Singa dikenali sebagai raja rimba yang gagah dan digeruni. Namun berlainan dengan singa-singa yang berada di sebuah taman haiwan di Sudan.

Kesemua singa yang berada dalam kurungan tersebut kelihatan sakit dan sangat tidak bermaya. Tulang badan jelas kelihatan seperti sedang kebulur dan kekurangan zat.

Kasihannya Kamu Wahai Raja Rimba! Kasihannya Kamu Wahai Raja Rimba!

Ads

Gambar-gambar singa itu tular setelah seorang lelaki bernama Osman Salih memuat naik gambar singa terbabit ketika sedang berjalan berhampiran taman ini dan terlihat haiwan malang ini dalam keadaan yang sangat kurus dan tidak terurus.

Ads

Thank you all for the support and for the interaction on this very important topic. After seeing the fires in Australia…

Posted by Osman Salih on Saturday, 18 January 2020

Orang ramai terus memberi perhatian dan bantuan selepas mengetahui mengenai keadaan menyedihkan lima ekor singa Afrika yang disifatkan kekurangan zat dan sakit. Lima singa berkenaan ditempatkan di Khartoum’s Al-Qureshi Park, namun sudah beberapa minggu tidak mendapat bekalan makanan dan ubatan mencukupi.

Ads

Kasihannya Kamu Wahai Raja Rimba! Kasihannya Kamu Wahai Raja Rimba! Kasihannya Kamu Wahai Raja Rimba!

Kakitangan taman itu berkata, keadaan haiwan itu terus merosot sejak kebelakangan ini dengan ada di antaranya kehilangan dua pertiga daripada berat badan sebelum ini. Makanan tidak selalu ada dan mereka akan menggunakan duit sendiri untuk membeli makanan bagi diberikan kepada singa berkenaan.

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI