Seni bina kediaman Melayu asli yang lazimnya berdinding kayu serta beratap nipah atau rumbia kini semakin ditelan zaman, digantikan dengan binaan konkrit berbumbung genting yang lebih gah dan eksklusif.
Tidak keterlaluan jika mengatakan bahawa mungkin ada generasi muda langsung tidak pernah melihat dari dekat keunikan seni bina tradisional yang biasanya didirikan dengan hanya menggunakan kayu seperti meranti ataupun temak.
Justeru, jika anda teringin untuk mendiami rumah konsep sebegini, boleh cuba menginap disebuah resort yang terletak di Terengganu yang menjadi lambang keunikan serta keaslian seni bina tradisional Melayu.
Ini perkongsian oleh saudara Fauzli Razak
Dari kecik saya suka sejarah, setiap kali baca sejarah selalu bayang macam ada dalam keadaan masa sejarah tu berlaku. Masa kat Terengganu, jumpa satu penginapan kat sini yang berkonsepkan senibina macam zaman silam. Nama tempat ni Warisan Pahlawan Resort. Resort ni dia gabungkan sekali dengan suasana hutan kat sekeliling, jadi bila ada kat sini rasa tenang siap sekali bunyi cengkerik.
Ada kolam renang kalau bawak anak-anak kecik mandi. Ada beberapa jenis bilik sama ada bilik berdua, bertiga, berempat berlapan tak pun bilik yang besar lagi kalau ada yang datang ramai. Harga bilik berdua bermula dari RM60 satu malam, kira murah dah tu, bahagi 2, seorang RM30. Ada satu lagi bilik berempat RM100 semalam, bahagi 4 orang, seorang RM25. Yang penting nak rasai suasana keadaan kat sini, tu yang unik. Ada beberapa lagi jenis bilik.
Kalau yang nak bergambar kat sini. Kalau pakai baju melayu siap tengkolok, memang cantik. Perempuan bawak baju kurung. Background plak bangunan kat sini. Memang cantikkkk. Kalau photoshoot kahwin pun okay jugak kat sini. Tapi kena pakai baju tradisional, kalau baju moden, macam tak kena.
Lokasi kat Kampung Pauh, Kuala Berang. Kalau nak booking. Terus hubungi resort:
Alamat : No. 122 Kampung Pauh, 21700 Kuala Berang, Terengganu.
No. telefon/whatsapp : +6012-755 3236