Baru-baru ni Libur ke Kampar, Perak. Saja nak berjalan-jalan ke sana, nak tengok apa pembangunan terbaru yang ada di daerah Kampar. Alang-alang dah sampai sana tu, nak cari la spot makan orang-orang dekat Kampar.
Waktu hari kejadian Libur ke Kampar, Libur ditemani oleh rakan-rakan dari sana. Thank you Abang Sham dan Abang Pijoy sebab sudi melayan Libur ronda-ronda daerah Kampar. Ronda punya ronda punya ronda, Libur tanyalah pada diorang apa kedai makan yang best dekat Kampar ni?
Kedai makan orang lokal
Kalau pembaca nak tahu, ada banyak juga tempat makan yang best di Kampar ni. Tapi kriteria pemilihan kami untuk trip ini hanya satu: kedai makan yang special and famous di kalangan orang-orang lokal sahaja. Libur nak tahu la, spot makan mana yang orang Kampar ni suka makan?
Dah puas pusing, kami sampai ke satu kawasan kampung yang Libur rasa, nama kampung ni rare. Sebab apa rare? Nama kampung ni Kampung Mambang Di Awan! Haha ada nama kampung korang yang letak nama mambang? Tak ada kan? Libur yakin budak-budak muda luar negeri Perak mesti tak tahu nama kampung ni kan?
Kedai Makan Salmah Kari Kepala Ikan
Kedai makan pertama yang kami singgah adalah Kedai Makan Salmah Kari Kepala Ikan. Kedai makan ini kepunyaan Abdul Malik Hassan dan beliau menyediakan menu kari kepala ikan merah yang dimasak dengan menggunakan rempah yang diolah sendiri dan menjadi resipi rahsia sejak daripada zaman bapa beliau lagi.
Kedai makan ni kalau tengok sekali imbas, macam tak ada apa-apa yang special pun. Kalau bawa kereta lalu jalan depan tu memang tak perasan kedai makan kari kepala ikan ni. Tapi jangan terpedaya dengan rupa, nak tahu kena singgah masuk ke dalam dulu.
Ads
Kepala ikan dah besar kepala orang
Nak tahu apa yang Libur rasa best pasal kari kepala ikan dia? Kepala ikan merah dia besar la weyhh. Lagi besar daripada kepala Libur! Korang rasa? Puas hati waktu Libur tengok Abang Malik masak kepala ikan tu. Penuh satu periuk. Itu pun Abang Malik masak kepala ikan je, kalau dia masak seekor ikan tu, Libur rasa boleh buat kenduri.
Waktu kari kepala ikan ni menjengah masuk je dalam mulut Libur, terasa kepekatan kari yang Abang Malik masak ni. Maklumlah, resipi turun temurun. Libur ada juga try hijack resipi daripada Abang Malik ni, tak dapat.. Hehehe.
Famous waktu masak kari kepala ikan guna dapur kayu
Ikut kisah daripada orang lokal di sini, kedai makan Abang Malik ni memang selalu orang kampung datang makan lebih-lebih lagi di zaman ayahnya, Pak Cik Hassan yang mengusahakan kedai makan ni. Sebabnya, ayah Abang Malik masak kari kepala ikan ini dengan menggunakan dapur kayu. Itu yang membuatkan aroma kari kepala ikan Pak Cik Hassan lebih menyengat.
Tapi kini Abang Malik yang mengusahakan kedai makan, beliau menggunakan teknik moden iaitu menggunakan dapur biasa sebab asap daripada dapur kayu takut mengganggu penduduk sekitar. Walaupun tidak lagi menggunakan dapur kayu, keenakkan dan keaslian resipi kari kepala ikan merah Abang Malik ini masih lagi asli daripada warisan bapanya.
Ads
Sesiapa yang nak singgah ke kedai Abang Malik ni Waze sahaja Kampung Baru Mambang Di Awam. Kedai makan beliau betul-betul terletak berhadapan jalan besar.
Warung Pak Tam Kuew Teow Goreng
Warung yang kedua Libur dan rakan-rakan singgah adalah Warung Pak Tam. Juga terletak di mukim Kampung Mambang Di Awan. Nama kampung mambang, tapi banyak kedai makan sedap dekat sini rupanya, hahaha.
Di warung Pak Tam ni, menu special yang selalu orang lokal pesan adalah kuew teow goreng chinese style, nasi goreng sotong, char kuew teow (kuew teow basah la kalau orang Melayu faham sebab ‘char’ tu dalam bahasa mandarin, goreng), sup fishball dan mee kari. Air minuman specialnya pula adalah teh ais buih.
Daripada tukang kebun ke tukang masak
Pak Tam atau nama sebenarnya Abdul Latiff Iskandar, ni memang dikenali oleh masyarakat lokal di sekitar Kampung Mambang Di Awan dan beliau dah berniaga lebih 8 tahun di sini selepas bersara daripada menjadi tukang kebun di sebuah sekolah.
Ads
Menurut orang kampung, warung Pak Tam ni bukan sahaja dikunjungi masyarakat setempat tapi juga orang luar, cuma tidak la terkenal seperti kedai-kedai makan yang lain. Rata-rata yang singgah ke sini nak makan mee kari dan kuew teow goreng chinese style air tangan Pak Tam sendiri.
Kuew toew goreng chinese style terbaik
Secara peribadinya, Libur suka dengan kuew teow goreng chinese style Pak Tam. Libur bertanyakan kepada Pak Tam, apa ramuan yang beliau letak dalam masakannya. Jawab Pak Tam, sos kicap yang digunakan untuk menggoreng kuew teow itu tadi mempunyai ramuannya yang tersendiri berupa sos tiram, kicap dan dua lagi bahan yang beliau rahsiakan sebab bahan rahsia itulah yang menjadikan kuew teow goreng chinese style beliau cukup terkenal dikalangan orang kampung.
Tapi Pak Tam tak kedekut ilmu. Beliau kata kepada Libur, sekiranya ada sesiapa yang nak belajar resipi rahsia tersebut, datang sahaja ke kedai beliau. Insha’Allah beliau akan turunkan semuanya kepada yang sudi belajar, dengan syarat, “jangan buka kedai sebelah kedai beliau sahaja,” ujar Pak Tam berseloroh.
Usaha tangga kejayaan pesan Pak Tam
Berborak pasal resipi rahsia itu tadi, Pak Tam bagitahu beliau sendiri menuntut daripada kawan beliau sejak tahun 1990. Pernah dalam pengalaman Pak Tam, masakan yang beliau masak tu dibuang keluar tingkap sebab tak sedap. Macam itu lah asam garam Pak Tam dalam menuntut ilmu untuk mendapatkan resipi masakan.
Selepas beberapa tahun baru beliau dapat resipi tersebut berserta teknik menggoreng kuew teow yang terbaik untuk menjadikan kuew toew goreng itu tadi lebih sedap berbanding biasa.
Pesan Pak Tam, selain daripada resipi, teknik memasak itu juga kena betul, barulah masakan kita itu tadi menjadi
Kepada sesiapa yang terasa nak singgah ke kedai Pak Tam, boleh sahaja Waze Kedai Koperasi Haji Dahlan, Mambang Di Awan, Perak dan waktu operasinya adalah dari pukul 4 petang sampai 10 malam. Hari Selasa sahaja kedai Pak Tam tutup.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
'Spoil' mood percutian jika bilik penginapan yang kita pilih tidak selamat dek kerana ada barang peribadi kita dicerobohi, hilang atau rosak. Mungkin tidak dapat dipastikan siapa yang empunya kerja, samada staf tempat penginapan atau orang luar.
Tidak kira berapa nilai kerugiaan, kecil atau mahal pasti ia bukan perkara yang menggembirakan.
Daripada perkongsian page Jumpa Kat Mahkamah , anda yang mengalami detik hitam ketika menginap di sesebuah hotel atau resort boleh menuntut kembali jumlah kerugiaan tersebut sekitar RM500 atau lebih.
Tahukah anda bahawa undang-undang memberi insurans percuma kepada anda untuk menuntut ganti rugi sehingga RM500 jika barang anda hilang atau rosak semasa berada di hotel?
Syaratnya, kehilangan atau kerosakan barang tersebut bukan disebabkan oleh kecuaian pihak hotel atau pihak anda.
Ini diperuntukkan di dalam seksyen 4 Innkeepers Act 1952. Sebagai contoh, jika anda singgah di hotel untuk menginap atau minum kopi, anda menggantung jaket anda di kerusi dan secara tiba-tiba angin yang kuat telah menerbangkan jaket anda sehingga menyebabkan ia koyak atau rosak, maka pihak hotel hendaklah mengganti semula jaket anda.
Atau anda pergi ke surau dan selepas selesai solat anda mendapati kasut anda telah hilang, anda berhak menuntut pihak hotel ganti rugi terhadap kasut yang hilang tersebut.
Tetapi perlu diingati bahawa jumlah maksimum tuntutan adalah sehingga RM500 sahaja. Jika nilai barang anda lebih dari itu, anda tidak bernasib baik.
Sama ada pihak hotel tahu atau tidak anda bawa jaket ke dalam hotel atau kasut kulit mahal ke surau; ia tidak material kerana pihak hotel tetap bertanggungjawab terhadap barangan yang hilang atau rosak tersebut.
Seksyen 4 Innkeepers Act meletakkan liabiliti tegas (strict liability) ke atas pihak hotel kerana apabila seseorang masuk ke dalam hotel, pihak hotel bertanggungjawab sepenuhnya untuk mempastikan keselamatan barang-barang berharga penghuninya.
Maka, walaupun pihak hotel tidak dimaklumkan oleh anda tentang barangan yang anda bawa ke dalam hotel, pihak hotel tetap bertanggungan jika barang tersebut hilang atau rosak semasa berada di dalam hotel.
Adakah perlindungan ini hanya kepada penghuni yang menyewa bilik sahaja? Tidak. Jika anda hanya singgah di hotel untuk makan atau minum pun, anda juga berhak kepada perlindungan ini.
Tetapi, jika anda cuai sehingga menyebabkan barang anda rosak atau hilang, pihak hotel tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk membayar ganti rugi tersebut kepada anda.
Bagaimana jika pihak hotel cuai? Jika pihak hotel cuai dan menyebabkan kerosakan atau kehilangan kepada barang anda, perlindungan tuntutan siling RM500 tidak akan terpakai dan anda boleh menuntut lebih dari jumlah tersebut.
Pihak hotel pula wajib pamerkan notis seksyen 4 Innkeepers Act (seperti gambar di bawah). Jika pihak hotel gagal pamer notis tersebut, pihak hotel tidak berhak untuk perlindungan had RM500.
Maksudnya, jika notis seperti gambar di bawah ini gagal dipamerkan oleh pihak hotel, pihak hotel perlu bayar harga kasut kulit yang hilang di surau tadi jika harganya mencecah RM4,000 sekalipun!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Rasanya masih ramai tak tahu ada hidden gems Kedah yang dipanggil ‘KASHMIR Malaysia’. Cantik sangat pemandangan di sini, tenang dan sejuk mata memandang.
Apa yang menarik, kawasan ini ada dataran luas berlatarbelakang gunung-ganang. Menurut Hazwan Hfiz, kalau anda pernah ke kawasan Tasik Pedu, mesti jumpa kawasan yang disebut sebagai Kampung Mong Gajah.
Hidden Gems Kedah
Di sinilah lokasi yang dikatakan sebagai ‘Kashmir Malaysia’ tersebut.
Kampung Mong Gajah yang terletak di Tasik Pedu cukup popular dengan penemuan kubur lama di dasar tasik apabila tiba musim kemarau.
Asalnya kawasan ini adalah perkampungan Melayu sebelum ditenggelamkan air yang membentuk Tasik Pedu lebih kurang 50 tahun yang lalu.
Mungkin ramai generasi Tiktok sekarang yang tidak begitu mengenali Tasik Pedu yang juga merupakan sebuah empangan terbesar di negeri Kedah ini.
Ramai yang lebih mengenali Tasik Timah Tasoh di Perlis padahal pemandangan di sini lebih lawa, unik & eksotik.
Terletak berhampiran banjaran Kedah-Singgora yang memisahkan Malaysia & Thailand, Tasik Pedu pernah menjadi lokasi pelancongan popular suatu masa dulu kini sepi ditelan masa.
Bagaimana untuk ke Tasik Pedu?
Tasik Pedu sangat luas dan boleh diakses dari pelbagai jalan. Antaranya melalui Alor Setar, Kuala Nerang ataupun Sik.
Untuk melihat Tasik Pedu dengan lebih dekat boleh cari jalan ke Mutiara Pedu Lake, resort lama yang telah ditinggalkan. Guna Google Maps atau Waze sahaja untuk ke sini.
Dinasihatkan untuk berhati-hati kerana jalan di sini agak sunyi dan terbiar. Seeloknya berteman untuk eksplorasi kawasan sekitar yang jarang dilalui orang.
Banyak rakan-rakan camping yang berkunjung ke Pedu Lake melakukan aktiviti riadah seperti berkelah.
Seeloknya datang di sebelah petang untuk melihat ‘sunset’ di Tasik Pedu berlatarbelakang gunung yang sungguh indah!
Ramai yang camping di sini pada hujung minggu. Ada diceritakan banyak gajah jugak kelihatan di malam hari.
Nota: Peringatan – Tiada line telefon, tandas dan elektrik di kawasan ini. Keluar sebelum hari gelap.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Bukan hanya pantai yang cantik, Terengganu juga banyak tempat menarik anda boleh singgah untuk buat aktiviti menarik.
Itinerary 2 Hari 1 Malam di Terengganu
Menurut saudari Ifzuna, ini beberapa lokasi yang wajib anda singgah kalau betul nak menikmati percutian sepanjang di negeri ‘keropok losong’.
Okay, jom tengok apa aktiviti yang wanita ini buat sepanjang 2 Hari 1 malam kat sana.
1. Masjid Hopping
Masjid Terapung (Masjid Tengku Tengah Zaharah di Jalan Batu Buruk) Kami tumpang solat subuh dan view sangat cantik, Masha Allah! Ada pula pokok ala pokok kurma situ, auto gambar macam pergi umrah. Masjid Kristal (mercu tanda Terengganu serious talk, makin banyak tempat ootd di sekitar masjid.
2. Noor Arfa Batek
Ini syurga batik, songket dan segala jenis tenunan. Kain pasang warna pastel pun ada, banyak promo dan siap dapat cabutan bertuah.
3. River cruise / boat tour
Harga untuk dewasa RM30, kanak kanak atas 4 tahun RM15. Boleh menyelusuri sungai di Kuala Terengganu dan ambil gambar berlatar belakangkan Masjid Kristal dan Jambatan Angkat pengemudi bot sangat friendiy! siap bagi chance setiap orang bawa bot lagi. Ambil lah masa lama mana pun untuk dapatkan gambar. Dia tetap layan.
4. Kampung Budaya Terengganu
RM5 dewasa, RM2 kanak kanak ada 9 checkpoint keseluruhannya. Tetapi kami tak habis pusing semua sebab kejar masa. Tapi guide sangat perform sepanjang jalan itu, memang ada pokok herba dan buah. Jadi, diaorang bagi rasa. Tongkat Ali dan limau bali.
Setiap rumah ada jenis ukiran dan guide akan terangkan makna di sebalik ukiran itu permainan tradisional dan goreng keropok lekor pakai pasir pun ada last sekali, persembahan gamelan.
Jadi, buat anda yang merancang nak ke Terengganu, boleh senaraikan beberapa tempat ini awal-awal dan senang bila sudah sampai di sana. Tahu tempat best nak berhenti akan memudahkan lagi perjalanan anda!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!