Kalau singgah di Alor Setar, jangan lupa singgah rumah kelahiran Tun Dr. Mahathir Mohamad sekejap, ada banyak moment yang anda boleh lihat di sini.
Rumah Kelahiran Tun Dr. Mahathir Mohamad
Menerusi perkongsian daripada Paah Mohamad, ini salah satu muzium yang menyentuh jiwa di Kedah. Pastilah sebab pernah didiami oleh Tun M, seseorang yang disegani ramai sampai hari ini.
Kalau masuk anda akan teruja melihat suasana rumahnya. Ada features/interior dalam rumah ini, teatur walau simple. Namun banyak barang klasik dan ada buku-buku yang terletak elok dalam almari khas.
Ads
Ya, rumah papan, susun atur gambar-gambar terletak molek dengan langsir pink, very cozy dan membuatkan sesiapa sahaja yang singgah akan teringat zaman kanak-kanak dulu yang seronok.
Ads
Pendek kata Rumah Tun M banyak port ootd, sesuai untuk anda yang suka bergambar. Tengok alatan dapur dulu-dulu, memang klasik!
Ads
Anda juga boleh tengok air wajahnya waktu muda bersama isteri tercinta, tergantung molek dalam frame.
Lokasi:
Rumah Kelahiran Tun Dr. Mahathir
No. 18, Lorong Kilang Ais Sekolah Kebangsaan Jalan Pegawai,
Jalan Seberang Perak, Taman Pesisiran Tanjung Chali, 05000
Alor Setar, Kedah
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) awal bulan lalu menyambut baik berita mengatakan tiada lagi pesakit COVID-19 dirawat di Wuhan, China, dan memuji ‘usaha gigih tanpa mengenal erti penat’ rakyatnya dalam berjuang melawan wabak itu.
Selepas bertarung selama lebih tiga bulan, akhirnya Wuhan, bandar raya yang paling teruk diancam wabak, berjaya menyelesaikan kes pesakit COVID-19 yang dirawat di hospital. WHO turut menghargai usaha yang tidak mengenal erti penat rakyat di Wuhan. Bukan hanya pekerja kesihatan tetapi individu yang tinggal di rumah, yang mematuhi langkah-langkah kesihatan awam.
“Ia berita gembira yang amat dialu-alukan, tiada lagi kes serius, tiada lagi pesakit di Wuhan. Tahniah atas pencapaian ini. Saya ada di sana selama dua minggu, bekerja secara langsung dengan pegawai kementerian dan pegawai dari pelbagai sektor, saya lihat sendiri bagaimana gigihnya mereka untuk menurunkan jumlah kes,” kata ketua teknikal Program Kecemasan Kesihatan WHO Dr Maria van Kerkhove.
Namun, selepas sebulan bebas jangkitan, kluster baharu dikesan di Wuhan. Wuhan yang merupakan pusat penularan wabak COVID-19, mencatat kluster jangkitan baharu dengan sejumlah kes baharu dilaporkan.
Menurut pihak berkuasa, kluster kecil kes baharu itu melibatkan penduduk dari kawasan kejiranan yang sama. Kluster kecil Wuhan ini adalah yang pertama dilaporkan sejak China melonggarkan sekatan pada 8 April. China melonggarkan sekatan selepas mencatat penurunan kes jangkitan. Bagaimanapun, pihak berkuasa dan pakar kesihatan memberi amaran, risiko jangkitan kembali menular adalah tinggi selepas kerajaan melonggarkan sekatan.
Ruma.Changkat ini adalah port baru bagi anda yang nak makan ala kampung dan tradisional di Taiping, bermula dari sarapan pagi hingga makan tengahari.
Apa yang menarik di kedai ini adalah tulisan-tulisan magik yang menjadi penghias dan mungkin juga menarik mata pengunjung yang datang.
Ini antara menu yang ada di Ruma.Changkat yang terletak berhadapan pejabat pos Changkat Jering. Tekak orang lama pun boleh layan, ya. Nostalgia betul kalau tengok hidangan yang ada.
Nak lagi mudah anda google dahaja Ruma.Changkat. Antara menu best ubi rebus makan dengan ikan masin.
Lokasi:
Ruma.Changkat , 2, 1, Kampung Changkat Jering, 34850 Changkat Jering, Perak
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Brunei Darussalam sememangnya satu negara yang sangat menarik untuk dilawati. Selain daripada faktor kedudukannya yang berdekatan dan berjiran dengan Malaysia, faktor budaya,, kesenian dan tempat makan makanan tempatan yang terdapat di sana juga antara sebab menarik mengapa anda perlu berkunjung ke Brunei.
Tapi berkunjung ke sana tanpa tahu tempat-tempat yang menarik untuk dilawati pun tak berbaloi juga. Jadi di sini saya kongsikan satu perkongsian itinerari dan info oleh Romi Zunaidi berkenaan tempat-tempat pelancongan menarik yang terdapat di Brunei untuk anda lawati.
Tempat-tempat yang beliau senaraikan cukup menarik, rugi kalau anda tak ambil sedikit input daripada apa yang dikongsikan di sini. Nah, tanpa buang masa, jom kita baca apa yang disampaikan oleh saudara Romi Zunaidi ini.
Matawang Brunei Dollar (BND)
1 Dollar lebih kurang RM3. Kadang-kadang bila anda membayar sesuatu penjual ada menyebut 1ringgit sahaja tetapi maksudnya 1 Dollar Brunei. Jangan salah faham. Hanya sebutan sahaja tapi nilainya tetap Brunei Dollar. Jangan pula bayar dalam ringgit Malaysia pula.
Penginapan
LeGallery Suites Hotel, Bandar Seri Begawan
34 BND
(Recommended sebab lokasinya yang strategik dan berdekatan dengan restaurant dan pasaraya. Ada 3 tempat lawatan yang saya berjalan kaki dari sini. Pickup dari airport free bagi sesiapa yang menginap di sini)
Pengangkutan
Ada traveller yang menyewa kereta tetapi bergantung kepada kemampuan dan itinerari anda. Seperti saya hanya download apps ‘DART’. Di Brunei tiada grab. Hanya satu perkhidmatan e-hailing beroperasi di sana iaitu DART. Harganya semasa saya cuba jika lingkungan jarak dalam 3km adalah 5 Dollar Brunei. Ada yang jarak dalam 7km dalam 7 Dollar. Tidaklah murah tetapi berbanding taxi lebih baik anda menggunakan Dart.
Tempat-tempat lawatan yang sempat dikunjungi.
1) Masjid Omar Ali Saifuddien
2) Royal Regalia Museum
3) Maritime Museum
4) Malay Technology Museum
5) Jame’Asr Hassanik Bolkiah Mosque
6) Jolibee Restaurant
7) Istana Nurul Iman (Luar Gate)
8) Gadong Night Market
9) Kampung Ayer
Catatan
– Tiada bayaran dikenakan untuk mengunjungi muzium. Pengunjung yang mengunjungi Royal Regalia Museum dan Maritime Museum dikehendaki meletakkan barang peribadi di dalam locker yang disediakan. Tidak boleh mengambil gambar didalamnya kecuali di main lobby entrance manakala di Malay Technology Museum juga harus meletakkan barang peribadi di dalam locker yang disediakan tetapi anda boleh mengambil gambar di dalam muzium.
– Jika anda ingin merasa fast food terkenal dari Filipina boleh berkunjung ke Jolibee Restaurant. Ada banyak cawangan di Brunei dan semestinya halal. Di Malaysia yang saya tahu sudah ada di Kota Kinabalu.
– Pasar Gadong harus dimasukkan dalam perjalanan anda.Dengan harga makanan dan minimun serendah 1 Dollar anda dapat merasa pelbagai makanan dan minuman dari sini. Namanya dipanggil Gadong Night Market tetapi kalau anda berkunjung ke sini pada waktu petang pun sudah dibuka untuk pengunjung. Saya berkesempatan merasa Nasi Katok dengan hanya 1 Dollar. Antara menu favourite saya sewaktu di sini.
– Jangan lupa ke Kampung Ayer. Anda boleh menaiki bot return ke Kampung Ayer dengan 2 Dollar Brunei. Anda juga boleh mengambil pakej boat ride mengelilingi Kampung Ayer ataupun pakej mengelilingi Kampung Ayer + Mangroove Tour. Banyak pilihan disediakan.
Menariknya disini terdapat rumah, sekolah, klinik dan pelbagai kemudahan di Kampung Ayer yang terletak di atas sungai.
– Sebelum ke Brunei saya telah membaca perkongsian traveller lain tentang kurangnya motosikal disini ataupun ada yang tidak menjumpai langsung. Pengalaman saya pula sepanjang saya di Brunei saya tidak menjumpai satu motosikal pun disini. Ketika berbual dengan salah seorang DART driver, beliau mengatakan memang di Brunei agak sukar menjumpai motosikal. Beliau sendiri memiliki motosikal tetapi jarang dibawa keluar.
Buat pertama kali ini travel paling cepat saya habiskan selama 2Hari/1Malam kerana ada komitmen lain. Disarankan untuk lebih santai saya cadangkan anda boleh travel 3hari/2malam malah anda boleh masukkan sekali Jerudong Park ke dalam itinerary.
Sekian perkongsian serba sedikit dari saya. Harap bermanfaat untuk semua. ?
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!