Panorama Kawah Ijen, di Pulau Jawa, Indonesia cukup indah bagaikan lukisan, begitulah gambaran daripada Indiana Indah yang melawat tersebut.
Wanita ini memilih untuk pergi sendiri dengan menaiki bas sahaja. Menurutnya, untuk ke sana, dia ambil bas di Terminal Ubung, Denpasar ke Gilimanuk. Tambang bas pula adalah Rp.60,000 (RM18).
Ada pendingin hawa dengan perjalanan yang mengambil masa selama empat hingga lima jam, bergantung kepada keadaan trafik kerana bas ini akan berhenti untuk mengambil penumpang sepanjang perjalanan, bukan jenis bas ekpress.
Apa yang menariknya, naik bas jenis begini adalah anda dapat travel bersama warga tempatan. Bukan sekadar penduduk, tapi ayam, kucing, anjing pun termasuk sekali.
Bas akan berhenti berdekatan Pelabuhan Penyeberangan Gilimanuk dan sepanjang jalan itu, terdapat kiosk untuk pembelian tiket feri ke Pelabuhan Ketapang.
Harga tiket feri adalah Rp.18,000 (RM5) dan perlu kemukakan passport bagi tujuan pembelian. Saya beli di kiosk Ferizy tapi ada juga pilihan untuk membeli secara dalam talian yang lebih murah.
Feri ini beroperasi 24 jam dan akan bercampur dengan kenderaan seperti feri di Pulau Pinang dulu. Perjalanan mengambil masa sekitar satu jam sahaja.
Ada banyak jenis feri sebab sewaktu ke Ketapang, dia menaiki feri seperti di Langkawi dan sewaktu perjalanan pulang, dia menaiki feri yang open air tiada pendingin hawa.
Setibanya ke sana, Indiana menginap di Ijen Backpacker yang terletak bersebelahan dengan Stesen Kereta Api Ketapang.
Indiana memilih penginapan jenis dorm dengan harga Rp.70,000 (RM21) untuk satu malam.
Kos untuk tour ke Ijen pula adalah Rp.200,000 (RM60) termasuk pengangkutan ke pintu pendakian, pemandu, topeng muka dan lampu kepala.
Perjalanan ke Pintu Gerbang Jalur Pendakian Kawah Ijen bermula pada pukul 2 pagi menaiki van. Sampai di pintu gerbang sekitar pukul 3.30 pagi tetapi pendakian hanya boleh dimulakan pada pukul 4 pagi.
Trek boleh dikatakan easy to moderate dan kalau agak malas atau kepenatan untuk mendaki, ada servis teksi untuk ke atas. Harga kena negotiate, kalau tak silap sekitar Rp.800,000 (RM241) sehingga Rp.1 juta (RM302).
Walaupun rasa kesian tengok local people tu kepenatan tolak pendaki, but at least dapat la upah untuk mereka. Kalau tak ada yang malas mendaki, tak ada la upah mereka.
Pendakian ini untuk ke Kawah Ijen mengambil masa sekitar 85 minit. Dekat atas tu nanti guide akan buatkan secawan kopi dan bolehlah bergambar sepuas-puas hati.
Dedah Indiana lagi, kos keseluruhan yang dibelanjakan untuk ke sana hanyalah RM165.
Ini merangkumi tiket bas dua hala Rp.120,000 (RM36), penginapan Rp.70,000 (RM21), tour Ijen Rp.200,000 (RM60), tiket feri dua hala Rp.36,000 (RM10) dan Gran dari/ke Kuta Rp.118,000 (RM35).
Jadi, kalau anda nak merasa pergi Pulau Jawa, boleh lah ikut cara ini ya. Dah tahu info, senang nak bergerak ke sana sini.