Bercuti dengan anak-anak terutamanya yang masih bayi memerlukan persiapan dan kelengkapan yang banyak dan teliti. Apatah lagi yang nak bercuti ke negara sejuk seperti Eropah dan sebagainya.

Kembara ke Eropah ketika musim sejuk bersama bayi tentunya ada cabaran tersendiri. Tapi dengan perancangan Najla Aiman berkongsi persiapan dan juga tip-tip untuk ibu-ibu lain yang ingin membawa bayi mereka bercuti terutamanya ke negara empat musim atau negara-negara maju.

Kembara Musim Sejuk Ke Eropah, Wanita Ini Kongsi Tip Travel Bawa Baby. Drive Sendiri, Naik Turun Tram, Mudah!
Travel system. Brand Halford concerto. Not the best tapi practical untuk kegunaan dari newborn sampai 4 tahun.

Memandu sendiri di sesetengah negara memerlukan anda menyewa carseat untuk bayi, tapi kalau boleh bawa sendiri dan digunakan di atas pesawat adalah lebih baik seperti yang dilakukan oleh Najla Aiman ketika percutiannya baru-baru ini.

Banyak lagi tip yang baik dikongsikan oleh ibu ini untuk mengembara bersama si kecil. Moga dapat menjadi rujukan juga untuk wanita lain yang akan bercuti bersama anak-anak.

Kembara Musim Sejuk Dengan Bayi

Hi… Alhamdulillah, masuk minggu ke 3 kembara keluarga kecil kami. Masih bersisa beberapa hari lagi sebelum pulang ke Malaysia .Konsep santai-santai, budget sederhana , free & easy tour.

Kembara Musim Sejuk Ke Eropah, Wanita Ini Kongsi Tip Travel Bawa Baby. Drive Sendiri, Naik Turun Tram, Mudah!
Kami guna juga car seat ni dalam aircraft. Nak guna car seat, kene beli seat harga kid walaupun baby Masih infant. Nampak tu, mummy daddy selesa je makan. Kalau riba baby ni faham2 jela. Time makan mungkin dia tarik & tendang makanan. Space pun sangat sempit. Mmg tak selesa beriba untuk long haul flight. Yang penting, keselamatan lebih terjamin.
😅Anak saya walaupun infant, dah Terlebih berat untuk bassinet.
Note: pastikan car seat korang aircraft certified

Trip bermula dari:

JB – Changi – Jeddah – Amsterdam – Brussels – Luxembourg – Basel – Switzerland – Frankfurt – cologne – Den Haag – & semua daerah2 dalam Netherlands

Mode penangkutan: selfdrive (sewa kereta). Tram & subway hanya intercity dan sekitar sahaja.

Penerbangan : Saudia Air, class economy

Kembara Musim Sejuk Ke Eropah, Wanita Ini Kongsi Tip Travel Bawa Baby. Drive Sendiri, Naik Turun Tram, Mudah!

Gambar:
1. carrier cover brand pognae. Kalau beli baru dalam rm100+ juga. Saya beli bundle je kat JJJ. Dapat rm5 je

  • material luar mcm winter jacket, tapi tak waterproof. Hujan & snow sikit2 Masih boleh tahan. Gambar ni pun diambil waktu hujan. Baby tantrum nak berdukung.
  • material dalam fleece. Ade poket besar boleh jadi hand warmer mummy & simpan barang. Ade hoodie. Cover ni juga fit nicely dgn stroller as foot muff. Sangat functional2. Rain cover. Beli kat shopee je. Tak ingat harga. Below rm20. Tapi korang kalau nak beli kene pilih betul2. Yang saya punya ni, area hitam keliling zip tu tak waterproof. Hujan lebat akan Ade leaking sedikit.

Disebabkan ramai dah share pasal route ni, izinkan saya berkongsi sedikit keperluan bayi yang saya kira sangat penting & membantu sepanjang trip terutama musim sejuk.

Ads

Semoga bermanfaat buat ibu-ibu yang sedang membuat persiapan travel bersama bayi.

Checklist – details boleh rujuk di caption setiap gambar.

Kembara Musim Sejuk Ke Eropah, Wanita Ini Kongsi Tip Travel Bawa Baby. Drive Sendiri, Naik Turun Tram, Mudah!
Thermos tgh dalam gambar tu x tahan lama. 1 jam je air mendidih dah jadi air water cooler. Yg kiri kanan tu ok👍

Travel sistem

Kebanyakan parents akan fokus pada stroller kecil @ buggy yang boleh masuk dalam cabin sahaja. Tapi, saya cadangkan masukkan juga car seat dalam list anda. Car seat sangat penting jika anda bercadang menyewa kereta. Selain faktor keselamatan, undang-undang kebanyakan negara eropah mewajibkan penggunaann car seat untuk kanak-kanak & mengenakan kadar saman yang tinggi sekiranya tertangkap. Untuk ibu bapa yang tak bawa car seat bersama, jangan risau. Anda boleh menyewa car seat dari syarikat sewaan kereta dengan sedikit bayaran tambahan. Tetapi, saya prefer membawa car seat sendiri kerana berkemungkinan bayi tak selesa dengan car seat yang disewa.

Untuk sesetengah negara, kenderaan awam seperti bas untuk perjalanan merentas negara seperti flixbus dan lain-lain. tidak mewajibkan penggunaan car seat. Namun, saya pernah melihat pelancong Malaysia dimarahi penumpang lain dalam bas gara-gara tidak sediakan car seat untuk anak. Judgemental jugak depa ni kan.

Saya juga gunakan car seat yang dibawa di dalam pesawat. Travel dengan kelas ekonomi untuk long haul flight sangat memenatkan untuk both parents & baby. Dengan car seat, keselamatan anak lebih terjamin, dapat tidur dengan selesa dan mummy boleh makan dengan tenang.

Jadi, travel system yang paling practical buat saya adalah cabin size stroller, yang boleh attach dengan car seat.

Ads
Kembara Musim Sejuk Ke Eropah, Wanita Ini Kongsi Tip Travel Bawa Baby. Drive Sendiri, Naik Turun Tram, Mudah!
Bottle warmer. Boleh connect dgn power bank. Sebelum keluar, bancuh 1 botol siap2. Nanti takdelah baby dah melalak korang baru terkial2 nak bancuh. Dgn sejuk terketar2, gigil tangan..
Takde ni, time winter susu boleh jadi iced blended beb

Baby carrier

Pilih carrier ergonomic (any brand) yang selesa untuk ibu & anak. Untuk perjalanan musim sejuk, sediakan juga carrier winter cover.

  • Thermos air panas & pemanas botol susu.
  • Ubat-ubatan, krim ruam, minyak telon, baby oil, lip balm & losyen bayi.
  • Stroller Rain cover
  • Baju winter & layering secukupnya
  • Fleece @ heat tech inner
  • long sleeve & tights
  • winter jacket waterproof
  • Neck cover & beanie (beli shoppee je)

Travel insurance: biasanya saya pakai etiqa 360 tapi sebab banyak posting negative, saya berpaling tadah ke AXA. Kami ambil Plan Family Premium coverage dgn harga +- Rm600 untuk 1 keluarga dgn beberapa penambahan coverage yang saya & suami rasakan penting.

Kembara Musim Sejuk Ke Eropah, Wanita Ini Kongsi Tip Travel Bawa Baby. Drive Sendiri, Naik Turun Tram, Mudah!
Winter boot. Beli kat Primark waktu dah sampai sini. Stock akhir kot. Dapat 5 euro je. Material luar waterproof, dalam memory foam. Berbaloi-baloi

Note:

kebanyakan pakaian-pakaian winter terutama inner wear saya beli bundle je. Kalau pandai pilih, boleh dapat yang berkualiti & decent looking dengan harga kurang rm10. Kalau ade mummy daddy yang nak travel bersama infant & malas atau tak sempat cari, pm saya..saya bagi free je ( bayar kos pos).

Ada juga beberapa winter jacket yang dibeli dari kedai-kedai khas winter dengan standard harga pasaran rm100 – rm300 tapi saya akan gunakan turun temurun dari abang-abang hingga adik baby

Kasut winter baby- saya beli ketika di Den Haag dengan harga 5 sahaja di Primark.

Ads

Ok, sekian sahaja perkongsian saya. Happy preparing mummy daddy.

Kembara Musim Sejuk Ke Eropah, Wanita Ini Kongsi Tip Travel Bawa Baby. Drive Sendiri, Naik Turun Tram, Mudah!
Standby ni juga. Basuh yak baby tak syok kalau pakai tisu je. Pastu, korang nak ke toilet pun senang.

Kami Ade buat silly mistake. Last minute decide taknak bawa baby carrier atas faktor baby suka stroller & mummy tak suka carry baby.

Pengajaran, baby could be so unpredictable waktu travel. Tiba2, our baby REFUSE stroller. Menangis tanpa henti. Dah mcm kene culik pulak. Kami terpaksa dukung bergilir2. Baby saya body semangat. Lenguh 1 badan.

3rd day saya tak tahan. Masuk thrift shop dekat rumah sewa, nampak ni. Google kalau baru 160 euro. Testing2 pakai..eh, sedap. Malas fikir & survey dah. Ambil je. Dia jual 45 euro.

Drama tak habis lagi. Confident nak pakai big pay. CC terminal dia rosak pulak. Hanya boleh pakai cash. Tapi, cash kami x cukup.

Rezeki kami, owner baik. Dia tanya bro cash ada. We can discuss the price. Alhamdulillah, kami dapat 25 euro untuk carrier ni. Berbaloi la

Kembara Musim Sejuk Ke Eropah, Wanita Ini Kongsi Tip Travel Bawa Baby. Drive Sendiri, Naik Turun Tram, Mudah!

JANGAN TAKUT TRAVEL DENGAN ANAK KECIL. PLAN WELL & LEAVE THE REST TO ALLAH

Kredit: NaJla Aiman

 

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI