Kedai Aiskrim Terkenal Korea Bakal Buka Outlet Pertama Di Bukit Bintang, Confirm Peminat ’32 Parfait’ Tak Sabar Tunggu

Share

Kepada peminat Kdrama pastinya selalu melihat scene pelakon kegemaran menikmati aiskrim yang popular di sana setinggi 32cm.

Aiskrim yang sangat popular di Myeongdong Korea ini hanya boleh dinikmati di kedai bernama 32 Parfait.

Dan tidak lama lagi penggemar aiskrim ini di Malaysia boleh menikmatinya kerana bakal membuka outlet pertamanya di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Seperti namanya, aiskrim setinggi 32cm ni menjadi sensasi hangat dalam kalangan peminat dessert kerana ketinggiannya yang unik.

Difahamkan juga, 32 Parfait di Malaysia akan membawakan pelbagai jenis perisa iaitu coklat, vanila, vanila coklat, strawberi, manga, teh hijau dan juga yogurtblue. Pastinya penggemar aiskrim tidak akan melepaskan peluang untuk nikmati aiskrim bersaiz tiga kali ganda saiz aiskrim biasa.

Sudah tentunya ramai yang tidak sabar untuk menikmati aiskrim viral ini lebih-lebih lagi dalam cuaca panas sekarang.

Untuk pengetahuan 32 Parfait bakal dibuka di Lot 10, Bukit Bintang, berseberangan dengan restoran DON DON DONKI.

Namun begitu outlet ini masih dalam proses pengubahsuaian dan akan beroperasi tidak lama lagi.

Bagi peminat aiskrim dan Kdrama, diharap bersama menantikan pembukaan outlet pertama 32 Parfait ini di Malaysia.

Artikel Berkaitan:

Tak Perlu Travel Ke UK, Gordon Ramsay Bakal Buka Restoran Pertama Di Malaysia Jun Ini

Buana Kita Rembau, Spot Glamping ‘Most Wanted’ Hujung Minggu Jauh Dari Ibu Kota, Yang Patut Korang Cuba!

Seronok Layan Winter Wonderland Di Gilgit Baltistan, Utara Pakistan. Syurga Dunia Jarang Diterokai Geng Travel!

Oleh
Siti Zurina Mat Saman