang menjadi antara destinasi sangat popular kerana mempunyai pelbagai tempat menarik dan bersejarah untuk dikunjungi.
Jika yang mahu bercuti di sini mengikut SOP yang ditetapkan, kami cadangkan beberapa tempat menyeronokkan untuk dikunjungi di sini.
Antara yang popular adalah Pantai Cenang. Kawasan pantai utama di Langkawi ini bukan sahaja ada kawasan pantai untuk mandi, tapi kedai makan, cenderamata dan suasana malam hidup dibandingkan kawasan lain Langkawi.
Dan disenaraikan juga antara 12 penginapan di kawasan sekitar yang juga boleh djadikan piliha jika bercuti ke Langkawi.
1. Meritus Pelangi
Resort tepi Pantai Cenang Langkawi ini dibuat gaya Melayu. Biliknya luas, suasana keliling hijau dan untuk main air, pilih sama ada mahu berenang di kolam besar atau mandi di pantai putih yang sedia menanti.
Bila malam, boleh bersiar kawasan Cenang. Bila siang melawat tarikan seperti Underwater World dan Laman Padi pun senang. Kalau korang mahu resort tepi pantai yang bagus di Langkawi tapi mahu juga dekat dengan tarikan-tarikan yang ada di pulau ini, pilih Meritus Pelangi.
Pantai Tengah – Resort-resort menghadap Pantai Tengah ini ada pantai yang lebih tenang dari orang ramai, tapi masih dekat dengan Cenang untuk korang cari makan dan santai malam-malam. Sesuai untuk mereka yang inginkan kesunyian tapi masih mahu dekat dengan suasana sibuk Cenang sesekali.
2. Holiday Villa
Di resort Holiday Villa Langkawi, korang dapat pool inifiniti yang luas dan letaknya di tepi pantai putih menghadap laut Selat Melaka. Bilik agak berusia tapi besar. Ada balkoni bersantai.
Untuk yang datang dengan keluarga dan mahukan resort tepi pantai yang harganya sederhana, ini antara pilihan yang boleh dipertimbang bersama.
3. Frangipani Langkawi
Resort Frangipani di Pantai Tengah ini satu resort harga sederhana yang ada pantai di tepinya. Pool di sini kecil sahaja, tapi pantai ada di depan mata untuk berenang puas-puas pada bila-bila masa. Fasiliti terhad, tapi bilik ada balkoni.
4. Dash Resort
Resort ini untuk orang muda. Ia bukan saja ada pantai peribadi, tapi juga ada pool besar yang best untuk mandi atau untuk posing buat OOTD di medias sosial. Sesetengah bilik di sini ada jakuzi dan hiasan bilik pun funky.
Setiap petang ada live DJ kat sini, membuatkan resort ini macam satu parti. Sesuailah untuk mereka yang suka muzik dan bersosial. Pantai Tanjung Rhu – Bagi sesiapa yang mahu dekat dengan pantai putih yang luas ( yang dikatakan antara pantai yang tercantik di dunia) dan dekat dengan mangrove tour, kawasan di sini sangat sesuai.
5. Four Season Langkawi
Ini resort Langkawi yang menggabungkan Barat dan Timur dengan suntikan elemen Arab di dalamnya. Hasilnya, resort fusion mewah dalam taman seluas 48 ekar yang sesuai untuk pasangan bulan madu ataupun keluarga bercuti.
Biliknya sangat luas. Di belakang villa ada gunung batu kapur prasejarah. Di hadapan verandah boleh nikmati pasir pantai memutih dengan pemandangan indah. Ini antara resort termahal yang ada di Malaysia. Kemewahan yang dapat di sini berbaloi dengan setiap ringgit yang dibelanjakan.
6. Tanjung Rhu Resort
Dengan pantai peribadi sejauh 2.5 km, ini resort tepi pantai Langkawi untuk yang mahu menikmati pemandangan senja di kawasan pantai antara terbaik di Malaysia ini. Resort mempunyai tiga swimming pool, lima restoran dan juga spa. Jadi korang tak perlu keluar dari resort ini.
Untuk explore kawasan sekitar, untuk ke Kilim Geoforest hanya beberapa minit sahaja. Galeria Perdana pun dekat saja.
Pantai Teluk Datai – Kalau sukakan alam semulajadi dan mahukan cuti di Langkawi yang dekat dengan pantai, boleh pertimbangkan resort-resort di Pantai Teluk Datai. Menginaplah di sini jika mahu habiskan masa di hotel-hotel terbaik Langkawi dan cuma sesekali keluar untuk ke tarikan pulau yang jauh dari sini.
7. The Andaman
Sesuai untuk mereka yang sukakan bunyi unggas dan ombak, the Andaman ini ada pantai peribadi sejauh 3 km.
Boleh masuk ke hutan dengan guide atau ikut serta memelihara batu karang di pusat konservasinya. Untuk si kecil, ada Young Explorer’s Club, untuk ibu ada C Hair Saloon dan V Spa dan ayah boleh lepaskan gian golf di ELF Club yang tak jauh mana.
8. The Datai
Ini antara resort paling mewah di tepi pantai Teluk Datai. Resort berada dalam hutan dara berumur 400 juta tahun. Jika bernasib baik, boleh terserempak dengan ikan lumba-lumba di pantai.
Sesetengah villa ada private pool. Biliknya luas, restoran selera bertaraf antarabangsa dan suasana resortnya lebih cantik dari gambar-gambarnya.
Senang cerita kalau sukakan hutan dan pantai dan wang bukan masalah, ini adalah resort tepi pantai yang wajib dicuba.
Pantai Kok – Kawasan Pantai Kok ini adalah kawasan pantai di Langkawi yang ada pemandangan kapal-kapal peribadi di lautnya. Ia dekat kereta kabel Langkawi untuk mereka yang tak mahu memandu jauh.
9. The Danna
Hotel dengan gaya kolonial ini adalah resort tepi pantai Langkawi yang mewah. Dan kalau cerita tentang swimming pool, ia ada kolam renang tiga tingkat yang juga terbesar dalam seluruh pulau ini.
Setiap bilik ada tub mandi dan balkoni manakala hotel dilengkapi spa, kids room dan empat restoran, termasuk restoran The Planters yang terkenal di Langkawi.
Pantai menghadap dua pulau kecil dengan pemandangan kapal-kapal peribadi, suasana seperti bercuti di luar negara. Untuk ke tarikan utama Langkawi seperti kereta kabel, cuma perlu memandu 10 minit dari sini.
10. Berjaya Resort
Kalau suka bunyi ombak, ini antara resort tepi pantai Langkawi yang ada villa atas laut. Dekorasi bilik biasa saja, tapi besar dan selesa.
Nak honeymoon? Ambil chalet atas air sebab korang boleh layan jakuzi dari bilik sambil tengok berlabuhnya matahari senja.
Pantai peribadi ada di tepi pool besar, sesuai sangat untuk yang holiday dengan family atau pasangan.
11. Ritz Carlton
Dibina selama 7 tahun, resort mewah Ritz Carlton Langkawi ini dikelilingi hutan yang dihuni monyet lemur dan burung enggang, sesuai untuk mereka yang mahukan cuti dengan bunyi alam semulajadi.
Dibuat dengan gaya Melayu-Siam, resort ini ada 90 suite yang luas dan 29 villa yang dilengkapi private pool.Selain bilik dengan pemandangan hutan atau laut, resort ini juga hadir dengan kolam infiniti, spa di platform atas laut, dan katil yang sangat selesa.
Ia ada pantai peribadi yang cantik, tapi tidak sebesar kebanyakan resort-resort lain.
12. Vivanta by Taj
Apa yang lebih istimewa dari tinggal di pulau peribadi masa cuti? Dari Langkawi ke sini, korang akan naiki bot dari Cenang. Kawasan di sini pemandangannya romantik, senang cerita sesuai sangat untuk mereka yang ingin honeymoon atau anniversary.