Kampung Budaya Sarawak Beri Potongan Bayaran Masuk Menarik Buat Pelancong Domestik

Share

Bagi yang mempunyai perancangan untuk berkunjung ke Kuching, inilah masa terbaik buat anda mengabadikan kenangan di Kampung Budaya Sarawak (SCV).

Kampung Budaya Sarawak menempatkan replika banyak rumah kaum etnik Sarawak di dalam satu kawasan rekreasi. Kalau ke sini, anda boleh merasai sendiri pelbagai kebudayaan Sarawak seperti pemakaian kostum, membuat juadah tradisi di samping mencuba permainan sumpitan, gasing atau menari bersama kumpulan kebudayaan yang membuat persembahan setiap hari.






Potongan harga menarik sebanyak 33 peratus dilaksanakan serta-merta dalam usaha merancakkan lagi industri pelancongan negara selepas bergerak perlahan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan pada Mac lalu. Langkah yang diambil itu juga dapat meransang pertumbuhan sektor pelancongan tempatan khasnya di Bumi Kenyalang. Strategi ini dipercayai dapat melonjakkan semula ekonomi negara yang terjejas sejak kebelakangan ini.

  • Harga baharu bayaran masuk ke SCV ialah RM20 dikenakan bagi dewasa rakyat Sarawak dan RM10 bagi kanak-kanak.
  • Bagi bukan rakyat Sarawak, bayaran masuk dikurangkan dari RM95 kepada RM60 bagi dewasa dan RM30 untuk kanak-kanak.

Baca:

Oleh
Husna