Sekali menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah dan Kota Madinah, pastinya kerinduan untuk ke sana lagi terbit setiap kali melihat saudara mara atau kenalan menunaikan Umrah.
Pernah sekali menunaikan Umrah dan kali ini Norazila Abdul Ghani bersama suami dan juga anak yang masih kecil dijemput ke sana lagi tetapi kali ini semuanya dilakukan sendiri atau secara DIY. Kebetulan juga tahun ini merupakan sambutan ulangtahun ke 19 perkahwinan mereka.
Berkongsi cara dan tip untuk pembaca lain yang mungkin mempunyai perancangan seperti mereka, Norazila menyatakan kos keseluruhan untuk Umrah DIY keluarganya itu berjumlah RM12,150. Lengkap dengan pautan dan juga maklumat lain, memang mudah kalau ada yang ingin menunaikan Umrah secara DIY seperti Norazila dan suami.
Perkongsian ni ikhlas lillahitaala.. Moga bermanfaat untuk semua dan ramai lagi dijemput kesana, insyaallah. Kalau ke sana doakan kami sekeluarga dijemput semua ke sana na.
Flight
AOR-KUL-AOR: RM373, Nayra RM28.61
KUL-MED-KUL: RM 2430, Nayra RM441
– I tengok biasanya kalau tix promo ni kalau dapat return 2k+ boleh terus grab. Susah jumpa. Kadang-kadang dapat 3.3k pun dah boleh grab.. Boleh consider dalam range lagi.
-Boleh usha dekat trip.com or skyscanner untuk dapat the best rate.
Bilik di Madinah ni memang kami gamble sungguh.. Tawakkaltuaallah. Sebab last minit sangat-sangat so bilik yang dekat dengan masjid semua mahal-mahal (1-5k/night).
So kami nekad untuk walk in. Alhamdulillah, jumpa bilik yang walking distance (7 minutes walk to masjid nabawi). Means kalau dengaq azan, sempat lagi jalan kaki pi jemaah.
-5 RM131/night (2 beds) :nak dapat harga ni kena join member dulu dekat website dia, then log in and book. Boleh dapat harga promo untuk member)
-2.5km dari masjidilharam
-Free shuttle 24h
-Bagi kami puas hati sebab selesa, reasonable price dan shuttle dia dia awesome sangat. Tak ada masalah langsung bagi kami. Turun ja, mesti ada shuttle dah tunggu. So highly recommended.
-Total for 9D8N: RM1173.76 + SAR172.13 (tambah lagi 1 malam, last minute punya plan)
Bilik sebesaqnya boleh book Agoda or booking.com or etc. Tapi sebab last minute sangat, susah nak jumpa bilik yang dekat dan harga mampu milik. Mostly 1k+ for one night..
Untuk makan pulak, boleh kata kami akan brunch dan dinner. So main course cuma 2 kali/day
Average: SR50/day for 2pax + baby
Dekat bilik kami ada spare roti dan buah-buah.. roti kat sana sedap sangat dan buah pulak fresh. Apple tu crunchy sungguh krup krap krup krap.. teringat-teringat… Strawberry pun besaq-besaq manis dan murahhhhh… 1 pek SR5 jaaaa…
I dah pernah pi sebelum ni, so basic dah ada.. just refresh balik dengan bacaan dan jugak video dr YouTube dan facebook.
Kalau 1st time pi, memang kena attend kursus umrah yang official. At least basic ilmu kena ada.. bab rukun dan pantang larang ihram tak boleh amik ringan.
150 minit untuk panggilan tempatan dan antarabangsa
10 GB data
5 GB untuk media sosial (Facebook, WhatsApp dan Snapchat)
Sah selama 4 minggu
So average total RM9279 + SAR2500
~RM12,150 (2 Adults, 1 infant for 15days).
*Tak termasuk shopping
Alhamdulillah, tematlah pengembaraan terindah kami sempena ulangtahun perkahwinan yang ke 19 tahun (kebetulan sebenaqnya )
Satu ja nak bgtau.. bila kita pi DIY ni esp bawak baby, both kena mainkan peranan. Semua benda mmg kami buat sama-sama and saling support each other.
Kita akan jadi kuat dan segalanya akan smooth bila hubungan kita dan DIA sangat kuat. Apa-apa pun, kita usaha selebihnya serah 100% dekat Allah.
Satu lagi kalau ada kawan-kawan atau sedara yang ke tanah suci minatk doakan kita supaya dijemput jugak kesana.. Insyaallah, one day Allah akan permudahkan.
Psst: Tolong jgn bandingkan dengan umrah melalui TA sebab TA provide service yang berbeza dan both mempunyai flexibility yang berbeza.
Jom bercuti ke Maldives! Lokasi sebuah gugusan di Asia Selatan di Laut Hindi dengan jarak 3,158 km dari Kuala Lumpur.
Ada banyak pulau-pulau kecil yang cantik dan anda perlu tempah hotel mengikut lokasi pulau dan jenis experience yang anda inginkan sepanjang trip anda ke Maldives.
Apa Yang Best Bercuti ke Maldives?
Antara aktiviti menarik di Maldives adalah ziarah masjid, foodhunting, aktiviti kayak, berkelah di tepi pantai, mandi laut, snorkeling, sightseeing, sunset romantic dinner, melihat dolphin dan night fishing.
Namun menurut saudara Othman Talib, sebelum bercuti ke Maldives anda kena fikir dulu dan jemput baca pandangannya berdasarkan pengalaman semasa ke sana sebelum ini.
Bercuti di Maldives ? Baca sampai habis..
1. Aku datang untuk konferens full 2 hari tapi sempat lawat 2 pulau pada hari ke 3. Konferens juga berjalan dengan baik dan aku dapat satu kolaborasi dengan MNU.
2. Selama 4 hari penuh di Male, ibu negeri Maldives, aku nk beri sedikit pendapat.
3. Aku sembang dengan banyak pihak terutama angels aku, menyusuri sedikit sebanyak kehidupan di sana dgn melawat pasar, menyusuri pantai dan ronda-ronda di bandar dengan motosikal. Aku juga pergi sekolah dan uni.
4. Maldive negara kepulauan di Lautan Hindi berjiran India dan Sri Langka. Cuaca di sini panas dan jika di pulau lebih panas.
5. Air laut di sini sangat jernih dan di tempat cetek berwarna kebiruan kerana pasir lautnya putih dgn pelbagai ikan dan jauh sedikit di tengah laut, wujud ikan-ikan lebih besar untuk divers yang pro.
6. Resort yang menggunakan keindahan ini untuk tarikan dan iklan adalah resort yang mahal dengan semua urusan dalam USD. Bagi mereka satu malam di hotel biasa USD170 cukup murah yang sama dengan RM700+.
Ini tidak termasuk macam-macam aktiviti. Kalau tak pro, sekadar nak main air, panas sepanjang hari kecuali awal pagi dan lewat petang. Sedang kita bukan nak sun tan, bolehlah fikirkan alternatif lebih rasionable. Dan jika memang ada niat dan ada bajet, datanglah.
7. Westerner suka datang sebab sun bathing, murah bagi mereka dan tertarik dengan kecantikan dan aktiviti air. Pulau Perhentian dan lain-lain pulau di Malaysia pun bagi aku menarik jika nak bawa keluarga.
8. Wife aku kebetulan ke UK masa aku terbang ke Maldives, jadi aku all alone, mujur aku dibantu oleh angel aku yang baik hati. Semua tiket boat, teksi, makan mereka belanja. Bila wife kata nk ke Maldives, aku kata lebih suka ke tempat lebih sejuk seperti Saba di Vietnam sebab murah.
Kalau honeymoon, baik kali keberapa pun, sejuklah best. Sambil jalan-jalan pun boleh bergayut.
10. Aku datang sebab ada urusan, sambil itu pergilah ke pulau dan buatlah sedikit research.
Jadi sebelum anda berniat untuk bercuti ke Maldives, banyakkan membaca dan dapatkan info.
Semoga bermanfaat!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Kadangkala kita sudah merancang awal untuk bercuti ke luar negara atau mana-mana destinasi yang memerlukan kita menaiki kapal terbang pada hujung tahun atau tahun hadapan.
Tup..tup mengandung pula. Alhamdulillah, rezeki daripada Tuhan! Tapi tiket kapal terbang sudah dibeli awal, segala tempahan hotel atau agensi pelancongan sudah selesai. Macam mana sekarang? Boleh ke ibu hamil naik kapal terbang?
Sebelum bercadang untuk menaiki kapal terbang, berbincanglah dengan doktor supaya perkara yang tidak diingini dapat dielakkan, terutamanya apabila anda menghampiri tarikh due date. Prosedur ini amat penting bagi memastikan anda dan kandungan berada dalam kesihatan yang baik setiap masa.
Banyak syarikat penerbangan yang tidak mengambil risiko untuk membenarkan ibu mengandung yang menghampiri due date untuk berlepas. Walaupun polisi-polisi yang ditetapkan tampak melecehkan, ia dijadikan panduan bagi kebaikan penumpang juga.
AirAsia
Adalah tanggungjawab ibu hamil untuk memaklumkan usia kehamilan semasa memilih tempat duduk dan di kaunter check-in. Antara syarat-syarat lain yang ditetapkan ialah:
Penumpang yang hamil mencapai usia 27 minggu perlu menandatangani borang Limited Liability Statement ketika proses check-in.
Bagi penumpang dengan kandungan mencecah 28 ke 34 minggu, penumpang perlu menyediakan surat kesihatan yang disahkan oleh doktor. Dalam surat tersebut perlu dinyatakan usia kehamilan. Surat yang dibawa tidak boleh melebihi 30 hari daripada tarikh perlepasan. Penumpang juga perlu menandatangani borang Limited Liability Statement.
Penumpang dengan usia kandungan 35 minggu ke atas tidak dibenarkan untuk menaiki kapal terbang.
Malaysia Airlines (MAS)
Penumpang hamil yang disenaraikan di bawah perlu mendapatkan pengesahan kesihatan daripada doktor atau Jabatan Servis Kesihatan Malaysia Airlines sebelum berlepas.
Ibu mengandung dengan usia kehamilan hampir mencecah 35 minggu bagi penerbangan antarabangsa.
Ibu mengandung dengan usia kehamilan hampir mencecah 36 minggu bagi penerbangan dalam Negara.
FireFly
Firefly membenarkan penumpang hamil untuk mengikuti penerbangan antarabangsa dan domestik dengan syarat-syarat yang berikut:
Penumpang yang hamil 36 minggu kebawah perlu mengesahkan kehamilan dan menandatangani borang ‘Release and Indemnity’.
Penumpang yang hamil dengan usia kandungan 36 minggu tidak dibenarkan untuk menaiki pesawat.
Penumpang yang hamil dinasihatkan untuk memahami syarat diatas serta mengesahkan kehamilan secara tepat semasa check-in.
Malindo Air
Penumpang dengan usia kehamilan 28 minggu perlu menandatangani borang ‘Release and Indemnity’ sebelum berlepas.
Penumpang dengan usia kehamilan 28 ke 35 minggu perlu menyediakan surat doktor yang mengesahkan tahap kesihatan. Surat doktor tersebut juga perlu bertarikh tidak melebihi 7 hari daripada tarikh penerbangan. Penumpang juga perlu menandantangani borang ‘Release and Indemnity’.
Penumpang yang hamil 35 minggu keatas tidak dibenarkan untuk menaiki pesawat.
Sebelum bergerak ke negara orang, anda patut tahu barang wajib bawa bercuti untuk memudahkan urusan anda di sana nanti.
Kadang-kadang anda mesti lupa tentang kemudahan yang anda boleh bawa ketika bercuti. Buat anda yang baru nak mula bercuti, terutama sekali luar negara.
Buat para wanita, anda boleh gunakan barang kemudahan ini kerana perempuan mesti kena bersedia dari pelbagai aspek.
Selain itu, dapat memudahkan pergerakan anda juga dan tak perlu keluar duit untuk membayar “luggage” tambahan.
Jadi ini merupakan 4 barang yang wajib anda bawa apabila melancong terutama sekali apabila ke luar negara untuk kekal bersih sentiasa dan beg pun tidak berat!
4 Benda yang wajib anda ada sewaktu travel!
1. Toilet cover pad
Semestinya buat anda yang mengutamakan kebersihan dan suka jenis tandas yang duduk berbanding cangkung itu sewajibnya perlu benda ini. Kebanyakan orang apabila di tempat awam seperti itu mereka akan pijak di bahagian duduk itu jadi akan kotor.
Selalunya orang akan basuh dengan air dan lap dengan tisu pun masih lagi rasa tidak bersih tempat duduk tersebut. Untuk mengelakkan sebarang jangkitan atau benda yang tidak diingini, boleh cuba untuk membeli penutup tempat duduk pakai buang ini.
Sekarang zaman beli dekat internet sahaja. Bersepah! Jadi beli banyak-banyak daripada korang membazir beli benda yang tak berfaedah. Murah pun sangat murah harganya. Ada yang boleh dapat 1 bungkus 10 keping harga RM1 sahaja.
2. Botol 4 dalam 1 isian mudah!
Jadi botol ini untuk apa? Botol 4 dalam 1 ini sangat memudahkan terutama sekali buat mereka yang tidak suka membawa banyak barang atau botol dalam beg sangat sesuai menggunakan botol ini.
Apa yang anda perlu lakukan adalah pulas sahaja bahagian yang mana anda inginkan nanti keluar terus cecair yang sudah anda letak. Satu tip yang anda boleh lakukan agar tidak salah, letak stiker tampal di penutup atau badan botol supaya lebih mudah untuk anda terus tekan.
Antara barang yang anda boleh letak di dalam botol tersebut adalah seperti minyak wangi, pelembap muka, losyen, makeup remover, cream malam dan siang atau krim pelindung matahari. Apa sahaja asalkan ia boleh dimasukkan ke dalam botol tersebut.
3. Beg simpanan ‘resealable vacuum’ untuk melancong.
Beg simpanan yang boleh ditutup vakum ini sangat mudah buat mereka yang suka pergi melancong kerana menjimatkan ruang sebenarnya. Tiada masalah untuk anda bawak baju banyak.
Selain itu, anda tidak perlu risau lagi dengan baju-baju yang tebal seperti jaket musim salji mahupun tuala mandi dan baju yang nipis dan banyak. Anda boleh beli ikut saiz yang anda inginkan atau mengikut barang anda je senang. Harga pun tak mahal tau.
4. Penyangkut baju Portable
Ini terpulang kepada anda sama ada mahu menggunakan penyangkut baju portable ini atau tidak. Cuma untuk mereka yang nak kekemasan apabila bercuti. Selalunya mereka yang nak nampak kemas.
Kalau pergi mudah lah anda nak ambil baju yang sudah bersangkut. Bagusnya penyangkut baju portable ini boleh dilipat jadi kecik dan masukkan sahaja dalam bag. Ianya juga tidak memakan space. Beli sahaja dekat internet sebelum gerak tu. Selain itu, boleh juga anda pakai dekat rumah kan.
Itu sahaja 4 benda yang penting dan dapat membantu percutian anda. Sebenarnya banyak lagi yang anda boleh bawa. Ini dikatakan sebagai ‘smart travel’. Apa yang penting ia sangat memudahkan keadaan anda.
Semoga bermanfaat buat semua. Bukan sahaja untuk bercuti luar negara. Dalam negara pun boleh!