Artikel ini adalah perkongsian oleh Wan Nordini Hasnor Wan Ismail
Selalunya di Cameron Highlands, gunung yang sering menjadi pilihan para pendaki adalah gunung-gunung yang popular seperti Gunung Irau dan Gunung Brinchang Barat. Kedua-dua gunung ini memerlukan permit untuk memasukinya dan kebiasaannya trek akan ditutup pada penghujung tahun sewaktu musim tengkujuh (November hingga Februari).
Namun, ramai yang tidak mengetahui sebenarnya terdapat banyak lagi gunung di sekitar Cameron Highlands. Cuma mungkin sahaja ianya kurang dikenali menyebabkan gunung-gunung tersebut tidak menjadi pilihan utama para pendaki.
Pada penghujung tahun 2018, penulis telah berkesempatan mengikuti satu ekspedisi Trans-Gandik yang boleh dikira agak unik. Pemilihan kali ini adalah gunung-gunung yang agak kurang popular, yang mana gunung ini bukanlah dalam kategori hutan simpan.
Oleh itu, permohonan permit tidak perlu dilakukan, namun masih memerlukan khidmat jurupandu arah untuk masuk. Trans Gandik merangkumi 3 gunung yang bersebelahan iaitu Gunung Tanggung, Bunting dan Gandik. Ketinggian bagi setiap satunya adalah 1300++ m apl.
Untuk makluman, gunung-gunung ini tidak mempunyai puncak yang menjanjikan pemandangan yang indah, malah ada yang sekadar memiliki sedikit ruang lapang di tengah-tengah belantara. Oleh itu, Trans-Gandik bukanlah pilihan terbaik sekiranya ada sahabat-sahabat yang jenis mengejar “view” puncak.
Masa keseluruhan pendakian bagi Trans-Gandik adalah setengah hari sahaja dan keadaan treknya sesuai bagi mereka yang baharu sahaja berjinak-jinak dalam sukan mendaki ini.
Gunung Tanggung, Bunting dan Gandik ini terletak di kawasan Ringlet. Jadi, kami memilih untuk bermalam di Hikers Sleep Port yang terletak di Tanah Rata. Konsepnya adalah “dorm” dan boleh memilih pakej bersekali dengan sarapan atau tanpa sarapan.
Di permulaan trek Trans-Gandik, kami telah disajikan dengan kesan-kesan tapak kaki haiwan yang begitu jelas. Menurut “guide”, haiwan tersebut baru sahaja berlalu dari situ. Kemungkinan besar kambing hutan. Kecut juga perut apabila pertama kali berhadapan dengan situasi ini.
Masakan tidak, sepanjang trek kesannya ada! Biarpun “guide” menyatakan mungkin kambing hutan, tetapi tetaplah ia haiwan liar yang tidak boleh dipandang ringan. Sebab apa-apapun, hutan ni ‘rumah’ bagi makhluk selain manusia. Kita kenalah sentiasa berwaspada.
Ads
Sehinggakan ada satu ketika, dalam perjalanan turun, “guide” kami meletupkan bebola mercun. Kuat sungguh bunyi mercun tu, walaupun saiznya kecil sahaja. “Guide” memaklumkan bahawa ada bau haiwan yang kuat.
Bagus, peka deria beliau, sebab kami tidak dapat mengenalpasti sebarang bau yang pelik pada waktu itu. Yang pasti, darjah kecut perut telah meningkat sekali ganda berbanding awal tadi.
Pendakian kali ini memang betul-betul santai sahaja. Kami banyak belajar mengenai flora hutan daripada “guide”. Seolah-olah menghadiri kuliah alam tanpa sempadan. “Guide” kami ni, jiwanya memang boleh nampak, jiwa hutan. Dengan beliau, kami berpeluang kenal jenis-jenis orkid liar, ada yang jenis tumbuh di darat, ada yang rupanya unik dan pelik, macam-macamlah.
Yang pastinya, banyak sangat khazanah negara kita yang unik, yang indah, tetapi mata kita sering terpedaya dengan tipu helah dunia luar. Dalam pada tidak sedar, tangan kita sendiri yang menghancurkan apa yang kita ada. Sayangkan?
Selain orkid, kami juga diperkenalkan dengan beberapa pohon herba renek secara dekat. Ada satu pokok herba ni, akarnya mengeluarkan bau minyak angin (methyl salicylate). Teruja betul kami. Sebab bau itu adalah ‘haruman’ yang “familiar” bagi dunia farmasi.
Ads
Memiliki bunga-bunga putih halus, sekali pandang bagi yang tidak arif, memang anggap macam kumpulan rumput liar aje lah. Apabila dirujuk, nama tumbuhan tersebut adalah tuju angin/akar suasa/akar simpul angin.
Kami juga menemui banyak “crab-spider” dengan sarangnya di sepanjang laluan trek. Kebanyakannya warna hitam, ada juga yang berwarna ala-ala jingga-keperangan. Unik bentuknya. Selain bentuk fizikal belakang badan, “crab-spider” juga disebut sedemikian kerana tabiat berjalannya yang mengiring ke tepi.
Selain itu, kami ada juga terserempak dengan sekumpulan kutu yang sedang menjamu selera di lantai hutan. Saiznya besar sehinggakan boleh nampak dengan mata kasar sahaja. Mangsanya adalah spesies ulat gonggok yang bersaiz sebesar ibu jari tangan. Unik sungguh rantaian makanan alam di habitat asal mereka.
Keluar sahaja dari trek Trans-Gandik, kami ingatkan berakhirlah ekspedisi hari pertama. Rupa-rupanya “guide” kami mempunyai perancangan lain. Beliau membawa kami ke Plot Hutan Pinus yang terletak di Kg Taman Sedia.
Plot Hutan Pinus dahulunya dibangunkan oleh orang-orang Inggeris, dalam percubaan menanam pokok-pokok pine di Cameron Highlands. Kini, pokok-pokok tersebut sudah tinggi menjulang.
Namun sayang, kawasan itu kini terbiar begitu sahaja tanpa pemantauan daripada mana-mana pihak. Sedangkan jika dikawal-selia, ianya boleh menjadi tarikan daripada sudut ekopelancongan. Tetapi, daripada satu sudut yang lain pula, bagus juga tak dibangunkan tempat ni. Agar ianya kekal terpelihara bersih dalam suasana asalnya.
Ads
Di plot ini, terdapat satu “viewpoint”, yang boleh nampak gunung-ganang yang popular di sekeliling iaitu Irau, Brinchang, Berembun dan Jassar. Kami keluar daripada plot ini sebaik sahaja azan Maghrib berkumandang.
Ekspedisi pada hari kedua diteruskan dengan pendakian ke Gunung Ruil. Letaknya di Kg Sg Ruil, sebuah perkampungan orang Asli. Namun, jangan terkejut ya, kampung orang Asli di sini sudah moden. Tiada lagi rumah-rumah asal yang kita bayangkan.
Gunung Ruil berketinggian 1710m apl. Terletak di dalam tanah adat orang Asli. Oleh itu, biasanya, “guide” akan meminta izin dahulu daripada pihak yang berkenaan untuk masuk.
Dahulunya, kawasan pergunungan ini dijadikan tempat persemadian bagi masyarakat orang Asli. Mayat-mayat dikatakan diikat pada pokok-pokok yang besar atau diletakkan pada banir akar dan akan ditinggalkan sahaja di situ sehinggalah proses pereputan secara alami berlaku.
Trek Ruil adalah jelas. Banyak juga laluan kecil yang disebut laluan tikus, yang mana mungkin terbentuk akibat aktiviti masyarakat setempat. Kami sempat terserempak dengan satu keluarga orang Asli yang sedang menebang dahan-dahan kayu. Menurut ketua keluarga, mereka perlu membina pondok kayu untuk si nenek.
Gunung ini juga tiada puncak nyata, maka tiada pemandangan. Hanya ada batu sempadan yang memisahkan di antara negeri Perak dan Pahang. Di sini juga rezeki kami menemui sejenis kulat yang tumbuhnya di perdu pokok, berwarna kemerahan terang. Bersaiz sangat kecil tetapi tetap cantik.
Begitulah serba-sedikit ekspedisi kali ini, yang bagi penulis bukan sekadar mendaki-penat-kejar-puncak. Ianya lebih dari itu, 2 hari yang penuh dengan ilmu yang mungkin sukar diperolehi di mana-mana.
“It is truly beyond hiking those mountains!”
Penulis: Wan Nordini Hasnor Wan Ismail Pensyarah Kanan, Fakulti Farmasi, UiTM Caw Pulau Pinang (Kampus Bertam)
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Nak bercuti atau mengembara ke luar negara tak semestinya kena tunggu bila dah kerja. Rajin menyimpan dan bekerja ketika cuti semester, menjadi salah satu cara buat seorang pelajar yang dikenali sebagai Muhd Fiwaz, 19 tahun untuk merealisasikan impian travel solo ke beberapa negara Eropah.
Menurut Fiwaz dua minggu tempoh pengembaraannya ke barat Eropah meninggalkan kenangan manis untuknya yang pertama kali membuat trip secara solo.
Bijak dalam menguruskan perbelanjaan sepanjang tripnya, dengan RM6500 yang disimpan ketika bekerja semasa cuti semester ikuti perkongsian pelajar ini yang telah jejakkan kaki ke enam negara di Eropah Barat dalam trip solonya!
Solo Western Europe Trip (15 days 14 nights)
(26/6 – 11/7)
Germany – Belgium – France – Scotland- England – Greece (Transit Italy & Saudi Arabia)
Assalamualaikum warga B.B.M, harini saya nak share about my trip last week which was the best 2 weeks in my life so far, alhamdulillah. Thank you so much to all the warga B.B.M. yang tolong answer all my questions prior to the trip, this was my first ever solo trip, as a 19 years old, it was quiet scary at first. This is my first time buat budget & itiniari so saya minta maaf kalau macam tak complete.
So I travel mode touch-n-go sebab for me I just nak tengok the city and experience the city and usually 2 day is enough for a city for me.
KUL- JED – FRA
ATH – JED – KUL
Saudi Airlines (RM1800) (Original price was 2100 but Traveloka buat promo cuti raya, so I dapat RM300 discount)
26/6: Arrived in Frankfurt, Germany. Totally exhausted from the journey so i just walked around the city and explore the area.
27/6: I made the journey to Burg Eltz, wallpaper PC i dari 2018. Place that i really nak pergi, I guna 9-euro ticket so the whole time in Germany, i only use this. Actually tak cramped with people pun for my experience.
28/6: I arrived in Brussels at 6AM from an overnight bus ride and just walked across Brussels, by 8PM i took a bus to Paris. Brussels was genuinely lovely and i obviously regret spending so little time there.
29/6: Went to visit the mainstream site like Eiffel, Louvre and stuff. Plan nak masuk Louvre and dah beli the ticket but even skip the line ticket time tu panjang gila and panas terik so i just skipped it.
30/6: Spent the day walking around Paris, visit Notre Dame and sipping coffee here and there. (Paris was horrible and never want to go there again) Malam tu i took a flight to Edinburgh, Scotland with EasyJet.
1/7: Edinburgh was magical, pagi tu i pergi Dean’s Village and duduk situ je berjam-jam because cantik and indah sangat. Lepastu pergi Natinal Scottish Modern Art Gallery 1&2. Malam tu just enjoy Edinburgh.
2/7: Pergi Dean’s Village lagi but after that I pergi hiking sikit to Arthur’s Seat dengan alah ada satu bukit lagi satu orang hike, tapi I cari tak jumpa nama bukit tu. Opposing Arthur’s Seat.
3/7: I spent the entire day just doing the same thing sebab best sangat, Dean’s Village dengan Hiking.
4/7: I did a little shopping during the day for my medieval stuff collection and then malam tu get ready to take an overnight bus to London.
5,6,7,8: Of course London biasala, did some shopping, cliche tourist site, Museums and then just spend time banyak dekat Underground because suka tengok Londoners so organized using their public transport. Pergi Cambridge and Oxford as well. Malam 8/7 I ambik flight ke Athens transit kat Milan, Italy. I flew RyanAir.
9/7: Dah sampai Athens, naik Acropolis tengok parthenon. Panas woiii tapi best sangat. and then spent the entire day running from pickpockets.
10/7: Siap untuk fly back to Malaysia.
11:7: After 8 hours transit in Jeddah, sampai Malaysia!!!
BUDGET:
Transport
Saudi Airlines
KL-FRA , ATH-KL :RM1800
EasyJet (+ 10KG Cabin)
Paris (CDG) – Edinburgh (EDI) : RM306
RyanAir (+10KG CABIN)
London (STD) – Milan (BEG) -Athens (ATH): RM560
3 Overnight bus each ticket around RM100: RM300
Transport within city: RM318 (I mostly walk)
Total: RM3284
Accomodations:
disebabkan 3 overnight bus, I only have accomodations for 11 night. I mostly duduk ABNB on the city outskirts sebab i prioritize personal space and kitchen.
Germany (abnb): RM176
Paris (abnb): RM153x2
Scotland (Castle Rock Hostel): RM102x3
London (abnb) RM150x4
Athens (abnb) RM240
Total: RM1628
Makanan: I tak ingat precisely but because i always cook, kadang2 buy a packet of pasta (£0.90) and Bolognese sauce (£1.85) and masak can eat for whole day in peti ais or bungkus tuppaware some days i just buy Tesco meal deal. So on average i spent £10/€10 on food a day.
Total: £70 + €70: RM678
Shopping: RM501
Unknown: RM400 (sbb saya taktau RM400 ni pegi mana, maybe tickets and exhibitions. saya tak sure price dia so saya letak unknown)
TOTAL OVERALL:RM6500 plus minus.
sekian hasil dari duit dari kerja tealive time cuti semester dengan kumpul duit belanja.
Percutian ke Pulau Pinang atau lebih serasi dipanggil Penang dalam kalangan pelancong merupakan antara destinasi best yang ada di Malaysia.
Terletak di bahagian utara Semenanjung Malaysia, Pulau Pinang merupakan antara negeri yang sering menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara. Terkenal dengan gelaran Pulau Mutiara, negeri itu mempunyai pelbagai lokasi menarik yang boleh dikunjungi.
Perkongsian percutian ke Pulau Pinang oleh keluarga kecil ini di laman sosial telah menarik minat ramai, kerana gambar-gambar yang dikongsikan sangat cantik.
Ini kisah perjalanan kami 3 beranak ke Pulau Pinang selama 3 Hari 2 Malam :-
Kami stay di Victoria Garden Hotel, Georgetown (3H2M di Booking.com)
Hotel ni memang berbaloi, sebab ada Podium Parking. Jadi tak de lah pening kalau nak cari parking area situ.
Bandar Georgetown kira location yang sangat sesuai kalau kalian mencari tempat untuk ambik gambar Street Photo.
Location yang sangat dekat dengan Street Art
Location yang kami pergi kali ni mungkin ada kalian yang tak pernah pergi, atau yang biasa selalu orang pergi :
1. Chew Jetty, Georgetown
* Masuk free je
* Tak sesak sangat, sebab orang datang dan blah
* Kalau yang nak cari souvenir, kat sini ada jual sepanjang jalan tu
* Tapi, bila sampai sini nak cari parking FREE memang susah
* So ada open carpark dekat area situ, kena bayor lah maybe dalam RM5-RM10 (padan muka)
2. Padang Kota
* Malam boleh try lepak-lepak sini
* Boleh duduk kat padang tengok orang main lastik berlampu tu
* Nasi Lemak Lobster yang famous tu pon ada kat sini (LOBSTER MAHAL kihkih)
3. Tropical Spice Garden, Teluk Bahang
* Kalau ada yang minat dengan pokok-pokok and nature , kat sini lah tempatnya
* Bayaran dalam RM31 untuk orang dewasa (Boleh dapat MURAH kalau beli on Website)
* Kalian akan dapat Audio Device sekali, tujuannya kalian akan dapat dengar info pasal pokok area yang terlibat
* Kalau nak pakai Guide pon boleh, tapi bayaran dalam RM43
* Jadi makesure kalian pergi waktu pagi, sebab tak panas sangat
* Bawak air sendiri, walaupun depa bagi minum teh herba percuma (tak manis, baik minum air manis sedap sikit)
* Pakai pakaan yang sesuai, sebab jalannya macam kena hike sikit (pakai makeup tebal confirm berkicap)
4. Entopia, Teluk Bahang
* Ni salah satu location yang wajib pergi
* Bayaran masuk dalam RM50 seorang dewasa
* Ada juga pakej untuk family
* Kat dalam ni Rama-Rama memang banyak dan jinak (nak bela tak best lah, baik bela biawak)
* Ada juga binatang yang lain kalau kalian jenis tak suka rama-rama (mostly serangga lah, xdelah pisang tengok rama2 je)
* Selain dari taman rama-rama, ada juga pameran tentang kehidupan serangga2 ni
* Jadi bayaran untuk RM50 memang kalian akan rasa berbaloi, kalau duduk kat dalam tu lama-lama lah
Ada beberapa tempat menarik yang kami tak sempat cover, seperti The Top Penang, The Habitat Penang Hill, Sky Walk,Escape Theme Park dan lain2 lah. (korang cover sendiri lah)
Makan
Untuk makan-makan Pulau Pinang memang no. 2 (No 1 opkos lembah klang :D)
Tapi isnin banyak kedai makan tut-up
Makesure kalian ada backup plan kalau banyak kedai tutup
Di sini aku lampirkan beberapa gambar untuk tatapan kalian yang sempat kami cover
1. Restrain Sup Hameed (Sape yang nak makan light2. Sini mostly makan sup dengan roti)
2. Pasembur @ Gurney Drive Hawker Centre (Jangan amik banyak2. Aku amik 4 jenis dalam RM10)
3. Restoren Kapitan (Nasi Briyani, favourite aku)
4. Hameed Pata Mee Sotong (Mee goreng dengan sotong, #padubeb)
5. Warung Yusoff T.S Bismi (Nasi Lemak Goreng +Teh Halia #mangnificient)
6. The Alley Penang (Burn Cheese Cake #pehh)
7. Bee Hwa Cafe (Favourite sini, mee kari, key tow goreng, dan mee2 lain)
8. Nak makan nasi kandar beratur panjang betul
NOTA : Gambar ini di ambil menggunakan kamera Kanon Enam D
Turkey antara negara yang tidak terlalu ketat SOP untuk dilawati. Korang yang nak bercuti ke sini tak perlukan keputusan ujian PCR mahupun kuarantin sebaik sahaja tiba di sana. Justeru kesempatan itulah yang membuatkan ramai pengembara memilih Turkey sebagai destinasi percutian selepas pandemik.
Nak cover semua tempat yang ada kat Turkey pastinya memerlukan kos yang agak tinggi, walaupun mata wang Lira agak rendah berbanding Ringgit Malaysia, namun bajet perlu dibuat agar tidak over bajet dan melebihi apa yang telah ditetapkan untuk sesuatu perjalanan.
Kalau kena gayanya ikut bajet yang ditetapkan pun dah boleh cover semua tempat untuk destinasi yang dipilih. Seperti perkongsian olehEncik Fadhil di Facebook Backpackers Buddies Malaysia (BBM) ke Turki yang hanya berhabis RM3.6K sahaja sepanjang 10 hari di sana.
Dari apa yang dikongsikan, dia juga berpeluang bermain salji di sana walaupun sudah masuk pertengahan bulan Mac. Jom ikuti perkongsiannya!
Trip bajet RM3.6K seorang ke TURKEY
KUL – DOHA – ISTANBUL – BURSA/ULUDAQ – DENIZLI/PAMUKKALE – GOREME/CAPPADOCIA – ISTANBUL – DOHA – KUL
Syukur Alhamdulilah hajat nak ke Turkey kesampaian tak sangka walaupun dah masuk pertengahan bulan mac salji masih turun lagi