Kalimantan Disebut-Sebut Bakal Ganti Jakarta Sebagai Ibu Negara Indonesia

Share

Minggu lalu tular ibu negara Indonesia bakal ditukarkan ke daerah lain dan bukan lagi berada di Jakarta. Indonesia sudah membuat keputusan memindahkan bandar raya keempat paling sesak di dunia ke lokasi di luar Pulau Jawa. Namun lokasi pemindahan belum diputuskan namun mempertimbangkan kawasan di sebelah timur Indonesia.

Awal minggu lalu calon Presiden Nombor 1 Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi terbang ke Kalimantan untuk melakukan tinjauan lokasi alternatif ibu negara baharu Indonesia. Kalimantan mungkin dipilih sebagai lokasi menggantikan Jakarta kerana kedudukannya yang strategik di tengah-tengah negara besar itu. Jokowi ada menyebut tiga lokasi di Kalimantan yang dilihat berpotensi menggantikan Jakarta. Ketiga-tiga lokasi tersebut ialah Kalimantan Tengah, Kalimantan Barat Dan Kalimantan Timur.

Lokasi itu juga bebas bahaya daripada bencana alam seperti gempa bumi dan letupan gunung berapi berbanding wilayah yang lain. Menurut Jokjowi, isu pemindahan ibu negara itu bukan baharu, sebaliknya, sudah lama dirancang. Indonesia sebelum ini pernah tiga kali berpindah ibu negara sekali pada tahun 1946 dan kali kedua pada 1948.

Antara punca mengapa Republik itu harus pindah ibu kota adalah kerana Jakarta kini mempunyai 10 juta penduduk, namun jumlah penduduk di wilayah sekitarnya berjumlah tiga kali ganda. Kesesakan lalu lintas di Jakarta menyebabkan kerugian dari segi ekonomi selain ancaman banjir dan kadar ‘tenggelam’ yang pantas berikutan aktiviti menyedut air bawah tanah keterlaluan. Selain itu, hampir 60 peratus daripada 260 juta penduduk Indonesia tinggal di Pulau Jawa menyebabkan kegiatan ekonomi hanya tertumpu di pulau itu. Kerajaan Indonesia menjangkakan pemindahan itu memerlukan sekurang-kurangnya Rupiah 500 trilion atau RM145 bilion.

Untuk pelancongan, jika ibu negara Indonesia bertukar ke Kalimantan terdapat banyak lokasi menarik di sekitar ini. Antaranya Derawan Island, Maratua Island, Labuan Cermin Lake, Pampang Cultural Park, Mahakam River, Kutai National Park, Pampang Cultural Park, Kuin Estuary Floating Market, Sentarum Lake, Bougainville Hills Park, Kahayan River, White Mountain dan banyak lagi.

Sumber: Astro Awani

Oleh
Husna