Kampung Agong, ‘Kampung Tradisi Instagramable’ Pulau Mutiara

Share

Kampung Agong lokasi ekopelancongan, membangkit nostalgia kehidupan kampung Melayu tradisi lalu.

Kampung Agong kini menjadi tumpuan pelancong tempatan dan antarabangsa untuk bergambar dengan berlatar belakangkan panorama desa selain merasai sendiri suasana kampung tradisi. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini, tidak terhad untuk yang datang secara individu tetapi juga menerima kungjungan berkumpulan atau untuk melakukan sebarang bentuk aktiviti hari keluarga dan sebagainya.

Jika anda berkesempatan boleh ke Kampung Agong Bakar Kapor, Penaga Pulau Pinang. Pastikan anda mengambil kesempatan untuk merakam gambar menarik di setiap sudut di sini. Bayaran masuk dikenakan sebanyak RM5 untuk masa dari jam 9 pagi hingga 7 petang. Sesi ‘photoshoot’ untuk hari konvokesyen atau gambar perkahwinan juga dibenarkan untuk dilakukan di dalam kawasan ini.

Menurut pemilik destinasi ‘instagramble’ nama Kampung Agong diberi bersempena dengan nama jolokan yang diberikan orang kampung kepada datuknya Ang Peng Tiam, 84, iaitu ‘Agong’ kerana beliau mempunyai sebidang tanah yang luas, kebun kelapa dan sawah padi.

Di kampung itu juga terdapat sarang burung tempua, burung wak wak dan burung helang yang dibuat dari sarang burung asli untuk para pengunjung bergambar dengan sarang burung berkenaan.

Sumber Foto: FB Kampung Agong | Twitter @AinulNunanaa

Oleh
Husna