Kewujudan ribuan cacing yang muncul di permukaan tanah di pasar Gede Solo, Jawa Tengah Indonesia sejak minggu lalu tular di media sosial.
Foto: wartakota.tribunnews.com
Peniaga di pasar tersebut mula menyedari kehadiran ribuan cacing itu di kawasan pasar kira-kira jam 5.30 pagi. Cacing tersebut dikatakan bersaiz besar daripada biasa memenuhi sekitar pasar dan jalan raya.
Ads
“Kalau dikumpul cacing itu, satu baldi boleh penuh malah lebih. Memang banyak. Jumlah cacing banyak hingga kami hilang selera makan. Kami pun tak tahu bagaimana boleh banyak sangat cacing di sini,” menurut salah seorang peniaga di pasar tersebut.
Ads
Ads
Foto: Kompas.com
Sementara itu, pakar alam sekitar Universiti Sebelas Maret Solo, Prabang Setyono berkata, kemunculan cacing itu disifatkan fenomena alam. Malah mereka percaya, ia ada kaitan dengan letusan beberapa gunung berapi di negara itu. Bagaimanapun pengkaji Zoologi Pusat Penyelidikan Ilmu Pengetahuan Indonesia, berpendapat, ia terjadi kerana perubahan cuaca.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Palembang, daerah yang tidak asing bagi pelancong terletak di Sumatera Selatan, Indonesia. Kota ini padat dengan 1001 kisah sejarah. Kalau masyarakat Malaysia, kita mengenali Palembang bermula dengan sejarah Parameswara, yang asalnya dari Kota Palembang, kemudian berkelana ke tanah Melayu dan membuka Melaka. Palembang menyimpan pelbagai cerita dan destinasi menarik yang boleh diteroka.
Antara lokasi unik yang ada di Palembang adalah sebuah pasar harian yang dikenali Pasar Pocong. Dengar nama pasar pun sudah seram ini kan untuk singgah di lokasinya betul-betul berada di kawasan tanah perkuburan.
Pasar Pocong terletak di Jalan Telaga Swidak, 14 Ului, Kecamatan Seberang Ulu I, Palembang dan sangat terkenal dalam kalangan masyarakat Kota Palembang. Beroperasi dari awal pagi hingga tengah hari, Pasar Pocong ini sudah wujud hampir 17 tahun.
Dahulu, nama asal bagi Pasar Pocong ini dikenali sebagai Pasar Pagi Naga Swidak. Namun dek kerana ditempat di tengah kawasan tanah perkuburan, orang ramai mula menggelarkan ‘Pasar Pocong’ yang sinonim dengan kisah masyarakat di sana jika ada kawasan perkuburan pasti ada pocong (sejenis hantu).
Sejak itu Pasar Pocong sangat terkenal bukan sahaja buat penduduk tempatan malah penduduk luar dari daerah lain serta pelancong asing. Rata-rata berpendapat, selain namanya yang unik dan seram, sebab lain mereka datang berbelanja di sini kerana harga yang ditawarkan cukup murah berbanding pasar lain.
Tidak lari daripada perkara mistik, peniaga di sini juga seringkali dikatakan diganggu dengan kemunculan susuk lembaga yang menyeramkan. Namun belum pernah lagi terjadi perkara yang lebih buruk. Menurut ahli jawatankuasa yang menjaga kawasan tersebut, ini mungkin disebabkan niat peniaga yang menumpang ditempat tersebut hanya untuk mencari rezeki dan tidak lebih daripada itu.
Setiap minggu juga, setelah selesai urusan jualan, semua peniaga akan bersama-sama bergotong-royong membersihkan kawasan sekitar agar lebih bersih dan kemas. Berbeza dengan sebelum ini, kawasan tanah perkuburan ini dibiarkan dengan semak dan lalang yang tinggi akibat tidak mempunyai peruntukan untuk kerja-kerja pembersihan.
Wilayah Satun satu daripada 76 wilayah yang terletak di Selatan Thailand. Wilayah Satun dengan Malaysia tidaklah jauh mana kerana hanya bersempadanan dengan negeri Perlis sahaja.
Ada apa di Satun? Ini ada perkongsian menarik daripada rakyat kita, Nur Aina Zulkifli yang berkesempatan bercuti ke wilayah ini bersama dengan keluarga tercinta. Kalau ada yang teringin nak buat ‘short vacay’ atau ‘weekend getaway’ ke Satun, Thailand, boleh follow trip percutiaan ini.
Hari ini kami berkesempatan untuk menjelajah daerah Satun (oghang utara panggil “Setoii”)
Perjalanan dari hatyai ke satun mengambil masa kira-kira hampir 3 jam untuk melihat bunga matahari bertempat di Khao Tanom, Thung Bu Lang, Thung Wa District. Dengan cuaca yang sangat baik kami menghabiskan masa disini untuk bergambar.
Kemudian kami dibawa untuk makan tengahari di Nava Seafood Pak Bara. Fuhhh..sedap betul makan kat sana ditambah dengan harga yang sangat berpatutan.. Mai satun pi cari kedai tu na hangpa…
Seterusnya kami dibawa ke PakBara View Point untuk sesi fotografi..last but not least kami singgah ke pasar malam (org utara panggil pasar = nat) yang terbesar di Satun nama dia “Nat Duson, Khuan Don” (nat ni buka Sabtu dan Ahad je)
Untuk merasai keenakan laksa siam dengan harga 30baht je..Memang healthy sangat sebab banyak betul ulam-ulaman yang dsediakan dan kuah hijau (lemak) campur kuah pedas. So rasa dia macam makan laksam cuma versi bihun..
Overall kami sangat berpuas hati dengan layanan dari @cikgujoesatun a.ka. Karlisa Travel dan in shaa allah akan repeat Satun untuk pusing pulau depa ( Koh Bulone) one day..In Shaa Allah..
We love Satun! @ Satun City – Thailand
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...