Kebersihan Bilik Hotel. Wanita Ini Cerita Kisah Sebenar Di Sebalik ‘Housekeeper’

Share

Setiap kali kita check in ke hotel, perkara pertama yang terlintas di fikiran adalah nak baring sepuas-puasnya di atas katil. Tanggapan kita mestilah bilik hotel berkenaan bersih, tersusun dan cantik kan?

Tapi jangan tak tahu, ada sesetengah hotel yang tidak mengamalkan S.O.P yang betul tentang pengemasa bilik mereka. Perkongsian daripada Maya Ariffin di Facebook mendedahkan ada segelintir housekeeper yang culas berkenaan kebersihan di bilik hotel.

Maya yang sebelum ini pernah berkerja di dalam industri perhotelan menasihatkan supaya semua alas tilam yang disediakan diletakkan ke bawah lantai sebelum checkout daripada mana-mana hotel.

Semua alas yang dimaksudkan adalah cadar tilam, sarung bantal, selimut atau sarung selimut dikumpulkan di atas lantai bilik air. Biarkan dalam keadaan basah adalah lebih baik bagi mengurangkan risiko kain yang kering itu digunakan untuk mengelap cawan minuman.

Tapi Kenapa?

Maya menjelaskan mengapa tindakan sedemikian wajar diambil adalah kerana S.O.P apabila seseorang tetamu hotel telah checkout, kesemua alas yang digunakan harus ditukar tetapi ada segelintir housekeeper membiarkan sahaja alas yang kelihatan bersih tanpa ditukar baru.

Memang kelihatan bersih tetapi sebenarnya alas tersebut itu adalah alas yang telah digunakan oleh tetamu sebelumnya.

 

Meskipun tidak menuduh mana-mana syarikat atau individu, tetapi Maya menasihatkan adalah lebih baik sekiranya langkah-langkah penjagaan dilakukan bermula daripada kita, ‘Konsep dia simple je, kau buat untuk orang lain, satu hari orang lain pula return the favor tanpa kita sedar’, ujar Maya dalam posting Facebook beliau.

Oleh
Husna