Dari kiri: Amerrudin Ahmad, Timbalan Pengarah Balai Seni Negara, Steve Chow, Pengarah Animation International (M) Sdn. Bhd., Datuk Rashidi Hasbullah, Pengerusi Balai Seni Negara, Selena Chua, Ketua Pegawai Eksekutif Jualan WCT Malls, Moon Tan, Pengarah Jualan WCT Malls Management Sdn. Bhd., dan Tian Keng Swee, Penolong Pengarah Urusan Centre Management gateway@klia2 bergambar selepas merasmikan Pop-up Store Doraemon di pusat membeli-belah gateway@klia2.

Agak mustahil sekiranya ditanya oleh sesiapa yang mereka tidak kenal dengan watak animasi popular kucing berwarna biru dari Jepun ni. Pasti apabila ditanya siapakah kucing berwarna biru dan takutkan tikus, ramai akan menjawab dengan tepat – dia Doraemon!

Ya, penangan animasi popular dari Jepun itu mewarnai memori setiap kanak-kanak, remaja malah dewasa dengan indah sekali. Memori indah waktu kecil, duduk di hadapan kaca television, menonton gelagat lima sahabat iaitu Doraemon, Nobita, Sizuka, Sunyo dan Giant menempuh pelbagai peristiwa berserta dengan gajet-gajet abad ke-21 dari dalam saku Doraemon.

Untuk anda yang masih mempunyai ingatan segar tentang animasi Doraemon ini, jom kita datang beramai-ramai ke gateway@klia2. Kerana buat pertama kali dalam sejarah pusat membeli-belah dalam lapangan terbang itu menerima kedatangan Doraemon dan rakan-rakannya bersempena pop-up store yang berlangsung dari 7 Mac hingga 28 April ini.

Ads
Kemunculan Sulung Doraemon Dan Rakan-Rakan Disambut Meriah Di KLIA2!
Dari kiri: Amerrudin Ahmad, Timbalan Pengarah Balai Seni Negara, Steve Chow, Pengarah Animation International (M) Sdn. Bhd., Datuk Rashidi Hasbullah, Pengerusi Balai Seni Negara, Selena Chua, Ketua Pegawai Eksekutif Jualan WCT Malls, Moon Tan, Pengarah Jualan WCT Malls Management Sdn. Bhd., dan Tian Keng Swee, Penolong Pengarah Urusan Centre Management gateway@klia2 bergambar selepas merasmikan Pop-up Store Doraemon di pusat membeli-belah gateway@klia2.
Kemunculan Sulung Doraemon Dan Rakan-Rakan Disambut Meriah Di KLIA2!
Datuk Rashidi Hasbullah, Pengerusi Balai Seni Negara, menyampaikan ucapan beliau mengenai usaha kerajaan dalam mempromosikan bidang jualan sebagai salah satu cabang pelancongan di Malaysia.

Penunjung yang datang ke pop-up store Doraemon di gateway@klia2 ini akan menyaksikan 30 patung figura Doraemon bersaiz manusia dewasa dan pastinya pengalaman ini akan memberikan suasana keajaiban dan kegembiraan di kalangan pengunjung dan peminat Doraemon.

Selain itu, pop-up store Doraemon yang dibuka secara percuma ini menyajikan pelbagai jenis koleksi cenderahati termasuk koleksi edisi terhad seperti baju t-shirt, baju kemeja, gelas, bantal, buku, anak patung dan pelbagai lagi barangan Doraemon yang lain.

Ads

Jadi kepada anda yang ingin berlepas atau tiba di klia2, jom singgah sebentar ke pop-up store Doraemon ini, dan bukan itu sahaja, kipas-susah-mati Doraemon yang berada di sekitar Putrajaya, Cyberjaya, Nilai, Bangi dan Sepang juga boleh hadir sama kerana lokasi strategik pusat membeli-belah klia2 ini memberikan akses mudah untuk anda berkunjung ke sini.

Jangan tunggu lama lagi, jom kita rasai kemeriahan Doraemon dan rakan-rakan di gateway@klia2 sekarang!

Ads

Kemunculan Sulung Doraemon Dan Rakan-Rakan Disambut Meriah Di KLIA2! Kemunculan Sulung Doraemon Dan Rakan-Rakan Disambut Meriah Di KLIA2! Kemunculan Sulung Doraemon Dan Rakan-Rakan Disambut Meriah Di KLIA2! Kemunculan Sulung Doraemon Dan Rakan-Rakan Disambut Meriah Di KLIA2!

Kemunculan Sulung Doraemon Dan Rakan-Rakan Disambut Meriah Di KLIA2! Kemunculan Sulung Doraemon Dan Rakan-Rakan Disambut Meriah Di KLIA2! Kemunculan Sulung Doraemon Dan Rakan-Rakan Disambut Meriah Di KLIA2! Kemunculan Sulung Doraemon Dan Rakan-Rakan Disambut Meriah Di KLIA2! Kemunculan Sulung Doraemon Dan Rakan-Rakan Disambut Meriah Di KLIA2! Kemunculan Sulung Doraemon Dan Rakan-Rakan Disambut Meriah Di KLIA2! Kemunculan Sulung Doraemon Dan Rakan-Rakan Disambut Meriah Di KLIA2! Kemunculan Sulung Doraemon Dan Rakan-Rakan Disambut Meriah Di KLIA2! Kemunculan Sulung Doraemon Dan Rakan-Rakan Disambut Meriah Di KLIA2! Kemunculan Sulung Doraemon Dan Rakan-Rakan Disambut Meriah Di KLIA2! Kemunculan Sulung Doraemon Dan Rakan-Rakan Disambut Meriah Di KLIA2! Kemunculan Sulung Doraemon Dan Rakan-Rakan Disambut Meriah Di KLIA2!

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI