
Katak antara makanan kesukaan ular. Namun kadang-kadang pemangsa jadi mangsa. Katak bukan sekadar makan lalat atau nyamuk, katak pokok contohnya juga makan binatang lain seperti tikus kecil atau apa sahaja yang boleh masuk melalui mulutnya. Reputasi katak yang nampak lembik, sebenarnya lebih kanibal dari apa yang kita sangka.
Anak ular bukanlah menu yang pelik bagi saiz katak lebih besar. Contoh katak terbesar dunia ialah Bullfrog. Ada African Bullfrog, America Bullfrog, Asian Bullfrog, dan Australia Bullfrog. Bullfrog boleh membesar hingga 25cm panjang dan makan apa sahaja yang lebih kecil atau sama saiz badannya. Ular, katak, tikus, burung, lipan, ulat gonggok, ikan, apa sahaja yang melintas.
Gambar menunjukkan detik akhir anak ular perang Australia (brownsnake) sebelum ditelan hidup-hidup oleh katak pokok Australia.
Kebiasaannya mangsa yang ditelan akan mati lemas dalam saluran pencernaan sekitar satu ke dua minit.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lega Dah Boleh Rentas Negeri. Lagi Best Banyak Hotel Di Langkawi Tawar Potongan Harga Sampai 70 Peratus!

Berita baik baru-baru ini apabila kerajaan mengumumkan kebenaran untuk merentas negeri.
Setelah lama tidak kemana-mana, apa kata inilah peluang untuk membawa keluarga bercuti di mana-mana destinasi menarik.
Artikel berkaitan: Pelayaran Sungai Kilim Geoforest Park Bawa Pengunjung Tinjau Alam Hijau Langkawi
Salah satunya adalah pulau legenda Langkawi. Dan terbaru sektor pelancongan di sana turut menawarkan potongan harga menarik kepada pelawat tempatan bagi mereka yang ingin bercuti di pulau peranginan bebas cukai ini.

Naib Pengerusi Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Cawangan Kedah dan Perlis Razmi Rahmat berkata ketika ini hampir semua ahli persatuan itu khususnya di Langkawi memberi potongan pada kadar yang cukup menarik iaitu antara 50 hingga 70 peratus.
“MAH tidak menetapkan ahli persatuan perlu memberi diskaun harga bilik penginapan, namun ketika ini rata-rata hampir 40 ahli persatuan melibatkan hotel tiga hingga lima bintang mengambil inisiatif sendiri memberi potongan harga antara 50 dan 70 peratus.
“Tawaran ini sebenarnya sudah bermula sebelum PKPB namun terjejas berikutan pelaksanaan perintah itu, pelancong boleh buat sedikit carian dan layari laman sesawang hotel di Langkawi yang sesuai dengan bajet mereka,” katanya kepada Bernama.

Razmi berharap rakan industri perhotelan untuk teruskan promosi sehingga hujung tahun atau awal tahun depan bagi memberi peluang kepada pelancong memperolehi harga bilik pada harga yang sangat menarik.
Bagi seorang pengusaha sukan air di pantai Chenang, Hussein Mohd Said, pihaknya juga memberi potongan harga untuk semua aktiviti yang ditawarkan, sebagai persediaan Langkawi bakal kembali dibanjiri pelancong tempatan.
Artikel berkaitan: Puas Pusing Langkawi Ikut Itinerari 4H3M Gadis Ni. Banyak Tempat Boleh Cover!
Hussein berkata syarikatnya yang memiliki 81 buah jet ski untuk lawatan ke pulau-pulau kecil sekitar Langkawi, amat terjejas akibat pandemik COVID-19, dan kini beliau menaruh harapan tinggi agar sektor pelancongan domestik mampu kembali pulih dengan kehadiran pelancong tempatan.

“Penamatan PKPB serta pembukaan semula sektor pelancongan domestik, beri sedikit kelegaan kepada kami dan kita ambil kesempatan ini untuk beri potongan harga untuk aktiviti Fun Island Hopping menggunakan jet ski,” katanya.
Beliau berkata pakej itu dipotong hampir separuh harga dan tempahan sudah boleh dibuat mulai semalam (7 Dis) hingga 31 Januari 2021, dan sah untuk digunakan sehingga 31 Disember 2021,” katanya.

Seorang pemilik kedai buku terpakai, Mashhor Salleh pula berkata pelancong merupakan pelanggan utama perniagaannya di Jalan Pantai Chenang, namun ketika ini beliau berdepan dengan situasi agak sukar kerana biasanya kebanyakan pelanggan kedainya itu adalah pelancong asing, sedangkan kini beliau hanya berharap kepada pelancong tempatan.
“Akibat pelaksanaan PKPB kehadiran pelanggan terus menurun. Jualan mengalami penurunan 45 peratus, malah kadang kala pelanggan cuma ada pada harga Jumaat, Sabtu dan Ahad,” katanya sambil menambah kedai itu menawarkan pelbagai pilihan buku dalam 18 bahasa.

Berdasarkan statistik dikeluarkan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), pulau ini menerima ketibaan hampir empat juta pelawat tahun lepas, namun akibat pandemik COVID-19, ketibaan pelawat bagi tempoh Januari hingga Ogos 2020 hanya sekitar 1.2 juta.
Artikel berkaitan: 9 Lokasi Pantai Indah Wajib Singah Di Langkawi. Setiap Pantai Tak Sama Tau!
SUMBER: BERNAMA
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pusat Membeli-Belah Terkenal Dalam Kalangan Pelancong Di Bangkok Terbakar. Tiga Maut

Tiga maut manakala 16 lagi cedera dalam satu kebakaran di sebuah pusat beli-belah di bangunan Central World Complex di Bangkok, Thailand semalam.
Pusat membeli-belah ini terletak betul-betul di pusat bandar Bangkok dan kawasan kunjungan ramai. Kebakaran itu berlaku di lokasi tarikan pelancong, hanya beberapa hari sebelum cuti perayaan Songkran dari 13 April hingga 15 April.
Kebakaran dikatakan bermula dari bilik simpanan dokumen di tingkat lapan. Laporan video media tempatan menunjukkan seorang mangsa terjun dari bangunan berkenaan. Bomba yang bergegas ke tempat kejadian memberitahu api berjaya dipadamkan sepenuhnya dalam masa satu jam. Namun punca kebakaran masih dalam siasatan.
Bangunan Central World Complex mempunyai pusat beli-belah, pejabat dan hotel, telah ditutup buat sementara waktu. Sebelum ini, Gabenor Bangkok Assawin Kwanmuang memberitahu tiga orang maut, seorang di tempat kejadian sementara dua lagi di hospital.
Central World Bangkok fire @bccworldnews pic.twitter.com/QqZPGPml3S
— Kyle Taylor (@Kyletay60) April 10, 2019
Central World merupakan antara beberapa bangunan di Bangkok yang dibakar penunjuk perasaan semasa demonstrasi anti-kerajaan pada 2010.
Sumber: Astro Awani
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jepun Terima Pelancong Antarabangsa Mulai 10 Jun, Yang Rindu Negara Matahari Terbit Jom Cari Tiket!

Setelah dua tahun menutup pintu sempadan akibat pandemik Covid-19, Jepun akhirnya membuka pintu sempadan negara untuk pelancong asing bermula 1 Jun yang lalu. Namun kemasukan ke negara Matahari Terbit itu adalah secara bersyarat menerusi rombongan pelancongan.
Menurut Presiden Organisasi Pelancongan Kebangsaan Jepun (JNTO) Kuala Lumpur, Satoshi Seino, buat pertama kali dalam tempoh lebih dua tahun, industri pelancongan ke Jepun akan diteruskan semula.
Katanya, mulai 1 Jun pelawat dari negara dalam kategori biru termasuk Malaysia tidak perlu lagi menjalani ujian Real-Time Reverse Transcription-Polymerasa Chain Reaction (RT-PCR) dan kuarantin selepas tiba di negara itu.
“Secara umumnya, had jumlah ketibaan antarabangsa ke Jepun juga akan ditambah daripada 10,000 kepada 20,000 mulai 1 Jun ini.
“Bagi tujuan pelancongan pula, kemasukan bersyarat akan dibenarkan mulai 10 Jun dan seterusnya bagi pelawat asing dalam rombongan pelancongan terkawal yang dikendalikan oleh agensi pelancongan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Satoshi berkata, JNTO Kuala Lumpur menyambut baik pengumuman oleh Jepun berhubung pembukaan industri pelancongan dan akan berusaha untuk mempromosikan pelancongan ke negara itu.
“Kita juga bersedia dengan kemasukan bersyarat yang ditetapkan kerajaan Jepun untuk tujuan pelancongan itu, namun bagi saya ini adalah langkah pertama ke arah pemulihan pelancongan masuk ke Jepun.
“Terdapat beberapa acara antarabangsa yang akan diadakan di Jepun, termasuk World Tourism Organisation (UNWTO) World Forum mengenai Pelancongan Gastronomi pada Disember ini, Adventure Travel World Summit (ATWS) dan Expo 2025 Osaka, Kansai,” katanya lagi.
Beliau berkata, pihaknya akan terus mempromosikan dengan mengambil kira dasar Jepun terkini dalam menerima kemasukan pelancong.
Nak travel beg dah rosak, beli kat SINI https://invol.co/clb0wb7
Sumber: BHarian
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI