
Di sini Libur kongsikan kepada anda kalendar cuti umum dan perayaan Brunei Darussalam tahun 2019. Mungkin ada perubahan daripada segi tarikh dan perayaan, jadi dinasihatkan untuk semua supaya terus semak tarikh-tarikh penting dari semasa ke semasa.
Bulan Januari
Tarikh | Hari | Cuti |
1 Jan | Selasa | Tahun Baru 2019 |
Bulan Februari
Tarikh | Hari | Cuti |
5 Feb | Selasa | Tahun Baru Cina |
23 Feb | Sabtu | Hari Kebangsaan |
Bulan April
Tarikh | Hari | Cuti |
3 April | Rabu | Israk dan Mikraj |
Bulan Mei
Tarikh | Hari | Cuti |
6 Mei | Isnin | Awal Ramadhan |
22 Mei | Rabu | Nuzul Al-Quran |
31 Mei | Jumaat | Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Day |
Bulan Jun
Tarikh | Hari | Cuti |
1 Jun | Sabtu | Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Day Holiday |
5 Jun | Rabu | Hari Raya Aidilfitri |
6 Jun | Khamis | Hari Raya Aidilfitri (Hari Ke-2) |
7 Jun | Jumaat | Hari Raya Aidilfitri (Hari Ke-3) |
8 Jun | Sabtu | Hari Raya Aidilfitri (Hari Ke-4) |
Bulan Julai
Tarikh | Hari | Cuti |
15 Julai | Isnin | His Majesty the Sultan’s Birthday |
Bulan Ogos
Tarikh | Hari | Cuti |
11 Ogos | Ahad | Hari Raya Aidiladha |
12 Ogos | Isnin | Hari Raya Aidiladha |
Bulan September
Tarikh | Hari | Cuti |
1 Sept | Ahad | Islamic New Year |
2 Sept | Isnin | Islamic New Year Holiday |
Bulan November
Tarikh | Hari | Cuti |
9 Nov | Sabtu | Prophet Muhammad’s Birthday |
Bulan Disember
Tarikh | Hari | Cuti |
25 Dis | Rabu | Christmas Day |
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
8 Port Nature Di Johor Untuk Peminat Alam Semulajadi. Destinasi Hijau ‘World Class’!

Terletak di lokasi paling selatan dalam Malaysia, Johor mempunyai banyak destinasi hijau dan semulajadi yang menarik. Kebanyakkan lokasi ini sudah diberi nafas baru dengan penambahan beberapa kemudahan pelancongan yang lebih selesa untuk kunjungan ramai.
Lokasi hijau di Johor ternyata memiliki keunikan tersendiri yang sesuai dilawati oleh semua peringkat umur dan pasti akan memberi pengalaman yang menakjubkan!
- Taman Negara Endau- Rompin
Merupakan taman negara kedua terbesar di Malaysia meliputi kawasan seluas lebih 80,000 hektar. Taman Negara Endau – Rompin berusia 250 juta tahun menjadikannya antara hutan hujan tropika yang tertua di dunia. Taman Negara ini kaya dengan pelbagai spesies flora dan fauna termasuk yang jarang-jarang ditemui.
Alamat: Taman Negara Endau – Rompin, Mersing, Johor
- Taman Negara Tanjung Piai
Di sini terletaknya destinasi paling hujung di Asia yang popular sebagai Tip of Asia iaitu Tanjung Piai, Johor. Kalau ada yang belum tahu, ‘Tip of Asia’ ini berada dalam kawasan hutan paya bakau berkeluasan 900 hektar yang digazetkan sebagai Taman Negara Tanjung Piai.
Port ini sangat terkenal dalam kalangan penduduk tempatan dan pelancong untuk merakam foto kenangan di arca globe bersaiz besar sebagai ‘saksi’ mereka pernah menjejakkan kaki di lokasi paling hujung Asia. Dari lokasi ini juga pengunjung boleh melihat dua negara yang berbeza iaitu negara Singapura dan Pulau Pisang, Indonesia.
T
aman Negara Tanjung Piai turut tersenarai dalam senarai Ramsar iaitu senarai tanah lembap yang dipersetujui melalui Konvensyen Tanah Lembap. Aktiviti yang anda boleh lakukan di sini adalah mengelilingi hutan paya bakau, melihat sekeliling hutan dari menara tinjau, berkhemah dan memancing.
Alamat: Mukim Serkat, 82030 Pontian, Johor
- Taman Negara Pulau Kukup
Keindahan biodiversiti menjadi tarikan utama di Taman Negara Johor Pulau Kukup yang merupakan satu pulau paya bakau terbesar di dunia yang tidak didiami. Tarikannya biodiversitinya antara lain ialah 27 spesies bakau asli yang popular iaitu bakau kurap dan bakau minyak selain spesies mamalia, reptilia, dan spesies ikan yang terdapat di taman negara itu.
Antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini ialah mengelilingi hutan paya bakau, menyusuri Sungai Ular dengan menaiki bot, dan menyaksikan pemandangan pulau dari menara tinjau.
Alamat: Lot 1319, Mukim Air Masin, 82300 Kukup, Pontian, Johor
- Taman Negara Gunung Ledang
Gunung Ledang sememangnya sinonim dengan masyarakat di negara ini. Baik yang muda apatah lagi yang tua pasti pernah mendengar kisah mengenainya. Tujuh dulang hati nyamuk, tujuh dulang hati kuman, tujuh tempayan air mata anak dara dan jambatan emas merupakan antara syarat yang dikenakan Puteri Gunung Ledang kepada Sultan Melaka, Sultan Mahmud Syah yang ingin meminangnya.
Biarpun terlalu banyak kisah mistik masih menyelubungi gunung itu, namun ia bukan penghalang kepada para pendaki baik dari dalam mahupun luar negara untuk menawan puncaknya.Lantaran itu Gunung Ledang setinggi 1,276 meter yang terletak di Tangkak, Johor dan bersempadan dengan Melaka merupakan antara lokasi wajib bagi mereka yang mengemari aktiviti mendaki.
Gunung Ledang memang diakui sebagai gunung yang unik kerana mempunyai flora tersendiri kerana terasing daripada Banjaran Titiwangsa.Selain itu kaki gunung Ledang juga merupakan titik pertemuan antara tiga negeri Johor (Tangkak), Negeri Sembilan (Gemas) dan Melaka (Jasin).
Alamat: Ledang, Johor
- Hutan Lipur Gunung Arong
Terletak 17 km dari bandar Mersing melalui Jalan Mersing-Endau dan 151 km dari Bandaraya Johor Bahru. Hutan Lipur Gunung Arong terletak di dalam Hutan Simpan Gunung Arong , iaitu hutan dipterokarpa tanah pamah. Hutan lipur ini sesuai sebagai tempat berrekreasi sambil menikmati keindahan alam semula jadi.
Selain itu, pengunjung dapat mengenali pelbagai jenis pokok di sini. Hutan Lipur ini boleh dikunjungi dengan menggunakan kenderaan sendiri atau kenderaan awam seperti bas dan teksi.
Alamat: Hutan Simpan Gunung Arong, 86800 Mersing, Johor (17km dari Bandar Mersing melalui Jalan Mersing – endau dan 151km dari Bandaraya Johor Bahru)
- Hutan Bandar MBJB
Hutan Bandar MBJB merupakan hutan di tengah-tengah Bandaraya Johor Bahru untuk riadah meliputi kawasan seluas 50 ekar. Sesuai dengan namanya, kawasan hijau yang terletak di tengah bandaraya Johor Bahru ini adalah pusat rekreasi yang mengekalkan fauna semulajadinya dengan modifikasi minimum bagi tujuan pembangunan kawasan ini.
Terdapatnya taman permainan ‘Children Adventurous Park’ dan kolam mandi khusus untuk kanak-kanak. Di lokasi ini juga disediakan untuk aktiviti perkhemahan dan BBQ. Pengunjung juga boleh menjamu selera di Medan Selera Atap Belian sambil menikmati pemandangan semulajadi.
Alamat: Jalan Tasek Utara, Kolam Ayer, 80100 Johor Bahru, Johor
- Hutan Lipur Gunung Pulai
Walaupun ia dipanggil sebagai gunung, namun ketinggiannya hanyalah 654 meter sahaja. Hutan Lipur Gunung Pulai menang pada sisi hutan dan panorama indah di puncak. Terletak 17 km dari bandar Mersing melalui Jalan Mersing-Endau dan 151 km dari Bandaraya Johor Bahru, Hutan Lipur Gunung Arong sesuai sebagai lokasi menikmati keindahan alam hijau.
Ia antara lokasi pendakian cukup dikenali bagi penduduk setempat dan warga Singapura. Pengunjung akan melalui Kampung Sri Gunung Pulai yang menjadi pintu masuk ke hutan lipur berkenaan. Kepelbagaian flora dan fauna menjadi daya tarikan kepada pengunjung untuk berekreasi di gunung itu. Hasil pendakian anda sangat mengujakan dengan pemandangan yang sangat indah.
Jika pendakian bukan pilihan, anda boleh memilih untuk bersantai atau berkelah sahaja di kawasan air terjun berdekatan.
Alamat: Pekan Nenas, Johor
All image via google
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lembah Lenggong & Taman Negara Gunung Mulu, Tapak Warisan Dunia Yang Dipinggirkan?

Isi Kandungan
ToggleSedar atau tidak, di Malaysia mempunyai beberapa Tapak Warisan Dunia yang diiktiraf oleh Pertubuhan Pelajaran, Sains, dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). Ia sekali gus menjadikan negara sebaris dengan negara-negara besar lain yang pernah menerima pengiktirafan sedemikian sebelum ini.
Kita mengenali Taj Mahal, Tembok Besar China atau Angkor Wat sebagai tapak warisan dunia, namun masih ramai yang tidak mengetahui beberapa tempat di Malaysia seperti Lembah Lenggong di Perak dan Taman Negara Gunung Mulu di Sarawak juga adalah destinasi Tapak Warisan Dunia. Jika berkesempatan, jom melawat destinasi-destinasi menarik ini.
Lembah Lenggong, Malaysia
Sejak penemuan rangka Perak Man pada 2001 dan Perak Woman pada 2004, nama Lembah Lenggong yang terletak di daerah Hulu Perak terus dikenali di peringkat antarabangsa. Penemuan-penemuan saintifik yang dilakukan oleh penyelidik tempatan sebelum ini telah membuka pintu rahsia kehidupan masyarakat awal di rantau ini.
Ia terbukti menyimpan rahsia besar sejarah kehidupan manusia dan sejarah tamadun manusia yang pernah wujud dipercayai berjuta tahun lalu. Kawasan itu juga dipercayai menjadi laluan keluar terawal manusia dari Afrika menuju ke Australia. Bukit Bunuh misalnya, menjadi pilihan penempatan awal manusia kerana ia kaya dengan pelbagai sumber alam dan keperluan untuk menyediakan peralatan batu.
Penemuan kapak genggam pada tahun 2009 membuktikan kawasan itu merupakan satu-satunya tapak manusia Paleolitik yang berfungsi sebagai bengkel membuat alat batu. Di samping itu, terdapat beberapa bukti lain yang turut dijumpai di sekitar Kota Tampan dan Gua Teluk Kelawar seperti tembikar, peralatan gangsa dan sebagainya.
Kaji Artifak
Lembah Lenggong telah diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO menjadikan, ia tapak keempat diktiraf di Malaysia. Bagi pengunjung yang mahu melihat kesemua artifak itu dengan lebih dekat bolehlah berkunjung ke Muzium Arkeologi Lenggong di Kota Tampan.
Taman Negara Gunung Mulu, Malaysia
Terletak di sebelah utara negeri Sarawak, Taman Negara Gunung Mulu merupakan salah satu daripada destinasi pelancongan yang terkenal di Malaysia. Mempunyai keluasan lebih 544 kilometer persegi, ia mula diwartakan sebagai taman negara pada 3 Oktober 1974. Dengan dikelilingi tiga buah gunung iaitu Gunung Mulu, Gunung Api dan Gunung Benarat, Taman Negara Mulu mempunyai kepelbagaian bio yang menakjubkan.
Kawasan hutan yang terdiri daripada jenis paya gambut, rawa, dipterokap, lumut serta tumbuhan gunung menempatkan ribuan spesies flora dan fauna. Puncak Pinnacles pula menjadi mercu tanda bagi Gunung Mulu. Bagi mereka yang sukakan cabaran, bolehlah cuba mendaki ke puncaknya yang dipenuhi bantuan yang terhasil secara semula jadi.
Teroka Keindahan Alam
Tatkala berada di taman negara ini jangan lupa mencuba aktiviti penerokaan gua yang menjadi identitinya selama ini. Antara gua yang wajib dikunjungi pastinya Sarawak Chamber. Ia cukup besar dan luas serta dikatakan mampu memuatkan lapan jet jumbo 747. Tidak cukup dengan itu, pengunjung juga boleh meneroka beberapa tarikan lain yang tidak kurang hebatnya seperti Gua Rusa atau Gua Air Jernih.
Bagi pencinta alam semula jadi, perasaan kagum pasti hadir melihat keunikan formasi stalagmit dan stalagtit serta pelbagai arca yang terhasil akibat proses geomorfologi yang berlaku. Ia diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada November 2000.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sha’Cottage Chalet Sahom, Makan Dalam Sungai Dan Boleh Naik ATV Pusing Kawasan

Kalau anda rasa nak healing dengan tempat yang boleh buat banyak aktiviti menarik, boleh datang Sha’Cottage Chalet Sahom.
Katanya ini tempat terbaik untuk healing bersama keluarga tersayang. Jon, tengok apa suasana yang ada dulu menerusi gambar yang ada.
Tempatnya dekat sungai, siap boleh ambil pakej makan-makan di sungai lagi. Menarik untuk anda mencuba menu di situ.
Owh ya, jika suka buat aktiviti lasak, anda boleh join ATV untuk pusing kawasan ini.
Suasana bilik pun agak selesa, siap ada aircond ya. Jadi jangan risau, memang selesa lah. Dengan binaan batu bata, nampak unik dan cantik.
Keluasan bilik, terpulang pada keselesaan dan jumlah orang yang anda datang lah ya. Boleh pilih sendiri anda nak bilik mana.
Jadi, jangan lupa booking awal-awal tempat ini kalau anda rasa nak lari daripada kesibukan kota. Nak datang berjimba-jimba dengan kawan pun cun, apatah lagi kalau nak buat family day, sesuai!
Lokasi:
Sha’Cottage Chalet Sahom, Kampar
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI