Kawasan Perkuburan Suku Londa Selama Ratusan Tahun Kini Jadi Tarikan Pelancongan

Share

Selalunya, bila anda keluar bercuti, anda suka percutian yang macam mana? Percutian yang menenangkan? Percutian yang lasak dan mencabar? Atau Percutian yang lain daripada lain?

Kalau anda sukakan percutian yang lain daripada lain, Libur boleh cadangkan anda untuk bercuti ke Sulawesi, Indonesia. Sebab ada satu lokasi percutian di sana yang cukup ‘istimewa’. Betul-betul lain daripada lain dan hanya yang traveller yang berani sahaja sanggup untuk datang bercuti ke sini.

Sebab apa Libur kata macam tu? Jom sama-sama kita baca satu perkongsian daripada Alisa Omar sebab apa Libur katakan lokasi di Sulawesi ini adalah percutian yang lain daripada lain. Seram~

Memang sengaja aku simpan pengalaman aku masuk gua sempit dan gelap di Kuburan Batu Londa. Bila nak masuk senja sikit, baru best kita share. Baru feeling tu real sikit.

Anyway, Londa ni salah satu dari kuburan batu yang digunakan oleh keluarga dari keturunan para bangsawan untuk kebumikan orang tersayang.

Keadaan di dalam gua Londa. Sumber Alisa Omar.

Jaraknya tak jauh dari bandar Toraja, dalam 6km saja. Aku amek ojek dari hotel pon baru IDR20,000 sehala. Entrance fee IDR 30,000 untuk pelancong antarabangsa.

Tapi aku hanya perlu bayar IDR15,000 (entrance fee domestik) sebab aku boleh berbahasa Indonesia pekat. So diorg kira halal-balal je. Haha.

Londa ni terbahagi pada 2 bahagian. Bahagian luar dan dalam gua. Bagi yang setakat ingin tgk dari luaran, ada susunan keranda serta keranda kuno digantung di dinding gua. Ada juga beberapa papan kadbod dengan ucapan dukacita di atas kehilangan orang tersayang.

Persekitaran luar gua Londa. Sumber Alisa Omar
.

Bagi yang lebih keras hati dan inginkan adventure, boleh cuba masuk dan terokai guanya. Dengan syarat, anda bawak lampu suluh sendiri atau sewa lantern (IDR50,000) sebab dalam guanya memang sempit gelap-gelita.

Boleh cuba VR (Virtual Reality) yang aku rekod supaya anda dapat imagine rasanya macam mana. Terus terang aku kata, dalam gua memang angker gila!

Masuk-masuk saja, bukan setakat kena greet dengan lebih banyak keranda yang disusun dalam tu, tapi tengkorak dan ketulan tulang manusia diletakkan di segenap sudut gua.

Kalau masuk lagi ke dalam, ada kerandanya yang dah pecah atau patah sebab dimakan kelembapan di dalam gua granite. So do expect mayat si mati berada dalam keadaan terkeluar dari kerandanya.

Tapi overall, Londa bagi aku memang best. Rugi kalau datang Toraja tak tengok orang mati

Upacara pemakaman suku Toraja.
?TRIVIA?
Suku Toraja adalah suku yang menetap di kawasan pergunungan utara Sulawesi Selatan dan suku ini terkenal dengan adat mereka yang unik dan masih terjaga sejak sekian lama seperti ritual pemakaman mayat suku mereka yang meninggal dunia.

Macam mana? Berani nak ke sana? Kawasan ini bukan rumah hantu tau. Semua tengkorak yang anda lihat dalam gambar adalah tengkorak orang yang sebenar, bukan di buat-buat. Berani tak nak melancong ke sini? Haha

Kepada anda yang nak ke lokasi seperti yang dikongsikan oleh Alisa Omar ini, anda boleh terbang ke Sulawesi dan tuju ke Lapangan Terbang Pongtiku. Lapangan Terbang Pongtiku ini antara lapangan terbang yang paling hampir dengan Gua Perkuburan Londa.

Kalau anda dah sampai ke sana, jangan lupa tag Libur. Nak tahu juga apa kisah ‘menarik’ sewaktu anda kunjung ke sana. Hahaha ?

Upacara pemakaman suku Toraja.

Oleh
Epul