Ruang udara Sarawak dijangka lebih sibuk bermula Julai 2020 ini selepas kerajaan negeri, melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak meluluskan peningkatan penerbangan ke Sarawak berikutan situasi pandemik COVID-19 yang semakin baik.
Ia juga sebagai keperluan untuk merangsang pertumbuhan ekonomi domestik terutama sektor pelancongan dan untuk memudahkan pergerakan barangan dan orang untuk tujuan perniagaan, rasmi dan peribadi.
- 331 penerbangan berjadual mingguan telah diluluskan antara Julai dan Ogos tahun ini.
- Peningkatan yang ketara berbanding hanya sekali seminggu oleh Malaysia Airlines antara Kuala Lumpur, Kuching dan Miri semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
- Bagi bulan Julai dan Ogos 2020, Malindo akan meningkatkan penerbangan mereka menjadi dua kali sehari.
- Scoot menambah satu lagi penerbangan mingguan dari Singapura.
- AirAsia Berhad akan meningkatkan penerbangan mereka termasuk meletakkan Singapura dalam laluannya.
Walaupun kelulusan telah diberi untuk meningkatkan kekerapan penerbangan dan kapasiti penerbangan 100 peratus, semua agensi seperti pengendali lapangan terbang dan syarikat penerbangan hendaklah mematuhi dengan ketat prosedur operasi standard (SOP) di terminal serta ketika berada dalam pesawat.
Ini termasuk saringan suhu badan sebelum memasuki terminal lapangan terbang, keperluan bagi kru dan penumpang memakai pelitup muka dan menggunakan pensanitasi tangan, dengan keperluan tambahan bagi penumpang untuk memuat turun dan melengkapkan maklumat mereka dalam aplikasi MySejahtera.
Penumpang juga dikehendaki mengisi borang perisytiharan e-Kesihatan di http://sdmc.sarawak.govy.my serta memuat turun aplikasi COVIDTrace Sarawak dan Qmunity selain bakal menjalani sampel PCR (Polymerase Chain Reaction) secara rawak semasa ketibaan
Sumber: Bernama
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI