Panorama Kawah Ijen, di Pulau Jawa, Indonesia cukup indah bagaikan lukisan, begitulah gambaran daripada Indiana Indah yang melawat tersebut.
Wanita ini memilih untuk pergi sendiri dengan menaiki bas sahaja. Menurutnya, untuk ke sana, dia ambil bas di Terminal Ubung, Denpasar ke Gilimanuk. Tambang bas pula adalah Rp.60,000 (RM18).
Ada pendingin hawa dengan perjalanan yang mengambil masa selama empat hingga lima jam, bergantung kepada keadaan trafik kerana bas ini akan berhenti untuk mengambil penumpang sepanjang perjalanan, bukan jenis bas ekpress.
Apa yang menariknya, naik bas jenis begini adalah anda dapat travel bersama warga tempatan. Bukan sekadar penduduk, tapi ayam, kucing, anjing pun termasuk sekali.
Hentian Bas Dan Harga Tiket Feri
Bas akan berhenti berdekatan Pelabuhan Penyeberangan Gilimanuk dan sepanjang jalan itu, terdapat kiosk untuk pembelian tiket feri ke Pelabuhan Ketapang.
Ads
Harga tiket feri adalah Rp.18,000 (RM5) dan perlu kemukakan passport bagi tujuan pembelian. Saya beli di kiosk Ferizy tapi ada juga pilihan untuk membeli secara dalam talian yang lebih murah.
Feri ini beroperasi 24 jam dan akan bercampur dengan kenderaan seperti feri di Pulau Pinang dulu. Perjalanan mengambil masa sekitar satu jam sahaja.
Ada banyak jenis feri sebab sewaktu ke Ketapang, dia menaiki feri seperti di Langkawi dan sewaktu perjalanan pulang, dia menaiki feri yang open air tiada pendingin hawa.
Setibanya ke sana, Indiana menginap di Ijen Backpacker yang terletak bersebelahan dengan Stesen Kereta Api Ketapang.
Ads
Indiana memilih penginapan jenis dorm dengan harga Rp.70,000 (RM21) untuk satu malam.
Kos untuk tour ke Ijen pula adalah Rp.200,000 (RM60) termasuk pengangkutan ke pintu pendakian, pemandu, topeng muka dan lampu kepala.
Perjalanan ke Pintu Gerbang Jalur Pendakian Kawah Ijen bermula pada pukul 2 pagi menaiki van. Sampai di pintu gerbang sekitar pukul 3.30 pagi tetapi pendakian hanya boleh dimulakan pada pukul 4 pagi.
Ads
Trek boleh dikatakan easy to moderate dan kalau agak malas atau kepenatan untuk mendaki, ada servis teksi untuk ke atas. Harga kena negotiate, kalau tak silap sekitar Rp.800,000 (RM241) sehingga Rp.1 juta (RM302).
Walaupun rasa kesian tengok local people tu kepenatan tolak pendaki, but at least dapat la upah untuk mereka. Kalau tak ada yang malas mendaki, tak ada la upah mereka.
Boleh Bergambar Sepuas Hati
Pendakian ini untuk ke Kawah Ijen mengambil masa sekitar 85 minit. Dekat atas tu nanti guide akan buatkan secawan kopi dan bolehlah bergambar sepuas-puas hati.
Dedah Indiana lagi, kos keseluruhan yang dibelanjakan untuk ke sana hanyalah RM165.
Ini merangkumi tiket bas dua hala Rp.120,000 (RM36), penginapan Rp.70,000 (RM21), tour Ijen Rp.200,000 (RM60), tiket feri dua hala Rp.36,000 (RM10) dan Gran dari/ke Kuta Rp.118,000 (RM35).
Jadi, kalau anda nak merasa pergi Pulau Jawa, boleh lah ikut cara ini ya. Dah tahu info, senang nak bergerak ke sana sini.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Thailand sedang membuat persediaan untuk membuka semula pulau peranginan Phuket kepada pelancong yang telah divaksin, bermula 1 Julai.
Di bawah skim “Phuket Sandbox”, pelancong asing yang telah divaksin dibenarkan mengunjungi Phuket tanpa kuarantin.
Namun, perlu tinggal di pulau itu selama 14 hari sebelum ke wilayah lain.
“Pembukaan semula bergantung pada situasi COVID-19 di Thailand dan luar negara serta persetujuan Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA),” kata Timbalan jurucakap Kementerian Luar, Natapanu Nopakun pada satu taklimat harian COVID-19 baru-baru ini.
Beliau berkata, setakat ini sekitar 50 peratus penduduk Phuket telah divaksin.
Skim yang dicadangkan itu akan dibincang semasa mesyuarat CCSA yang dipengerusikan Perdana Menteri, Prayuth Chan o-cha Isnin depan, sebelum mendapatkan kelulusan Kabinet pada Selasa.
Kredit: Pexel Photo
Terdahulu, Gabenor Lembaga Pelancongan Thailand (TAT), Yuthasak Supasorn berkata, Phuket akan menjadi destinasi pertama di Thailand yang akan dibuka semula kepada pelancong asing yang telah divaksin tanpa perlu menjalani kuarantin.
“Kita semua di TAT gembira dan semua orang di Phuket sedang membuat persiapan untuk menyambut kedatangan pelancong asing tidak lama lagi.
“Mulai 1 Julai 2021, pelancong asing yang sudah divaksin akan dibenarkan mengunjungi Phuket tanpa kuarantin, jadi nantikan pembukaan Phuket,” katanya dalam satu kenyataan.
TAT menjangkakan kira-kira 129,000 pengunjung akan ke pulau itu antara Julai dan September tahun ini.
Seperti yang kita maklum ada beberapa negeri yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan PKPP Pemulihan (PKPP). Antaranya negeri Perak, Pahang, Perlis dan Terengganu.
Dan nampaknya bermula esok kerajaan setuju memberi kelongggan bagi pembukaan sektor pelancongan dan kebudyaan di kawasan ini.
Namun begitu menurut Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri berkata, aktiviti berkenaan bagaimanapun masih tidak dibenarkan di kawasan PKP dan PKP Diperketatkan (PKPD).
Menurutnya, ia termasuk aktiviti pelancongan rentas negeri dan aktiviti pelancongan dalam negeri yang membabitkan pelancong asing tidak dibenarkan.
“Antara aktiviti dibenarkan di kawasan PKPB adalah produk tarikan pelancong seperti zoo, farms, akuarium, pusat edutainment, taman rekreasi dan ekstrem.
“Begitu juga premis hasil seni, budaya dan warisan seperti muzium, perpustakaan, galeri seni, pusat budaya, pentas persembahan dan lain-lain serta taman tema dan pusat hiburan keluarga.
“Aktiviti berikut dibenarkan beroperasi dengan 50 peratus kapasiti premis dan mematuhi penjarakan fizikal, mewajibkan pemakaian pelitup muka dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) lain,” katanya dalam sidang media semalam.
Bagi kawasan PKPP, Ismail Sabri berkata, semua aktiviti pelancongan dan kebudayaan itu dibenarkan beroperasi dengan mematuhi penjarakan fizikal.
Katanya, aktiviti pelancongan dan kebudayaan selain di bawah senarai negatif perlu mengikut SOP sektor pelancongan dan kebudayaan sedia ada yang sedang berkuatkuasa.
Dalam pada itu, beliau berkata, majlis rasmi dan tidak rasmi kerajaan serta swasta termasuk majlis sosial seperti kenduri, majlis perkahwinan, pertunangan, aqiqah, sambutan ulangtahun tidak dibenarkan di kawasan PKP manakala PKPB dan PKPP dibenarkan.
“Begitu juga seminar, bengkel, kursus, latihan, persidangan, ceramah, mesyuarat, pameran, perdagangan dan aktiviti berkaitan,” katanya lagi.
Dalam pada itu dalam posting di laman sosial Facebook, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, melalui menterinya, YB Dato’ Sri Hajah Nancy Haji Shukri turut menyeru kepada orang ramai untuk memulakan aktiviti pelancongan di kawasan setempat masong-masing dengan mematuhi SOP ditetapkan.
Jika pergi bercuti pasti ramai mahukan kelainan untuk dikenang dalam memori akan datang.
Sekiranya anda berpeluang melawat Sweden jangan lupa singgah atau menginap di Tree Hotel, Harads, Sweden
Ini kerana anda akan merasai pengalaman tidur di sarang burung, UFO atau di hotel cermin.
Pengalaman menyeronokkkan dan cukup unik ini bermula di hotel pokok atau Tree Hotel pada tahun 2010 dengan impian pemiliknya Britta dan Kent Lindvall untuk mengubah rumah persaraan tahun 1930-an menjadi rumah tumpangan di kampung halaman mereka Harads, kira-kira 100 kilometer dari lapangan terbang Luleå di Utara Sweden.
Hasil akhirnya bukan Bed & Breakfast biasa – ia berubah menjadi hotel pohon lengkap dengan tujuh pondok yang diilhamkan daripada filem The Tree Lover.
Berlokasi di Harads, sebuah desa kecil berpenduduk hanya sekitar 600 orang, yang dikelilingi hutan dengan pohon-pohon tinggi menjulang berusia ratusan tahun, Tree Hotel diharapkan mampu menjadi daya tarik wisata yang akan memberikan kesan ekonomi besar buat warga setempat.
Hutan di mana Tree Hotel dibangunkan juga merupakan salah satu kawasan hutan yang sangat indah di Swedia, masyarakat lokal menyebutnya sebagai “The Pearl of Swedish Forests”. Kehadiran Sungai Lulea di tepi hutan menggenapi keindahan landskap hutan ini.
Tree Hotel terdiri dari kabin-kabin yang terpisah-pisah, masing-masing berada pada pepohon yang berbeza-beza. Pemiliknya merencanakan akan membangunkan 24 kabin yang akan dirancang oleh 24 arkitek yang berbeza pula.
“Hal ini kami lakukan untuk menjaga keunikan tiap kabin, sehingga tidak ada kabin yang serupa dan kami yakin bahwa tiap design hanya akan dibuat satu oleh arkitek dan tidak ada seumpamanya lain di seluruh dunia,” demikian ujar Kent Lindvall.
Setiap kabin dirancang untuk ditempati oleh 2 hingga 4 orang, dilengkapi ruang tidur, ruang duduk, pantry dan kamar mandi.
View dari dalam kabin sangat indah, bukan hanya kerana keindahan lanskapnya, kedudukan bilik hotel yang menjulang di antara pepohonan membuat pemandangan di luar menjadi semakin menakjubkan.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...