Menjadi seakan trend, ramai yang berminat untuk ke sesuatu lokasi itu, jika mempunyai kelainan terutama untuk merakam gambar dan dikongsikan ke laman sosial peribadi.
Anda tercari-cari lokasi ideal untuk ber ‘OOTD’, di sekitar Kampar Perak? Ini beberapa lokasi yang dicadangkan. Paling menarik, jika anda bijak merakam gambar, destinasi di sini seolah-olah seperti anda berada di negara Eropah.
Salah satunya destinasi di Kampar anda boleh singgah ke Bandar Agacia atau dikenali sebagai The Trails of Kampar. Deretan bangunan kedai tiga tingkat yang dicat dengan kombinasi pelbagai warnal-warna ceria menyerupai bangunan deretan kedai di bandar zaman kolonial. Setiap unit bangunan mempunyai ciri dan rekabentuk tersendiri serta berbeza antara satu sama lain.
Lokasi sekitar lain yang anda boleh singgah seperti yang dikongsikan saudara Helmi Baharum
. Jom datang bersiar-siar ke sini sambil merakam gambar best untuk dijadikan kenang-kenangan.Short Trip Kampar, Perak & Sekitarnya (Berangan seperti bercuti di Eropah)
Destinasi & Bajet: