Buat anda yang kaki makan, My Story Cafe satu lagi lokasi wajib diterjah buat penggemar shellout terutamanya mereka yang tinggal di sekitar Kota Kemuning,Shah Alam, Puchong dan Klang.
Bertemakan dekorasi ala Inggeris, pastinya mengundangkan rasa santai sebaik memasuki ke ruangan kafe ini, homely dan cosy.
Shell Out bercita rasa tempatan
Kafe yang diusahakan Asrul Husni Hussain bersama isteri menawarkan Shellout yang enak dengan harga yang berbaloi. Bagi memenuhi cita rasa pelanggan empat jenis sos disediakan ( Butter Garlic, Curry Rio Penang, Shoot Chili, Extra Pedas dan Black Pepper) sebagai pilihan. Antara sos pilihan bagi kebanyakan pelanggan ialah sos Ekstra Pedas dan Butter Garlic.
Kafe ini menyediakan Pakej Jari Comot untuk makan dua orang dan empat orang untuk mereka yang menggemari shellout. Pakej Jari Comot untuk makan dua orang antara RM70 hingga RM110 dan pakej Jari Comot untuk makan empat orang harga antara RM180 hingga RM300. Setiap set Jari Comot ini didatangkan bersekali dengan nasi dan minuman. Anda yang kurang makan, boleh sahaja memesan shellout secara ala carte.
Berkonsepkan makan bersama keluarga atau teman, terdapat pelbagai pilihan makanan laut untuk sama dinikmati. Makan berjemaah di dalam suasana santai mengundang rasa selesa buat sesiapa jua yang menikmati makan di sini. Bersungguh-sungguh kami menikmati Shell Out di My Story Cafe. Menu yang kami pilih pun berdasarkan rekomendasi dari pemiliknya. Ini pertama kali kami ke sini, dan rasa keenakan serta kesegaran makanan laut yang disajikan segar. Ketam nipah yang dimasak cili bercampur dengan Scallop masak Garlic Butter, keenakan manis dan pedas bercampur aduk di dalam mulut.
Memang tidak bersisa hasil yang kami makan Shell Out di kafe ini. Memang berbaloi jika anda yang memang suka makan menggunakan tangan dan comot.
Selain shell out, kafe ini juga menyediakan pelbagai menu barat untuk para pelanggan. Antara menu utama dan menjadi pilihan ramai pelanggan di My Story Cafe termasuklah Grill Cheezy Chicken Chop, Quater Chicken Roast, Homemade Grill Cheezy Burger dan Grill Cheezy Lamb Chop atau boleh memilih pasta seperti Carbonara, Aglio Alio dan Baloganese.
Sebaliknya jika anda mahukan hidangan lebih ringan, menu pembuka selera seperti, Grill Chicken Salad, Boxing Chicken. Ia sesuai untuk anda yang hadir sekadar membasahkan tekak dengan minuman panas dan sejuk yang pelbagai rasa sangat menggoda selera.
Yang menarik di My Story Cafe ini , ruang makan , dekorasi seluruh sudut dan tempat juga ruang bacaan dan main bagi kanak – kanak sangat teratur dan selesa. Ibu bapa yang membawa anak-anak tidak perlu bimbang si kecil berasa bosan kerana ruang khas untuk kanak-kanak bermain ada disediakan. Anda boleh terus menikmati hidangan dengan selesa tanpa gangguan si kecil. Biarkan mereka bebas bermain dan meneroka ruang kafe.
My Story Cafe turut menerima tempahan seperti sambutan hari lahir, ulang tahun perkahwinan serta jika ingin memilih lokasi untuk melamar juga disarankan. Untuk mengunjungi My story Cafe, ia beroperasi di No.8 Jalan Anggerik Vanila, Kota Kemuning, Shah Alam, Selangor. Ia dibuka setiap hari dari pukul 12.00 tengahari hingga 11.00 malam.
Tersandar kekenyangan kami sebaik selesai makan di sini. Jika anda pertama kali datang menikmati Shell Out di My Story Cafe, buat tempahan untuk mengelak perlu menunggu lama.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI