
Cuti sekolah tak lama lagi, mesti ada yang tercari-cari mana destinasi nak bawa keluarga bercuti. Paling penting anak-anak happy.
Kalau ke Selatan tanah air dan singgah di Kluang, Johor, jangan lupa untuk melawat ke Cattle Queen Park di sana. Bolehlah anak-anak kenal dan bermain dengan haiwan ruminan.
Merupakan taman Agropelancongan dan tempat lepak santai bersama seisi keluarga, di Kluang, Johor. Taman ini di iktiraf sebagai Taman Ruminan Pertama Malaysia oleh Malaysia Book Of Record.
Dekat sini ada pelbagai aktiviti yang korang boleh buat, antaranya :
- Berintraksi dengan Haiwan
- Beri makan Haiwan
- Berselfie sakan
- Kenali Tanaman Herba
- Menunggang kuda
Selain tu ada pelbagai kemudahan dekat sini seperti surau, tempat letak kenderaan yang luas, cafe dan juga tandas.
Promosi tiket masuk RM10 seorang sahaja . [ Dewasa dan Kanak²]
CATTLEQUEENPARK
Batu 14 Jalan Mersing, Kluang
Johor [Depan PLKN]
Waktu Operasi
Masa ; 9.00 pagi- 5.00 petang
𝗦𝗘𝗟𝗔𝗦𝗔 𝗧𝗨𝗧𝗨𝗣
Kredit: FB Cattle Queen Park
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Thailand Akan Buka Semula Phuket Untuk Pelancong Tanpa Kuarantin, Syaratnya Dah Divaksin

Thailand sedang membuat persediaan untuk membuka semula pulau peranginan Phuket kepada pelancong yang telah divaksin, bermula 1 Julai.
Di bawah skim “Phuket Sandbox”, pelancong asing yang telah divaksin dibenarkan mengunjungi Phuket tanpa kuarantin.
Namun, perlu tinggal di pulau itu selama 14 hari sebelum ke wilayah lain.
“Pembukaan semula bergantung pada situasi COVID-19 di Thailand dan luar negara serta persetujuan Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA),” kata Timbalan jurucakap Kementerian Luar, Natapanu Nopakun pada satu taklimat harian COVID-19 baru-baru ini.
Beliau berkata, setakat ini sekitar 50 peratus penduduk Phuket telah divaksin.
Skim yang dicadangkan itu akan dibincang semasa mesyuarat CCSA yang dipengerusikan Perdana Menteri, Prayuth Chan o-cha Isnin depan, sebelum mendapatkan kelulusan Kabinet pada Selasa.

Terdahulu, Gabenor Lembaga Pelancongan Thailand (TAT), Yuthasak Supasorn berkata, Phuket akan menjadi destinasi pertama di Thailand yang akan dibuka semula kepada pelancong asing yang telah divaksin tanpa perlu menjalani kuarantin.
“Kita semua di TAT gembira dan semua orang di Phuket sedang membuat persiapan untuk menyambut kedatangan pelancong asing tidak lama lagi.
“Mulai 1 Julai 2021, pelancong asing yang sudah divaksin akan dibenarkan mengunjungi Phuket tanpa kuarantin, jadi nantikan pembukaan Phuket,” katanya dalam satu kenyataan.
TAT menjangkakan kira-kira 129,000 pengunjung akan ke pulau itu antara Julai dan September tahun ini.
SUMBER: BERNAMA VIA ASTRO AWANI
Artikel Berkaitan:
Jadi Rebutan Banyak Negara, Ini Keistimewaan & Keindahan Pulau Layang-Layang Yang Terletak Di Sabah
Jangan Tunggu Usia Tua Baru Nak Mengembara, Lakukan Segera Ketika Usia Masih Muda!
Uniknya Turtle Cave Di Pulau Sipadan, Satu-Satunya Makam Penyu Di Dunia
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Taiping Dipilih Banda Mesra Usia. Ini 7 Tempat Wajib Jejak Di Taiping

Taiping yang juga dikenali sebagai bandar warisan dan bersejarah, pernah menjadi ibu negeri Perak sebelum bandar raya Ipoh. Taiping bermaksud ‘aman’ dalam bahasa Hakka dan dulunya dikenali sebagai Klian Pauh.
Disebabkan kebanyakan sejarah bermula di sini, Taiping menjadi tarikan kepada pelancong dari dalam dan luar negeri untuk mengunjunginya. Taiping yang juga terkenal sebagai kawasan paling lembap berikutan menerima hujan hampir setiap hari berbanding kawasan-kawasan lain, terus mengekalkan kedudukannya sebagai bandar warisan di Perak.
Terbaru, Taiping dipilih menjadi bandar pertama di negara ini untuk pelaksanaan fasa pertama projek rintis ‘Age-Friendly City @Taiping’ atau Taiping Bandar Mesra Usia. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata projek rintis itu melibatkan proses perancangan pembangunan yang dijangka mengambil masa selama dua tahun.
Apa Yang Best Di Taiping?
- Stesen Keretapi Taiping
Landasan kereta api antara Taiping dan Pelabuhan Kuala Sepetang yang dibina pada tahun 1885 adalah yang pertama di negara ini. Ketika itu, tujuan British membina landasan tersebut adalah untuk memudahkan mereka mengangkut bijih timah ke Pulau Pinang.
- Taman Tasik Taiping
Taman Tasik Taiping yang merupakan bekas lombong pula dicatatkan sebagai taman riadah dan rekreasi pertama dibuka. Berada di taman ini, pengunjung dapat menikmati pemandangan landskapnya yang cantik, dihiasi pokok-pokok berusia ratusan tahun selain terdapat 10 kolam besar lengkap dengan kemudahan tandas, laluan berjoging dan pondok berehat.
- Bukit Larut
Bukit Peranginan Maxwel atau Bukit Larut merupakan destinasi menarik di Taiping yang menyamankan. Untuk sampai ke puncak yang ketinggiannya 1,250 meter dari paras laut, pengunjung perlu menggunakan kenderaan pacuan empat roda yang disediakan atau mendaki menggunakan pemandu arah yang bertauliah. Bukit Larut diterokai pembantu Residen British di Perak iaitu William George Maxwell untuk dijadikan lokasi percutian para pembesar Inggeris. Sesuai dengan status sebagai destinasi percutian tanah tinggi tertua, kawasan bukit tersebut menjadi tumpuan kerana iklimnya yang nyaman dan sejuk kerana menerima taburan hujan tertinggi sepanjang tahun di Malaysia. Setelah diterokai oleh George Maxwell lebih seratus tahun yang lalu Bukit Larut terus menjadi tumpuan pelancong yang gemarkan suasana damai dikelilingi kehijauan alam semula jadi.
- Kompleks Sejarah Matang
Kota Ngah Ibrahim yang terletak di Matang telah dibina oleh Ngah Ibrahim yang bergelar Orang Kaya Menteri Paduka Tuan. Beliau adalah anak kepada Long Jaafar yang merupakan orang Melayu pertama membuka perusahaan lombong bijih timah di Larut, Matang dan Selama pada 1840. Selain itu, terdapat New Club (1880), Lapangan Terbang Tekah (1870) dan Rumah Residen Inggeris (1870), yang semuanya tercatat sebagai yang paling awal dibuka.
- Muzium Perak
Bagi yang meminati sejarah, Muzium Perak merupakan muzium tertua negara yang masih boleh dikunjungi. Diasaskan oleh Residen British Perak, Sir Hugh Low, di sini tersimpan lebih 10,000 bahan pameran pelbagai spesimen zoologi, herbarium dan alat budaya masyarakat Melayu selain lebih 5,000 bahan rujukan sejarah.
- Menara Jam
Selain itu, balai bomba pertama yang dibuka pada tahun 1886 dan kini sudah tidak beroperasi, masih boleh ditatap oleh generasi hari ini apabila bangunannya diubah menjadi menara jam besar dan pusat menjual cenderamata.
- Zoo Taiping & Night Safari
Pengunjung juga berpeluang melawat Zoo Taiping dan Night Safari yang sebelum ini dikenali sebagai Taman Mergastua Sultan Idris Shah. Zoo Taiping satu-satunya zoo di utara Semenanjung yang cukup terkenal dengan program Night Safari Taiping. Dengan keindahan persekitaran alam semulajadinya yang dilengkapi aliran anak sungai, tasik serta kehijauan flora, tidak hairanlah zoo itu cukup popular kepada pengunjung Zoo ini menempatkan 1,300 ekor haiwan daripada lebih 200 spesies burung, reptilia dan mamalia yang dipamerkan dalam suasana semulajadi. Night Safari Taiping adalah satu produk pelancongan unik yang mempamerkan haiwan-haiwan yang aktif pada waktu malam dengan menggunakan lampu khas seperti cahaya bulan. Aksi-aksi haiwan seperti kongkang, chimpanzi, lemur perang, lemur ekor gelang, siamang dan ungka tangan putih sudah pasti mencuit hati setiap pengunjung dengan aksi nakal mereka memanjat pokok dan pagar di dalam sangkar.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nak Terbang Di Udara Sekali Seumur Hidup? Kena Try Paragliding Di Bukit Jugra & Bukit Maras

Kalau tengok rancangan televisyen luar negara, macam seronok tengok aksi ‘mat salleh’ terbang di udara di kawasan yang indah. Kan seronok kalau Malaysia pun ada. Ehem..negara kita pun ada ya aktiviti sebegitu!
Ada yang nak cuba menyertai aktiviti lasak sukan luncur udara atau ‘paragliding? Antara lokasi tumpuan peminat sukan paragliding di Semenanjung Malaysia ialah yang paling popular di Pulau Indah, Jugra dan Banting di Selangor.
Lokasi lain seperti di Gunung Ledang di Johor, Bukit Sendayan di Negeri Sembilan, Bukit Chendering dan Kota Putra Paragliding Park Bukit Bubus, berhampiran Bukit Keluang, Besut di Terengganu. Tidak ketinggalan juga di Bukit Maras, Kuala Terengganu dan Gunung Jerai, Kedah.
Bukit Jugra, Banting
Bagi penggemar sukan lasak terutamanya aktiviti paragliding, nama Bukit Jugra bukanlah asing buat mereka. Bukit Jugra yang terletak berdekatan Kampung Kanchong Darat, di Banting, Selangor sering dipenuhi pengunjung terutama pada hujung minggu kerana selain menjadi port paragliding, aktiviti riadah lain juga boleh dilakukan di sini.
- Jika inginkan kelainan pada cuti hujung minggu, anda disarankan memanjat Bukit Jugra dan mencuba terbang di udara dengan paragliding sekali gus dapat memiliki keindahan alam semula jadi sesuai untuk bersantai sambil menghirup udara segar. Kos melakukan aktiviti ini juga amat berpatutan dan pastinya sangat serasi dengan jiwa kalian yang mahu mencuba sesuatu yang lebih mencabar.
- Sebelum terbang, setiap peserta paragliding akan diberikan taklimat dan peraturan ketika berada di udara. Pihak pengurusan amat menitik beratkan aspek keselamatan kepada setiap peserta kerana tidak mahu perkara yang boleh membahayakan keselamatan mereka. Peserta akan meluncur di udara sekitar 10-15 minit dan boleh menikmati pemandangan indah ketika berada pada ruang angkasa.
Bukit Maras, Kuala Terengganu
Antara lokasi menarik untuk aktiviti ini juga adalah di Bukit Maras, Kuala Terengganu yang menjanjikan pengalaman menakjubkan pada ketinggian 329 meter dari paras laut itu. Lantas ia menjadi tarikan baharu pelancong yang bercuti di negeri pantai timur.
- Peluncur udara dan pengunjung Bukit Maras berpeluang menyaksikan pemandangan sawah padi dan jajaran pantai sekitar Batu Rakit membabitkan dua daerah di Kuala Terengganu ke Kuala Nerus.
Sekiranya cuaca baik, pemandangan dari bukit itu lebih menarik kerana berpeluang melihat keunikan bentuk beberapa pulau popular iaitu Pulau Kapas, Pulau Bidung dan Pulau Redang di depan mata. Keunikan dan keindahan dilihat dari puncak memang sesuai dijadikan kawasan riadah dan ekstrim meluncur sekali gus ia dijadikan lokasi paragliding dan salah satu produk pelancongan negeri.
- Sebelum menuju ke puncak bukit untuk melakukan aktiviti ekstrim ini , terlebih dulu, pengunjung perlu meredah laluan tanah merah yang berlubang-lubang dan berliku sejauh sejauh 2.3 kilometer (km).
Jom la cuba!
image via FB Bukit Maras Paragliding and Recreational Park & paragliders.my
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI