Kalau Hilang Bagasi Di Lapangan Terbang Kanada Dapat Pampasan RM6550

Share

Ada berita baik untuk anda pengguna penerbangan dari Kanada. Sesiapa sahaja pengguna pengangkutan udara di Kanada bakal dan layak menerima pampasan jika mengalami kelewatan pe­nerbangan atau kehilangan bagasi maksimum sehingga RM6550. Menarik bukan?

Ini adalah peraturan baru diumumkan oleh Menteri Pengangkutan, Marc Garneau. Langkah itu berikutan peningkatan jumlah aduan daripada penumpang disebabkan terkandas di landasan selama berjam-jam dalam pesawat, kerosakan dan kehilangan bagasi. Peraturan ini bertepatan kerana penumpang telah membuat bayaran yang sepatutnya untuk menaiki kapal terbang.

Bermula Julai lalu, syarikat penerbangan juga perlu menurunkan semula penumpang kapal terbang ke terminal jika kapal terbang tidak berlepas segera dan berada di landasan selama hampir 3 jam. Selain itu syarikat penerbangan juga perlu membayar pampasan kepada penumpang jika terlebih menerima tempahan iaitu sehingga C$2,400 (RM7,480). Bayaran pampasan sehingga C$2,100 (RM6,550) dikenakan jika hilang bagasi penumpang.

Pada 15 Disember 2019 pula, langkah-langkah tambahan memerlukan syarikat penerbangan membayar penumpang sehingga C$1,000 (RM3,120) untuk kelewatan dan pembatalan penerbangan selain menyediakan makanan, minuman, penginapan dan membuat tempahan semula penerbangan menggunakan syarikat pesaing, jika perlu.

Syarikat juga perlu menempatkan kanak-kanak dekat ibu bapa tanpa caj tambahan dan me­netapkan standard baru untuk prosedur pengangkutan peralatan muzik. Undang-undang ini terpakai kepada penerbangan keluar masuk dan juga di dalam Kanada.

Bagus atau tidak?

Sumber: Dailymail | Kosmo

Oleh
Husna