Menikmati makanan laut segar sambil menyaksikan pemandangan laut dan ketenangan pesisir pantai pasti memberi kelainan kepada anda. Tempat makan yang terletak di pesisir pantai Selat Tebrau yang menghadap Sembawang dan Senoko, Singapura menjadikan restoran di sekitar Kampung Senibong ini lebih terserlah.
Di samping menikmati makanan anda pasti leka melihat keindahan pantai negara seberang. Pemandangan para nelayan yang berulang-alik, feri yang membawa penumpang ke Batam dan kapal-kapal dagang yang berlabuh di situ akan menjadikan kunjungan pengunjung ke premis makanan di sini sesuatu yang cukup istimewa.
Di sini terdapat lebih 10 deretan kedai makan yang menyajikan pelbagai jenis makanan laut yang segar. Berjalan disekitar kawasan ini kadangkala terasa bagai berada di pasar borong, kerana kiri kanan anda terdapat pelbagai jenis longgokkan hasil laut untuk dipilih pelanggan sebelum di masak.
Ads
Peniaga restoran masing-masing menggunakan pelbagai strategi untuk memikat pelanggan masuk ke premis mereka. Ada yang menjerit, menyanyi, tidak kurang juga meletakkan banner yang memberikan harga durian runtuh.
Bercerita tentang menu masakan membuatkan sesiapa saja rambang mata untuk memilih. Semua hasil laut seperti udang kara, ketam pelbagai saiz, udang kara, udang kecil, sotong, ikan jenahak, ikan siakap dan macam-macam lagi boleh dibakar, digoreng atau dijadikan variasi lauk.
Ads
Antara jenis makanan yang menjadi kemestian untuk dinikmati ialah lala, kijing, sekuci, kepah, beliung, siput gonggong, mentarang dan udang kara. Sudah pasti turut menjadi kegemaran orang ramai ialah ketam, udang, sotong dan pelbagai jenis ikan termasuk kerapu, siakap, merah dan beberapa jenis ikan lain, yang mana kesemuanya diperoleh segar setiap hari daripada para pembekal.
Ads
Seperkara lagi yang menjadi tarikan di sini, suasana malam dengan panorama kilauan cahaya neon yang datang dari kawasan Senokor, Singapura, kira-kira lima kilometer dari restoran ini memberi ilusi eksklusif dan istimewa kepada penggemar makanan laut yang menikmati sajian enak di sini.
Mula beroperasi pada pukul 4 petang hingga 2 pagi, semua restoran makanan di sini tidak akan sunyi dipenuhi pengunjung tempatan dan Singapura. Apa lagi, jika anda berada di sini, jangan lupa untuk singgah di Kampung Senibong!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Tak ramai tahu di Kuching, Sarawak juga mempunyai tarikan mural untuk tatapan pelancong, sama hebat macam apa yang terdapat di George Town, Pulau Pinang.
Ada pelbagai jenis mural yang ada di Kuching seperti ikon negeri Sarawak iaitu Burung Enggang, Orang Utan, peniaga pasar malam dan si penghibur jalanan.
⭐ TRIVIA Pengguna aplikasi akan mengimbas QR-code yang ada di mural berkenaan dan informasi mengenai mural dan sejarah di kawasan tersebut akan dipaparkan
Selain daripada seni mural yang menghidupkan lagi panorama menarik di Kuching, Sarawak tampil dengan inisiatif yang lebih unik apabila bakal melancarkan satu aplikasi bagi menceritakan sejarah seni mural yang dipamerkan.
Setiap mural menarik yang dikenalpasti di Kuching akan diletakkan QR-code untuk diimbas oleh pelancong dan mereka boleh mendapatkan informasi berkenaan mural dan sejarah tempatan tempat mural itu dilukis.
Canggih Kuching sekarang. Sambil melancong sambil belajar sejarah tempatan yang ada. Jadi apa tunggu lagi? Dilancarkan saja aplikasi ini di Google Play dan Apps Store terus download dan jom selfie dekat semua mural yang ada di Kuching, Sarawak!
⭐ TRIVIA Penggunaan teknologi itu akan membantu meningkatkan nilai hartanah di kawasan Warisan Lama termasuk di Lebuh India di sini
Siapa yang tak suka dengan Kundasang betul tak? Lokasinya di kawasan tanah tinggi yang sejuk dan dihiasi dengan kemegahan negeri Sabah iaitu Gunung Kinabalu, mesti sesiapa yang datang ke sana akan teruja dan asyik.
Apa yang Libur sendiri suka di Kundasang ini adalah pemandangannya yang seakan-akan New Zealand. Haha maklumlah tak pernah lagi sampai ke New Zealand, sampai ke Kundasang pun Alhamdulillah..
Jadi Libur nak kongsikan kepada anda panduan mudah untuk bercuti ke Kundasang. 10 tips ini adalah perkongsian daripada Al-Jannah Homestay KK. Tapi malangnya, mereka tidak lagi beroperasi. Libur doakan supaya homestay mereka kembali beroperasi seperti biasa. Jangan risau sebab ada banyak lagi tempat penginapan menarik. Jangan lupa guna kod promo ni untuk harga menarik:
Walau bagaimanapun, semoga tip yang mereka berikan ini akan memberi manfaat kepada anda menjadi amal jariah yang berterusan kepada mereka, aaminn..
So jom kita ikuti apa 10 tips bercuti ke Kundasang tersebut:
1. Ambil flight awal ✈
Sesiapa yg bercadang terus ke Kundasang disyorkan ambil flight awal ke Kota Kinabalu (sama ada pagi/tengahari/awal petang). Kalau flight sampai KK lewat petang/malam sebaiknya bermalam di KK dulu, keesokan paginya baru gerak ke Kundasang? Sebab apa??
2. Perjalanan 2 jam ⏱
Perjalanan KK ke Kundasang ambil masa dalam 2 jam. Mula2 akan melalui fasa jalan lurus dari KK-Tuaran-Tamparuli. Kemudian selepas melalui Tamparuli barulah memasuki fasa jalan berbukit2 hingga ke Kundasang. Sila guna waze ke Kundasang sebab signboard ke sana tak banyak. Kalau jumpa signboard pun tulis ke Ranau, boleh ikut juga sebab Ranau terletak selepas Kundasang. Biasanya jalan berbukit mulai gelap berkabus dalam jam 5.30ptg-6ptg. Tidak digalakkan memandu kepada mereka yg tidak biasa melaluinya sebab bahaya
3. Isi minyak di KK ⛽
Kalau ada yg nak isi minyak ke cucuk ATM ke solat ke buang air ke makan2 ke beli snacks ke, sila buat siap2 di area KK. Susah nak jumpa stesen minyak dalam perjalanan. Kalau terlupa jangan risau stesen minyak terakhir (kalau tak silap) ada SHELL betul2 sebelah Rumah Terbalik Tamparuli. Kalau terlupa juga, berpusing2 nanti cari minyak di Kundasang? Di pekan Ranau atas lagi dalam 20minit dari pekan Kundasang ada Petronas.
4. Tarikan dalam perjalanan ?
Apabila melalui kawasan Tamparuli bolehlah singgah Rumah Terbalik & 3D Wonder Museum betul2 di tepi jalan belah kiri. Kalau nak singgah Jambatan Tamparuli kena pergi ke arah pekan. Terpulang nak pergi tempat2 tarikan ni masa perjalanan pergi mahupun waktu pulang nanti ke KK.
5. Untuk Muslim ❌⛔️?
Selepas simpang Tamparuli nak ke Kundasang ada beberapa gerai tepi jalan kiri kanan. Tak perlu susah2 singgah ya. Gerai2 tu jual sinalau bakas ataupun babi hutan salai. Sila teruskan perjalanan ok!
6. Tempat tarikan Kundasang ⛰
Tempat2 tarikan ni jaraknya jauh2 sikit. Sebelum sampai Kundasang akan melalui Pekan Nabalu. Bolehlah singgah beli souvenirs murah2 sana berbanding di KK. Terus lagi jumpa Kinabalu Park (starting point hiking Gunung Kinabalu). Terus lagi sampai jumpa roundabout sayur Kobis situlah Pekan Kundasang. Bolehlah pergi Desa Dairy Farm, War Memorial, etc. Jangan lupa singgah Masjid Kundasang atas bukit tu dan juga gerai2 jual sayur, buah murah2 di tepi jalan tu.
7. Kedai makan ??
Tak banyak kedai makan di Kundasang. Ada yg suka fastfood ada KFC sana. Kalau nak cari tempat makan, roundabout Kobis tu dari KK belah kanan, ada Intan Restaurant & Hidayah Restaurant. Order nasi putih & sup panas2 memang sedap dgn cuaca sejuk2 ni. Jangan lupa try chicken wings Kundasang?
8. View gunung cantik ?
Jauh2 datang Kundasang mestilah nak tengok Gunung Kinabalu kan…Gunung Kinabalu ni jelas kelihatan mulai jam 6pagi hingga 10pagi. Lebih kurang jam 11pagi gunung mulai dilitupi kabus awan. Tidurlah di Kundasang satu malam kalau tak nak terlepas peluang keemasan tu. Ada banyak pilihan hotel/homestay. Sila booking lebih awal. Best bila bangun pagi2 dalam kesejukan dapat tengok pemandangan Gunung Kinabalu. Subhanallah jatuh cinta! Di Kundasang sejukkk sangat tau! Lagi2 waktu malam dan juga waktu hujan. Menggigil2 badan?
9. Desa Dairy Farm ??
Tengok orang lain upload gambar DDF cantik2 dgn background Gunung Kinabalu, dgn ladang menghijau, dgn lembu2 comel. Tapi bila pergi nampak kabus, tak nampak gunung pun. Tipsnya pergi sana sebelum jam 10pagi. Bila DDF buka jam 8pagi tu pastikan sudah ada di sana. Nikmatilah pemandangan di sana puas2. Jangan lupa minum susu fresh yg amat sedap. Aiskrim pun sedap!
10. Tempat tarikan Ranau ♨️
Apa yg ada di Ranau?? Di situlah ada Poring Hotspring (kolam air panas, canopy walk, etc), Sabah Tea Garden, Fish Massage Kg Luanti? Kundasang ke Pekan Ranau dalam 20 minit. Isi minyak siap2 di Petronas Ranau. Tempat makan pun lebih banyak pilihan di Ranau. Ok teruskan perjalanan. Dari Kundasang ke Poring dalam 45 minit. Dari Kundasang ke Sabah Tea dalam 1 jam. Betul2 sebelah simpang masuk Sabah Tea ada Fish Massage. Jangan terlepas tau! Kalau terus lagi alamatnya ke Sandakan pula!
Ok sudah puas jalan2 Kundasang bolehlah jalan2 di KK pula kan?
Bolehlah share dgn famili, dgn kawan2 yg plan bercuti ke Kundasang terutamanya yg pertama kali pergi. Harap dapat membantu ya?
**Perkongsian tips ni hanya untuk memudahkan percutian/perjalanan mereka yg datang bercuti sendiri…tiada pakej percutian yg disediakan, dan bukan travel agent/tour guide service atau seumpamanya.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Percutian ke Iceland tidaklah murah namun pengalaman yang akan dirasai tersangatlah berbaloi dan tidak boleh digambarkan dengan kata-kata.
Iceland dikenali dengan tanah api kerana suku daripada pulau ini adalah terdiri daripada gunung berapi aktif. Ianya juga dikenali sebagai tanah ais kerana mempunyai kawasan iceberg yang memukau.
Iceland terkenal sebagai salah sebuah destinasi pelancongan yang menawarkan satu pengembaraan yang berbeza. Iceland dikenali sebagai sebuah negara yang sejuk, namun kebanyakan air kolamnya adalah panas berikutan arus saliran gunung-gunung berapi.
Salah satu tempat pelancongan yang perlu dikunjungi ialah tapak perlindungan Iceland dikenali sebagai Blue Lagoon. Jangan terkejut jika melihat ramai pengunjung yang berendam di dalam kawasan lagun walaupun suhu ketika itu sangat sejuk.
Blue Lagoon terkenal sebagai destinasi bersantai yang tenang, mempunyai air berwarna biru dan apa yang menakjubkan airnya tidak sejuk, malah ianya panas.
Selain keunikan muka buminya, antara kelebihan Blue Lagoon yang menjadi perbualan ialah khasiat air takungan ini yang dikatakan sangat baik untuk kulit badan manusia. Disebabkan itu ia mula dibuka kepada umum sejak tahun 1976 lagi dengan tahap keselamatan ketika berada dikawasan ini sentiasa di jaga serta diuruskan dengan baik.
Awalnya, takungan ini terbentuk ketika operasi stesen jana kuasa Svartsengi di kawasan sama. Kebanyakan orang yang mandi di situ mula menyedari manfaat air berkenaan terhadap kulit antaranya masalah psoriasis yang dikatakan hilang. Masalah kulit seperti jeragat, panau dan menggelupas juga dikatakan hilang selepas beberapa hari berendam di kawasan ini.
Orang kata bercuti di Rome, Itali antara yang best dan memuaskan untuk menikmati pemandangan di sana.Namun perlulah bersedia dan jaga-jaga dengan pickpocket, boleh dikatakan...