‘Kasi Support Barangan Tempatan Lah’, Jom ‘Shopping’ Tanda Cinta Negara

Share

Jangan tidak tahu, dengan membeli barang buatan Malaysia juga sudah dapat menunjukkan yang anda semua cinta akan negara kita!

Pusat Pemborong GM Klang melancarkan kempen #KasiSupportBaranganTempatanLah sebagai inisiatif dalam membantu usaha meningkatkan ekonomi negara yang sedang berdepan dengan ancaman penularan COVID-19.




Kempen itu merupakan antara usaha pusat berkenaan untuk memupuk usaha membeli barangan dan jenama tempatan di samping menyemai semangat cinta akan negara dalam kalangan pembeli secara tidak langsung. Ia juga sebagai tanda sokongan terhadap Kempen Beli Barangan Malaysia yang disarankan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).Seiring dengan kempen ini, ia adalah usaha GM Klang untuk mempromosikan peniaga-peniaga tempatan di sini khususnya, kerana mereka turut wujudkan slot peniaga tempatan di sini.






Kempen yang telah bermula 31 Ogos sehingga 30 Sept depan itu turut menawarkan peluang memenangi insentif membeli belah RM300 tiap seorang, di mana pengunjung hanya perlu berswafoto di lokasi menarik sekitar GM Klang bersama topi eksklusif berharga RM5 yang boleh dibeli di pusat khidmat kompleks itu, dan memuat naik gambar di laman sosial mereka, dengan 'tag' GM Klang beserta #supportbarangantempatan.

image via FB GM Klang

Oleh
Husna