Hobi & Minat

Kedai Mat Sabu Ini Legend di Batu Kurau, Duit Syiling 4 Tingkat Jadi Tarikan

Share

Pernah tak anda singgah Kedai Mat Sabu ini, sebuah kedai runcit popular di Batu Kurau, Perak? Jadi tumpuan dek kerana konsep kedainya yang tidak dikunci dan bekas duit syiling setinggi 4 tingkat, memang unik!

Kedai Mat Sabu Ini Legend di Batu Kurau

Menerusi video yang dimuat naik oleh @hazwanhfiz di laman X, kelihatan keadaan di dalam kedai runcit itu sangat teratur.

Duit Cecah RM100,000

Difahamkan, kedai ini dibuka 24 jam sehari dan 365 hari setahun. Bermakna, kedai runcit tersebut tidak pernah ditutup. Malah, tidak pernah berkunci.

Bukan itu saja, apa yang lebih menarik perhatian adalah terdapat bekas duit syiling setinggi empat tingkat yang dikatakan nilainya hampir mencecah hampir RM100,000.

“Orang Batu Kurau panggil ‘Kedai Mat Sabu’. Masuk kedai runcit dia, mata lebih tertarik dengan duit syiling 4 tingkat di tepi meja.

“Dulu duit syiling letak dalam bakul raga ja. Tokey pesan siapa boleh angkat bakul duit syling ni, boleh bawa balik.”

“La ni nohh dah 4 tingkat.”

“Ada orang tanya tak takut ka kena rompak duit banyak-banyak tu?”

Silakan masuk rompak kalau anda berani. Silap-silap tak keluar kedai la. Tokey bukan kosong,”

katanya.

Jadi kalau nak tengok banyak mana duitnya dalam itu dan apa yang ada di kedai itu, kena lah pergi Batu Kurau, Perak. Jom ajak member ke sana pula, tengok sendiri lagi puas!

Oleh
Nadia