Kampung Kuantan adalah kampung melayu tradisi yang terletak di daerah Kuala Selangor. Kampung ini terletak di pinggir Sungai Selangor. Ia banyak menyimpan sejarah silam tersendiri terutama dalam penggunaan sungai berhampiran.

Sebagai sebuah kampung tradisi, tentulah penduduk Kampung Kuantan ini kebanyakkannya menjadi peladang di ladang sawit, penoreh getah dan nelayan menangkap ikan di Sungai Selangor.

Penduduk asal Kampung Kuantan turut menerima orang-orang luar dari Selangor sebagai penduduk tetap untuk bersama-sama memajukan kampung tersebut dengan melakukan beberapa kegiatan seni dan pertukangan tangan seperti membuat atap nipah yang banyak tumbuh liar di sepanjang Sungai Selangor.

Kampung Kuantan, Kuala Selangor ‘Lubuk’ Udang Galah Sepit Biru Idaman RamaiBagi industri pelancongan, Kampung Kuantan turut menyumbang kepada pendapat ekonomi negara kerana terkenal sebagai destinasi pelancongan yang tidak asing lagi seperti aktiviti melihat kelip-kelip di Kampung Kuantan.

Ads

Seperkara lagi yang boleh dibanggakan, Kampung Kuantan juga dikenali sebagai syurga kaki pancing udang galah. Adalah fenomena biasa jika kelihatan berpuluh batang pancing tersusun rapi di atas sampan ketika musim udang galah galak memakan umpan di sekitar sungai Kampung Tanjung Siam dan Kampung Kuantan, di Kuala Selangor.

Ditambah pula dengan keadaan cuaca panas dan aliran air mati yang menyebabkan ramai kaki pancing sekitar Lembah Klang dan juga Perak tidak melepaskan peluang memancing udang galah bersepit biru.

Kampung Kuantan, Kuala Selangor ‘Lubuk’ Udang Galah Sepit Biru Idaman RamaiBuat kaki pancing dan pengunjung yang ingin merasai pengalaman memancing di Sungai Selangor ini, tersedia perkhidmatan mengaturkan satu trip memancing udang galah yang di sediakan oleh penduduk kampung di beberapa jeti berhampiran.

Ads

Perkhidmatan bot dikenakan sewa antara RM100 ke atas sehari dan mampu memuatkan dua hingga tiga pemancing saja. Harga tersebut cukup berbaloi kerana dari hebahan pengunjung yang pernah datang ke sini pasti tidak membawa balik tangan kosong.

Kampung Kuantan, Kuala Selangor ‘Lubuk’ Udang Galah Sepit Biru Idaman Ramai
Kampung Kuantan, Kuala Selangor ‘Lubuk’ Udang Galah Sepit Biru Idaman Ramai
Tips Penduduk Kampung

Ads
  • Lubuk udang galah boleh dikenal pasti melalui kawasan teluk yang berair tenang dan apabila tiba di situ matikan enjin bot dan dayung perlahan-lahan bot hingga berada di atas lubuknya.
  • Selepas keadaan sunyi sepi dan matahari yang semakin meninggi, masing-masing boleh segera melabuhkan joran di kawasan redup di mana udang dikatakan berkumpul di kawasan ini untuk berehat.
  • Udang galah juga dikatakan sentiasa bergerak mengikut pasang surut air untuk mencari makanan dan kaki pancing tidak boleh tertumpu pada satu lubuk saja.

Kampung Kuantan, Kuala Selangor ‘Lubuk’ Udang Galah Sepit Biru Idaman RamaiPasti anda tersenyum puas dengan aktiviti memancing udang ini. Selain udang galah, pelbagai spesies ikan air tawar juga banyak terdapat di sini seperti Baung, Patin, Tapah, Haruan dan Belida.

Jika ingin menjual hasil tangkapan, terdapat beberapa orang peraih akan menunggu untuk membeli hasil tangkapan anda. Jika bernasib baik anda boleh mendapat habuan mencecah ribuan ringgit sehari dengan hanya memancing di sekitar Sungai Selangor Kampung Kuantan.

 

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI