Kejamlah! Taman Tema Di China Jadikan Khinzir Bahan Jenaka Paksa Buat Terjun Bungee

Share

Bukan sekali dua kita dengar haiwan ‘didera’ dijadikan objek untuk menggembirakan manusia yang sakit otak. Minggu lalu, sebuah rakaman tular di laman sosial Weibo apabila khinzir ‘ditolak’ pada ketinggian atas di sebuah taman tema.

Pengendali sebuah taman tema di wilayah Sichuan, China – Mexin Wine Town menerima kecaman ramai selepas memaksa seekor babi melakukan aksi bungee jumping dari menara setinggi lebih 70 meter.

Dalam rakaman tersebut, dua pekerja teman tema dilihat mengangkat babi seberat 75 kilogram itu ke atas menara sebelum mengikatnya pada tali bungee. Semua pekerja bersorak kegembiraan sebaik sahaja babi tersebut ditolak.

Pemilik taman tema yang enggan namanya didedahkan mempertahankan tindakan tersebut dan menganggap ia sebagai simbolik kepada penutupan tahun babi sebelum permulaan tahun tikus. Katanya lagi, haiwan itu terus dihantar ke rumah penyembelihan sebaik sahaja ‘tugasnya’ selesai.

Negara China tiada undang-undang khusus bagi menghukum individu yang menganiaya haiwan. Namun, tahap kesedaran rakyat di negara itu mengenai isu kekejaman terhadap haiwan semakin meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Sumber: Daily Mail |Astro Awani

Oleh
Husna