Kemboja menarik balik larangan masuk pelawat asing dari Iran, Itali, Jerman, Sepanyol, Perancis dan Amerika Syarikat yang dikenakan sebelum ini bagi membendung penularan COVID-19.
Menurut Kementerian Kesihatan negara tersebut, pesakit terakhir COVID-19 diizin keluar hospital pada 16 Mei 2020 lalu, menjadikan negara kini bebas kes.
Ads
Kementerian Kesihatan melaporkan pelawat asing yang masuk ke Kemboja masih perlu menunjukkan sijil kesihatan sah tidak melebihi tempoh 72 jam yang mengesahkan mereka tidak dijangkiti virus COVID-19.
Mereka juga perlu tunjukkan bukti memiliki insurans kesihatan bernilai AS$50,000 semasa berada di Kemboja.
Selain itu, pengunjung asing perlu menjalani saringan COVID-19 dan dikuarantin selama 14 hari di kemudahan ditentukan kerajaan.
Mulai Jun 2020, Kemboja akan membuka semula semua muzium selepas tiada kes jangkitan baharu COVID-19 dilaporkan selama lebih sebulan. Untuk mengelakkan risiko jangkitan, kerajaan Kemboja menasihatkan langkah pencegahan perlu diambil termasuk memeriksa suhu badan pengunjung, menyediakan pensanitasi tangan dan menjaga jarak sosial.
Di negeri Perak, lokasi Batu Kurau sememangnya terkenal sebagai lubuk durian terbaik dalam kalangan peminat `raja buah’ itu. Baru-baru ini kampung ini telah mengadakan Program Jom Makan Durian, Makan Sampai Pengsan di Kampung Sempeneh. Ia kali kedua dianjurkan sejak mula diperkenalkan tahun lalu, khusus apabila tibanya musim durian.
Keseluruhannya, 10,000 kilogram durian disediakan di kawasan perkarangan Masjid Kampung Sempeneh bersempena program itu bermula jam 10.30 pagi. Bagaimanapun, peminat durian yang kebanyakannya datang dari seluruh pelusuk negara, selain penduduk setempat mula memenuhi kawasan berkenaan seawal jam 7 pagi.
Namun ada cerita yang kurang enak didengari dan diluahkan oleh penduduk kampung tersebut ketika program ini berlangsung.
Setiap tahun ketika musim durian, bagi peminat raja buah musim ini sangat ditunggu-tunggu.
Dah buat jamuan, tapi tak bersyukur. Terkejut kami tadi melihat sikap orang Malaysia datang tadi. Orang kampung dah cuba beramal, orang luar pula yang biadap dan tidak bersyukur.
Berikut adalah apa yang kami nampak:
Datang 1 keluarga tangan kosong, patutnya makan disitu tapi balik tapau 1 keluarga berbiji-biji bawak balik tak ingat orang belakang.
Benda free, tapi datang harapan ingat orang kampung nak bagi layanan vip sudah tentu beresak-esak korang selambe je maki hamun bodoh bagai pada orang yang memberi.
Typical malaysia, menteliti sampah sama macam orangnya yang berotak tong sampah, lepas makan korang buang sampah di merata-rata di kampung orang.
Dah tau satu dunia datang, sudah tentu jalan jem, korang selambe bawak laju kemudian terkandas hon kuat-kuat mengganggu orang kampung takde adab biadap macam orang tak pernah sekolah dan takde sivik.
Ada juga jenis yang tak sabar bawak kete sampai langgar kenderaan lain. Lapar benar durian free tu…
Yang membantu memberi menjamu ada yang mengandung korang selambe je tolak perut ibu mengandung tu.
Pihak pengurusan dah suruh beratur, tapi korang tetap buat cara macam orang kebulur dan tak nak beratur macam tak pernah langsung makan durian.
ada sebijik kereta suv pada awal jam 10.45pm mungkin dia frust sebab lambat di hidang pastu bengang belah balik bawak kete laju macam pelesit dalam kampung. Kete besar otak kat punggung.
Penat lah nak taip banyak-banyak. Bleh kata min gerenti hat biadap ni adalah geng boikot muka tak malu tapi nak datang makan percuma mengalahkan vip. Patutnya korang datang dengan beradab tak kira siapa pun.
Min pun harap lepas ni orang kampung tak perlu lah buat lagi, biar diorang beli je lah sebab perangai buruk sangat dan memalukan.
Patut lah Malaysia tak maju. Patut lah Malaysia menerima sebahgian pemimpin low class. Rupanya rakyat dia lagi low class level sampah macam dalam gambar yang min post ni!
Semoga korang berbahgia dengan sikap sampah ni sehingga 7 generasi! Terima kasih kerana datang walaupun korang tak pernah bersyukur dan berterima kasih kepada orang kampung!
Semoga yang mana perangai busuk jenis boikot jualan durian, korang boikot lah sekali jamuan macam ni takut tuhan tak redho makanan masuk dalam perut tu.
Sekian!
Selepas post tersebut di muat naik, ramai netizen yang yang bersimpati dengan kejadian yang berlaku di program makan durian tersebut. Rata-rata mengutuk perangai masyarakat yang jenis tidak ‘bersyukur’ ini.
Harap-harap lepas ini kalau ada lagi program sebegini diharap masyarakat kita dapat mengubah sikap ke arah lebih positif.
Ketika anda nak keluar bercuti, mesti ada beberapa langkah keselamatan yang anda amalkan untuk mengelakkan daripada menjadi mangsa penipuan atau jenayah sesetengah pihak kan?
Walaupun begitu, kita tetap terkena dengan penipuan yang licik oleh golongan yang tidak berperikemanusiaan ini.
Jadi, untuk menjadikan anda lebih bersedia dengan segala kemungkinan yang berlaku sewaktu anda bercuti lebih-lebih lagi diluar negara, ini lima taktik penipuan yang sering berlaku dan anda akan lebih peka dengan keadaan sekeliling selepas membaca artikel ini.
Penipuan tukaran wang
Selalunya, penipuan semasa anda menukar matawang boleh berlaku jika anda tidak mengira wang yang diterima atau lebih teruk, anda mungkin diberi wang palsu oleh pengurup wang yang tidak bertauliah.
Tolak dan ragut
Taktik ini paling kerap berlaku di luar negara terutama jika anda berada di kawasan yang sesak dengan orang ramai seperti menaiki pengangkutan awam. Ketika itulah penyeluk saku atau peragut akan menolak anda dan mencuri dompet dari dalam beg.
Didekati OKU
Sebenarnya, tak semua Orang Kurang Upaya (OKU) yang meminta derma benar-benar cacat. Hal ini kerana ada penipu yang menyamar menjadi OKU dan meminta derma daripada anda atau memaksa anda memberi wang kepada mereka.
Menyamar jadi polis
Jangan mudah terpedaya dengan si pencuri yang menyamar jadi polis! Jangan panik jika anda tiba-tiba ditahan dan diarahkan menunjukkan dokumen pengenalan atau memeriksa barangan kerana kemungkinan besar mereka akan meletakkan barang larangan seperti dadah dalam barangan anda dan kemudian mendakwa anda telah melanggar peraturan serta terpaksa membayar denda jika mahu dilepaskan.
Teksi tak guna meter
Taktik penipuan ini sangat popular di seluruh dunia termasuklah negara kita. Jadi, anda harus berwaspada dengan meter teksi semasa melancong di luar negara untuk memastikan anda tidak ditipu.
Biasanya pemandu teksi akan memberitahu bahawa meter rosak dan terus mengenakan harga tetap yang tinggi kepada anda.
Ada juga pemandu yang akan menggunakan jalan jauh semata-mata untuk mengenakan caj mahal walaupun menggunakan meter. Pertahankan hak anda sebagai penumpang jika berlaku insiden seperti ini.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Menurut New Straits Times (NST), sekitar 3.30 petang, 14 Ogos lepas, suspek bersenjatakan pisau, memecah masuk bilik hotel dan mengikat tangan dan kaki wanita tua serta pembantunya. Pembantu dipukul, manakala wanita tua itu diheret ke bilik mandi dan dipukul hingga mati. Suspek kemudian mengunci bilik mandi dari luar dan menunggu anak perempuan wanita tua tersebut pulang ke bilik. Anak perempuan wanita tua tersebut juga diserang dan diikat.
Siasatan awal dipercayai suspek bertengkar dengan anak sulung lelaki wanita tua tersebut; mengenai aktiviti pinjaman wang di sebuah resort Genting Higlands. Menurut Ketua Polis Daerah Bentong, Mohamad Mansor Mohd Nor, kes ini dipercayai kerana dendam.
Suspek adalah warga Korea Selatan, 57 tahun bernama Sung Kyukseok. Mangsa ialah Xiang Lian Jin, warga China dilahirkan di Korea Selatan manakala pembantu wanita tua tersebut ialah warga tempatan. Siasatan dan buruan polis kini dijalankan dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!