Kepada anggota barisan hadapan negara yang terlibat secara langsung dengan usaha pemutusan rantaian penularan COVID-19, jasa kalian sangat dihargai. Pelbagai pihak tampil untuk memberi penghargaan kepada usaha besar mereka selama ini.
Terkini, petugas barisan hadapan daripada pelbagai pangkat dan masih bertugas, layak mendapatkan tawaran percuma ini dengan hanya menunjukkan dokumen kerja sah ketika pembelian tiket di kaunter Menara Kuala Lumpur dan Menara Alor Setar
Menara Kuala Lumpur dan Menara Alor Setar mensasarkan 15,000 pengunjung daripada kalangan petugas barisan hadapan sempena promosi 'Untukmu Wiraku'. Promosi yang berlangsung selama sebulan bermula 17 Ogos 2020 adalah hadiah buat petugas barisan hadapan yang mempertaruhkan kesihatan dan keselamatan demi mengatasi pandemik COVID-19.
Akan datang, pegurusan Menara Kuala Lumpur dan Menara Alor Setar sedang merancang untuk memberi tawaran istimewa ini kepada petugas barisan hadapan lain seperti penghantar makanan pada kempen seterusnya.
image via google