Mengambil kesempatan bercuti di Selangor ketika PKPB ini dengan meninjau beberapa lokasi menarik yang terdapat di kawasan sekitar.
Antara yang boleh dicadangkan adalah Kampung Pelangi, Kuala Selangor.
Menyediakan cabin camp dengan hiasan dekorasi cukup menarik. Mula dibuka sejak 5 Mac lalu dan bayaran yang dikenakan juga tidak semahal di tempat lain.
Dengan hiasan dan pemandangan menarik serta warna-warni ini, sangat berbaloi untuk dikunjungi terutama bagi yang gemar bergambar.
Selain itu juga terdapat beberapa kemudahan lain disediakan buat pengunjung. Jadi bagi yang tidak tahu ke mana hujung minggu ini, boleh layan Kampung Pelangi Kuala Selangor/Kuala Selangor Cabin Camp bersama keluarga sambil menyaksikan pemandangan indah.
Juga turut disediakan penginapan bagi yang berminat untuk bermalam di sini dengan bayaran berpatutan.
– Kuala Selangor Cabin Camp (KSCC) yang kini berwajah baharu.
Lot 4021, Jalan Rizab Zazuli, Kampung Bukit Hijau, 45800 Jeram, Selangor. Tak terlalu jauh dari Klang dan Sungai Buloh.
– Buka jam 8 pagi-5pm
Kampung Pelangi merupakan produk pelancongan Selangor terbaharu iaitu baru sahaja dibuka pada 5hb Mac 2021 pasca PKP 2.0
– Bayaran dikenakan RM15 (dewasa):
Agak berbaloi sebab banyak kemudahan disediakan dan banyak spot2 untuk bergambar.
Antara kemudahan yang ada:
– Petting Zoo
– Kemudahan penginapan seperti Hobbit stay serendah RM70, Tubestay, Cabinstay, Arabianstay, Capsulestay, Container, dan lain-lain. Bayaran masuk adalah percuma bagi sesiapa yang menginap di sini.
– Archery dan Yoyo Kart adalah percuma bagi semua pengunjung (ada bayaran untuk main ekstra).
– Obstacle games
– Restoran
– Indoor games
– Mini Zoo (Rusa, kucing, kuda, arnab, ayam, burung, kambing, angsa, dan lain-lain)
SUMBER: FACEBOOK HELMI BAHARUM
Artikel Berkaitan:
10 Tarikan Lokasi Baharu Paling Gempak & Menarik Di Selangor Untuk Tahun 2021
Ini Senarai Restoran/Gerai Makan Best & Viral Di Selangor. Lepas PKP Korang Kena Layan Sini!