Setiap kali hujung minggu, kebanyakkan bandar-bandar besar di Malaysia akan dibanjiri oleh warga asing yang mengambil peluang untuk bersantai dan bertemu rakan senegara lain yang sama-sama mencari nafkah di sini.
Jika di Kuala Lumpur lokasi Jalan Silang dan Lebuh Pudu menjadi lokasi popular pertemuan rakyat Bangladesh berkumpul dan bertemu rakan senegara. Sehinggakan warga asing ini menggelar lokasi ini sebagai Bangla Market.Ya, sejak sekian lama memang kawasan itu sering menjadi lokasi pilihan warga asing untuk bersiar-siar.
Mungkin kerana faktor capaian perkhidmatan pengangkutan awam yang mudah dan kedai-kedai sekitar yang menawarkan produk untuk berbelanja murah. Maka lokasi ini menjadi pilihan setelah mendengar khabar mulut ke mulut antara warga asing yang baru dan lama.
Ads
Bukan setakat warga Bangladesh, malah warga asing lain iaitu Nepal, Indonesia dan Vietnam turut kelihatan di kawasan ‘Bangla Market’ tersebut.
Ads
Apabila sebut Bangla Market, mereka sudah tahu dan akan berkumpul sebelum keluar secara berkumpulan untuk menghabiskan cuti umum pendek atau panjang. Ada juga sesetengah warga asing apabila ditanya lokasi ‘Jalan Silang’, mereka tidak tahu, namun jika sebut Bangla Market, pasti lokasi itu segera bermain dalam kotak ingatan.
Ads
Paling mengejutkan disekitar kawasan ini juga sudah mempunyai pelbagai premis kedai seakan-akan seperti di Bangladesh dengan pelbagai produk mereka dijual.
Walau bagaimanapun diharap pihak berkuasa membuat pemantauan lebih berkala di kawasan Jalan Silang ini, kerana dikatakan gejala ragut dan memeras ugut sering kali berlaku di sekitar ini melibatkan mangsa rakyat tempatan dan juga pelancong. Hal ini akan memberi imej buruk dan menjejaskan nama Kuala Lumpur sendiri.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Pada Belanjawan 2021 yang dibentangkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menyaksikan lebih RM100 juta diberikan untuk sektor pelancongan.
Antaranya:
Sebanyak RM50 juta diperuntukkan kerajaan bagi kerja penyelenggaraan dan baik pulih kemudahan pelancongan di seluruh negara dalam memastikan ketersediaan tempat tumpuan pelancong.
RM20 juta pula diperuntukkan bagi menambah baik infrastruktur dan mempergiat promosi kampung-kampung budaya di Terengganu, Melaka, Sarawak dan Negeri Sembilan.
Sebanyak RM10 juta diperuntukkan bagi memastikan bangunan warisan seperti Bangunan Sultan Abdul Samad dan Carcosa Seri Negara terus kekal terpelihara dan menjadi ikon pelancongan.
Sebanyak RM35 juta diperuntukkan bagi meningkatkan daya saing industri pelancongan kesihatan tempatan yang berpotensi sebagai industri pelaburan baharu negara.
Kerajaan juga akan melanjutkan pengecualian cukai pendapatan bagi eksport pekhidmatan jagaan kesihatan swasta sehingga 2022
Turut diumumkan Geran Khas Prihatin Tambahan RM1,000 kepada peniaga dan penjaja di Sabah yang terjejas teruk ekoran kekurangan kehadiran pelancong akibat COVID-19. Geran khas ini juga akan diberikan kepada pemandu teksi, e-hailing, kereta sewa dan pemandu pelancong di Sabah.
Pengecualian levi tabung Inisiatif Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF) akan diberikan selama enam bulan berkuatkuasa 1 Januari 2021 bagi mengurangkan beban aliran tunai syarikat yang masih terjejas.
1)
Namun begitu Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia melahirkan rasa kecewa dengan pembentangan Belanjawan 2021. Presidennya, Datuk Mohd Khalid Harun, mendakwa ia berikutan kerajaan hanya menyentuh beberapa sektor dalam industri pelancongan sahaja.
“Adakah peniaga dan penjaja PKS pelancongan yang terjejas hanya berlaku di Sabah? Bagaimana pula keadaan peniaga di Sarawak mahupun di Semenanjung? Mungkin di mata kerajaan, peniaga-peniaga selain di Sabah ini masih mengaut keuntungan pada ketika ini? Jadi kami tidak faham rasional kerajaan hanya menyalurkan Geran Khas Prihatin Tambahan sebanyak RM1,000 hanya di Sabah,” katanya dalam satu kenyataan.
Tambah beliau, pihaknya kini hanya bergantung harap kepada Skim Pembiayaan Sektor Pelancongan PENJANA sebanyak RM1 bilion yang diumumkan Perdana Menteri pada Jun lalu, namun tetap tidak berpuas hati dengan penyampaiannya.
“Penggiat pelancongan berasa seperti dipermainkan oleh pihak institusi kewangan kerana selepas lima bulan diumumkan, hanya tiga peratus dana tersebut telah diluluskan permohonannya. Sebab itu kami mengesyorkan supaya Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) untuk menguruskan dana tersebut kerana MOTAC lebih memahami keadaan penggiat pelancongan ketika ini,” ujarnya.
Mereka juga kecewa kerana harapan kerajaan dapat memberikan penyelesaian terhadap pinjaman kenderaan oleh pengusaha bas persiaran yang ditekan oleh syarikat pemberian kredit, tidak kesampaian.
“Bas-bas semuanya tidak dapat beroperasi dan memungkinkan mereka menjadi bankrap. Bukannya kena menunggu untuk penggubalan Akta Kredit Pengguna yang kita tidak tahu bila akan dibahas dan digazetkan. Inilah membuatkan kami sangat kecewa dengan Belanjawan 2021 kerana besar kemungkinan (sebahagian besar) daripada 3.6 juta tenaga kerja di dalam sektor pelancongan bakal hilang mata pencarian,” jelasnya lagi.
Bagaimanapun Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia mengucapkan terima kasih kerana kerajaan menyediakan peruntukan latihan kepada kakitangan syarikat penerbangan, namun mempersoalkan nasib kakitangan hotel yang terpaksa dihentikan operasi.
2)
Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia juga turut menyatakan kekecewaan dengan Bajet2021 yang dibentangkan semalam kerana kebajikan pemain industri pelancongan negara seolah-olah tidak dilihat..
Sebelum wabak COVID-19 melanda negara, pelancongan adalah sektor penting yang menyumbang kepada pendapatan negara. Bagaimanapun ketika ini, pemain industri pelancongan tenat dengan kebanyakannya menunggu masa untuk gulung tikar
Pengerusi Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia, Datuk Seri Razali Mohd Sham, berharap kerajaan membuka semula sempadan antarabangsa memandangkan kebanyakan ahlinya hilang punca pendapatan sejak Februari lalu.
Kami merayu kepada kerajaan untuk membuka pintu sempadan antarabangsa kepada jemaah Malaysia bagi mengerjakan ibadat umrah dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat mulai 1 Januari 2021 selepas berakhirnya Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada 31 Disember 2020 ini.
Mereka juga mencadangkan kerajaan membenarkan pelancong dari negara hijau untuk melawat Malaysia dengan SOP ketat seperti kuarantin 14 hari sebaik tiba serta mewajibkan insuran perjalanan. Beliau turut berkata, satu-satunya harapan pemain industri pelancongan adalah melalui skim di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang diumumkan Jun lalu.
“Bagaimanapun ahli kami merasa seperti dipersendakan oleh institusi kewangan kerana selepas lima bulan diumumkan, hanya tiga peratus daripada dana berkenaan yang diluluskan. Ada di antara ahli PAPUH yang mengusahakan kenderaan pelancongan amat terkesan pada masa ini yang mana rata-rata menggunakan khidmat syarikat kredit untuk pinjaman. Syarikat ini ini tidak membantu langsung dalam penyusunan semula jadual pembayaran balik pinjaman dalam keadaan yang sukar sekarang,” katanya.
image via pexels.com & google image | Sumber: Sinar Harian | Astroawani |Bernama | BHOnline
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Ramai juga rakyat kita dalam kalangan pendaki yang sangat teruja dan menanam impian untuk mendaki Annapurna.
Gunung Annapurna adalah antara tiga gunung yang paling tinggi dan berbahaya di dunia. Gunung Annapurna adalah salah satu gunung yang melebihi paras ketinggian 8,000 meter dan dari aspek kepayahan pendakian, Gunung Annapurna 1 adalah gunung yang mempunyai ketinggian risiko kematian berbanding Gunung K2 atau Gunung Nanga Parbat. Namun tiga gunung ini adalah paling susah dalam 14 gunung yang tertinggi di dunia.
Minggu lalu, empat pendaki rakyat Korea Selatan dan tiga pemandu pelancong warga Nepal dilaporkan hilang dalam kejadian salji runtuh di kawasan pergunungan popular Himalaya di Nepal pada 17 Januari 2020. Sebelum ini, banyak kehilangan turut dilaporkan akibat kejadian yang 'ditakuti' pendaki Annapurna.
Kejadian terkini salji runtuh yang berlaku di Annapurna itu adalah pada ketinggian 3,230 meter dari permukaan laut. Insiden itu berlaku di laluan trekking Annapurna yang terkenal pada kira-kira pukul 10.30 pagi hingga 11 pagi (waktu tempatan).
Mangsa yang hilang adalah dua wanita berusia antara 30 dan 50-an serta dua lelaki berusia 50-an. Kesemua mereka adalah guru yang bertugas secara sukarela di Nepal. Ketika kejadiaan, sesemua mangsa dalam perjalanan turun dari Deurali ke Dovan semasa salji runtuh itu berlaku.Operasi menyelamat bertambah sukar apabila keadaan cuaca dilaporkan buruk.
Seorang pemandu pelancong dari syarikat Janbogo Tour Nepal, Sandesh Pandy berkata, disebabkan hujan berterusan selama dua hari berturut-turut di rantau Annapurna, mereka tidak dapat mendaki sehingga tapak kem. Mereka dalam perjalanan pulang dari Deurali ke Dovan pada Jumaat petang apabila salji runtuh terjadi. Itu yang dimaklumkan oleh salah seorang pemandu pelancong. Ahli yang lain dalam kumpulan itu melalui jalan yang sama hanya beberapa detik sebelum itu. Mereka berjaya menyeberang, tetapi empat warga Korea Selatan dan dua warga Nepal itu tersangkut.
Sabah perluas sekatan perjalanan penumpang dari Korea Selatan mulai 1 Mac 2020 bagi membendung wabak COVID-19.
Walaupun setakat ini tiada seorang pun diuji positif COVID-19 di Sabah, namun, dalam usaha mengekang penularan COVID-19, kerajaan negeri memperluas sekatan perjalanan ke semua pintu masuk udara, laut mahupun darat berkuatkuasa 1 Mac. Antaranya:
Warga negara asing dan rakyat Malaysia bukan penduduk Sabah dengan sejarah perjalanan ke Korea Selatan dalam tempoh 14 hari lepas tidak akan dibenarkan memasuki negeri ini berkuat kuasa 1 Mac 2020.
Mana-mana penduduk Sabah, penduduk tetap dan mereka yang menetap di Sabah menggunakan permit kerja, permit pelajar, pas lawatan sosial jangka panjang atau mana-mana perintah pengecualian, yang pulang dari Korea Selatan, wajib menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari.
Perintah sekatan sementara untuk memasuki Sabah juga terpakai kepada semua penumpang transit dari atau melalui Korea Selatan.
Warga negara Korea Selatan yang masih berada di Sabah dinasihati untuk meninggalkan negeri berkenaan atau kembali ke tanah air mereka sebelum visa mereka tamat dengan hanya satu lanjutan visa untuk maksimum tujuh hari boleh diberikan.
Penumpang warga negara Malaysia yang menaiki pesawat dari Korea Selatan dibenarkan masuk, begitu juga, tiada sekatan untuk penumpang warga Korea Selatan dan pengembara bukan warga Korea yang tiba dengan penerbangan bukan terus dari Korea Selatan.
Penerbangan keluar dari Sabah ke negara berkenaan turut dibenarkan.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...