Bersyukurlah, jika kawasan perumahan anda mendapat kemudahan internet dengan mudah untuk melakukan pelbagai perkara. Namun tidak bagi penduduk di sebuah daerah Indonesia ini.
Gara-gara tiada akses internet, 21 pelajar dari daerah Istimewa Yogyakarta terpaksa mendaki gunung Temulawak untuk mencari talian internet bagi mengikuti kelas dalam talian.
Sejak penularan wabak koronavirus (Covid-19), pihak sekolah dan universiti menerapkan pembelajaran di rumah. Mereka perlu belajar secara online. Ini membuatkan 21 pelajar terpaksa mendaki gunung Temulawak setiap kali guru memberi tugasan. Mereka terpaksa mendaki Gunung Temulawak yang cukup tinggi terletak di sebelah selatan Dusun.
Menurut Tribun News, daerah itu tiada akses talian telefon apatah lagi untuk akses internet. Mereka harus mendaki gunung yang tinggi hanya untuk membuat tugasan sekolah, universiti yang berikan oleh tenaga pengajar.
Mereka perlu menempuh perjalanan sekitar 250 meter untuk tiba di kaki gunung sejak sebulan lalu. Mereka akan berkumpul dulu sebelum mendaki bersama.
Salah satunya Alodia Daffa Sinanta, pelajar di sebuah sekolah di kampung Dusun Petir B, Desa Petir.
“Ya betul, saya terpaksa bawa buku untuk mendaki gunung, memang letih apatah lagi kini sedang berpuasa,” katanya.
Foto: makassar_iinfo | Sumber: Sinar Harian