Nasihat Perjalanan dikeluarkan Amerika Syarikat tidak menjejaskan kehadiran pelancong ke Sabah, khususnya di kawasan pantai timur.

Menurut Pengerusi Tourism Malaysia, Datuk Ahmad Shah Hussein Tambakau pihaknya akan terus berusaha untuk meminta Kedutaan AS untuk mengeluarkan Malaysia daripada Nasihat Perjalanan yang dikeluarkan pada 9 April yang menyenaraikan negara ini ditanda ‘K’ iaitu mempunyai risiko penculikan dan dijadikan tebusan.

Kawasan Pantai Timur Sabah Selamat Dikunjungi Pelancong.

“Ia sebenarnya tidak menjejaskan ketibaan pelancong ke Sabah. Kita harap sangat untuk keluarkan Malaysia dari dalam senarai dan kita sentiasa berusaha meminta Kedutaan AS menarik balik Nasihat Perjalanan tersebut. Seperti yang kita tahu, Sabah dan Kerajaan Persekutuan sentiasa memastikan keselamatan di Pantai Timur Sabah diperketatkan,” katanya ketika merasmikan sesi Keterlibatan dan Jaringan Tourism Malaysia bersama pengiat industri pelancongan Sabah.

Ads

Kawasan Pantai Timur Sabah Selamat Dikunjungi Pelancong.

Beliau berkata pada masa ini kehadiran pelancong ke Sabah menunjukkan peningkatan, dan masih ramai yang ingin datang berkunjung ke negeri itu khususnya di pantai timur negeri itu.

Ads

Dalam perkembangan berkaitan, Datuk Ahmad Shah Hussein Tambakau berkata, Tourism Malaysia turut mengadakan Program Jelajah bersama media dan selebriti terkenal seperti Alif Satar bagi menerokai dan mempromosi beberapa tempat menarik di pantai timur Sabah seperti Menara Kayangan Lahad Datu,  Regatta Lepa-Lepa Semporna, Tawau, Pulau Bum-Bum dan Pulau Bohey Dulang. Inisiatif ini merupakan salah satu usaha Tourism Malaysia bagi memperkukuhkan industri pelancongan domestik dan menggalakkan lagi kempen Visit Malaysia 2020.

Ads

Tourism Malaysia mensasarkan sekurang-kurangnya kehadiran 4.5 juta pelancong ke Sabah sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 (VM2020).

Kawasan Pantai Timur Sabah Selamat Dikunjungi Pelancong.

Para penggiat industri pelancongan Sabah turut digalakkan untuk memberi kerjasama dengan Tourism Malaysia dalam menghasilkan pakej pelancongan menarik, dan kreatif bagi merancakkan lagi sambutan Visit Malaysia 2020. Majlis itu yang diadakan antara lain bertujuan membincangkan hala tuju dan kaedah promosi efektif bagi menjana kedatangan pelancong ke Sabah dihadiri 300 pengiat pelancongan Sabah.

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI