Makan

Kedai Kopi Hipster Dengan Menu Lokal, Ada Ruang Khas Untuk Si Single. Kopi Pokok Port Lepak Paling Sempoi!

Share

Penggemar kopi yang suka lepak dan inginkan vibe kopi warung dengan sedikit hipster bolehlah berkunjung ke Kopi Pokok yang terletak di Seksyen 6 Shah Alam, Selangor.

Persis warung zaman dulu-dulu tapi dengan menu lokal yang cukup enak untuk dinikmati. Bukan sahaja menu tempatan seperti nasi lemak, nasi dagang terengganu dan aneka kuih yang dihidangkan kat sini, malah penggemar kopi juga boleh menikmati hidangan istimewa mereka iaitu kopi butter dan juga kopi Nyioq Pandan Istimewa.

Bagi yang single ada ruang khusus untuk korang lepak siap ada papan tanda lagi. Bolehlah layan perasaan kat sini sambil menikmati hidangan yang sedap.

Suasana kat sini pun memang menenangkan sesuai untuk korang datang minum petang bersama geng lepak. Boleh borak sampai puas di bawah rimbunan pokok dengan angin sepoi-sepoi bahasa.

Kalau nak lepak sini hari biasa iaitu Selasa hingga Khamis kafe ini beroperasi pada jam 3pm sehingga 12am, manakala pada hujung minggu pula iaitu dari Jumaat hingga Ahad waktu operasi mereka bermula dari 9am sehingga 12am.

Memang sempoi untuk dijadikan port lepak dengan member-member, sambil borak boleh cuba hidangan istimewa yang ada kat sini. harga untuk makanan kat sini pun sangat berpatutan. Jangan lupa singgah!

Alamat: Kopi Pokok , Jalan Bangau 6/5b, Seksyen 6, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi:

Selasa – Khamis 3 PM – 12 AM
Jumaat & Hujung Minggu 9 AM – 12 AM
(Isnin Tutup)

Kredit Gambar: Makan Sedap

 

Oleh
SAHR